Monday, September 22, 2008

Persamaan..

Satu perkara yang aku ingin kongsi selama aku berada disini. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini aku mengkhususkan kepada satu perkara..
Melihat kpd sejarah aku yang lepas2 tak pernah terfikir untuk aku melibatkan diri dengan program2 agama.. Sebut shj program agama, "aa takpe aa korang pegi laa dulu, esok lusa dapat hidayah aku join aa". Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. Aku masih lagi 'dasyat' seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa 'kami' utk sama2 belajar agama sikit2..

Cuma aku sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, sebagai permulaan aku syorkan korang baca article Lihatlah persamaan, kesampingan perbezaan.. ini. Lama aku simpan article ini, sudah masanya aku rasa ake perlu kongsi..

Alhamdulillah di bumi bertuah ini, masalah yg disebut dlm article ini tidak ketara. Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..

3 tahun disini, pernah aku menyaksikan atau mendengar kisah kumpulan yang menggerakkan dakwah ini..

1) Jika persatuan lain organise event, dengan sengaja mereka pon nak buat program pada masa yang sama.. mengelakkan maksiat katanya, hinggakan untuk mengelakkan orang ke program agama yang dianjurkan pihak lain, mereka organise "easter egg treasure hunt".. Itu Islamik namanya? Pernah satu ketika apb 'kakak2 usrah' tahu bahawa satu geng nak ke program umum dianjurkan pihak lain, terus 'kakak2' serang geng ini dan menghalang mereka..

2) Dihalang ke bbq atas alasan bercampur laki2 dan perempuan walhal pihak penganjur dah umumkan bahawa diasingkan laki2 dan perempuan.. atas alasan membuka pintu maksiat.. tapi bila laki2 dan perempuan ke winter trip dlm satu kenderaan tidak jadi masalah atas alasan keselamatan.. Cubalah lihat macam mana ikhwah dari negara2 lain mcm mana, Indonesia contohnya, byk2 aktiviti2 laki2 dan perempuan tapi masih menjaga adab2 yang ditetapkan. Ditanam kalau ada laki2 ada dlm lif, jgn naik, naik tangga.. kalau laki2 masuk, keluar naik tangga.. suatu hari nanti kerja di KLCC tingkat 77, kau nak naik tangga?

kalau nak cerita perkara2 remeh dan kecil ini, aku boleh bukukan semua kisah2 ini. Namun apa yang sangat2 aku kecewa apabila mereka..

1) memulaukan, mengasingkan, ketepikan pihak yang mempunyai pandangan atau pendekatan yang berbeza.

2) Menghalang rakan2 untuk hadir ke program umum dianjurkan pihak lain atas alasan takut berbeza pendapat. Kau tak nak pergi tak payah laa pergi, tapi takyah laa halang orang lain nak pergi..

3) Pernah terjadi seorang rakan dipulaukan hanya kerana dia nie berlatar belakangkan tabligh. Kisahnya jika diingat2 kelakar pon ada, geram pon ada..

4) Satu dialog.. a:kami nak keluar usrah b:kalau tak boleh keluar macam mana? a:Agama ni kene paksa2 ker? b:Kalau kau keluar, kau takkan diajak lagi apa2 program atau aktiviti lepas nie a: kami tak kisah..

Kisah2 yang berlaku pasal paksa memaksa nie terlalu byk.. mcm aku katakan tadi, aku boleh bukukan kisah2 ini.. Semua kejadian adalah kejadian sebenar yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya ataupun dtgnya dari sanad yang aku percaya..

Satu perkara yang aku kurang senang adalah mengenai sikap secretive dlm berdakwah.. Aku rasa ramai yang pernah alami perkara ini.. aku ingin berkongsi apa yang aku tahu..
gerak kerja di OZ sama dengan di Mesir. Kalau di Malaysia adanya 2 (atau lebih) kumpulan besar yang bergerak aktif. Kedua-duanya claim bahawa mereka membawa fahaman Ikhwanul Muslimin. Satu kumpulan yang belajar di Mesir dan bawa pulang ke Msia satu lagi dpt dari Europe tetapi asalnya Mesir jugak. Yang belajar di Mesir ini bawa pula ke OZ, NZ dan timur tengah. sbb tu OZ dan mesir paternnya sama. tapi di Mesir mereka ada sebab yang nyata kenapa mereka perlu adanya unsur2 secretive. Tetapi cara yang sama tidak diperlukan di OZ dan NZ. Sami'na wa atho'na.. patuh dan taat.itu yang aku nampak apa yang cuba ditanam. memang betul adanya bab sami'na wa atho'na dlm Islam namun matlamat dan tujuan serta punca perlu jelas terlebih dahulu..

Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini, di Melben lebih teruk, Sydney kurang sikit sbb mereka mmg tak bercampur.. Perkara ini berlaku di manchester, di nottingham, di moscow, di Ireland di Washington, di Jakarta senang cerita di seluruh dunia..

Apa yang aku kongsi di sini bukanlah ingin mencari salah sapa2. Byk perkara2 yang sebenarnya sudah byk improvement. Apa yang aku lihat sekarang, sebagai sebuah jemaah, keaadaan bertambah-tambah baik namun masih ada golongan yang fanatik terutamanya dari golongan sisters. Aku tak membuat tuduhan melulu, tak percaya tgk laa sendiri berapa ramai yang pada asalnya komited tapi kerana setelah dirasakan cukup lama, 'adik2' nie masih lagi tak bertudung labuh, masih lagi bertegur2 dengan lelaki, akhirnya mereka ditinggalkan secara halus..

Cerita2 di atas adalah apa yang terjadi suatu ketika dahulu. Alhamdulillah pada tahun ini di pihak brothers perkara2 ini hampir tidak berlaku lagi, namun aku difahamkan di pihak sisters masih ada lagi sikit2.. bukan shj di bumi bertuah ini, di tempat2 lain juga.. Janganlah hanya kerana 'adik2' tidak berminat dengan program2 agama ataupun mereka sedikit lambat dlm mengikut silibus, mereka diketepikan, tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertukar senyuman. Berilah sedikit masa..

Bukan niat aku untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan, aku rasa perlu aku luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:

"My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly"

Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..

Seronok melihat rakan2 lelaki beramah mesra dan tersenyum sesama sendiri dlm setiap aktiviti pada tahun ini.. kali terakhir kita bersama ketika Iftar kasih Mesra tempoh hari.. harap2 pihak sisters juga begitu.. Senyumlah kerana senyuman itu ubat kepada banyak penyakit..

Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

45 comments:

ihsan_huhu said...

mong kje KLCC, tingkat 77.

sure kurus nyer naik tangge

ps: konsep secrecy dlm berdakwah kat oz nih mmg xleh pkai langsung!!

Anonymous said...

hai mong..
sy setuju pendapat anda..
tp anda slalu kutuk sy..
jadi..sy xnk puji lebih2 pendapat anda wlupn ada bernasnya..

Anonymous said...

Salamun ‘alaikum

pernah baca ke buku la tahzan tu.
saya rasa saudara baik baca buku tu dulu sebelum mengulas tentang sebarang perkara.

Wallahu’alam

signither said...

*amik popcorn, tunggu comments yang panas2*

Anonymous said...

kenape kena secretive kat mesir?

BooK said...

Cerita pasal isu ni, macam tarik rambut dalam tepung. Perlu hati-hati. Tapi tetap perlu diceritakan dan dibincangkan. Tiada gunanya kita sapu semua simpan bawah karpet.

Satu ironi. Manusia ni, semakin dipegang, semakin dia nak dekat dengan kita. Tapi semua ni tak linear. Sampai satu tahap, kalau kita terlalu nak pegang sangat, dia akan lari.

Human nature.

Muhammad Teja said...

apa2 ajelah hg ni mongger. :D

Anonymous said...

salam ...bagus dgn komentar yang ko berikan ..aku sokong sgt2.gerakan dakwah yang dikatakan mengikut acuan sunnah nabi tidak dipraktikkan dgn sebetulnya .Zaman sekarang sudah berubah .Dgn hanya membaca 1 atau 2 kitab ..mereka menyangka yang mereka sudah alim dalam bab agama..itulah realiti zaman ini...mahu menegakkan islam ..tetapi salah mempraktikkan ajaranya ..mana perginya semangat persaudaraan .semuanya terkubur kerana berbeza pendapat sedikit,walhal benda itu sedikit pun tidak memberi kemudaratan ..Satu lagi konsep agama yang mereka cuba bawa ialah konsep tidak akan berkompromi dgn mana2 pihak yang mereka rasakan mengancam mereka..Sedarkah mereka yang mereka telah menyulitkan akan faham agama itu sendiri ..padahal nabi pernah bersabda (Ya Allah permudahkan urusanku jangan menyulitkannya)-al-hadist-...jika ini berlaku maka najitahnya mereka bukan mendpt apa2 pahala dalam memperjuangkan agama.al-Quran di tafsir dgn sesuka hati mengikut akal yang belum tentu waras dan bersih dari segala maksiat..Tidak salahnya mengtafsir ayat quran teteapi jgn lari dari nas yang sohih..Begitu juga hadist nabi..berebut untuk mencari hadist sahih sahaja dan sanggup menolak hadist yang lain yang mungkin martabatnya hanya hasan dan daif..kenapa kita mahu menolak hadist hassan, sedangkan ulama hadist telah menyatakan hadist hasan(baik)dan boleh dibawa berhujah dan beramal....?? tahukah kita yang hadist daif kita boleh beramal dgnnya tetapi tidak boleh dibawa berhujah ..???

kita hanya tahu hadist sahih sahaja boleh diterima pakai ..tapi kita lupa yang hadist daif yang banyak menceritakan tentang adab2 yang nabi s.a.w lakukan ..mungkin kerana cacat dari segi perawi dan sanad tidak bermakna kita tidak boleh beramal dgnnya ...cuma tidak boleh dibawa berhujah ...


Sekali lagi aku ucapakan terima kasih kepada saudara izrul kerana berani menyatakan yang benar .Dia lebih arif dari aku kerana tinggal di bumi yang tersenyum ini lebih lama dari aku yang baru 7 bulan berada disini ..moga Allah menyenangkan segala urusanmu wahai sahabatku ..



taming_sari87

Anonymous said...

sapekah kamu wahai anonymous? (komen no 2)

bukankah lebih baik utk berterus terang atau ckp perkara ini secara personal.

jgn hanya tahu lempar batu sorok tangan!

mejat

Anonymous said...

sebenarnya, kau tak faham konsep 'amal jamaie' dan 'tawassul ijtimaie' yang diajar oleh Rasulullah kpd para sahabat..

percayalah, pembacaan tak mampu utk memahamkan kita ttg itu semua. perlukan usaha lebih. bila dah faham nanti, baru la kau akan kata, "oh, begitu rupanya.."

wallahu a'lam

Anonymous said...

"Ada perkara yg kita perlu tahu, adalah perkara yg kita tak perlu tahu, ada perkara yg kita belum bersedia utk tahu dan ada perkara yg kita tak mampu utk tahu. Itulah lumrah alam"

Seorang anak yg berumur 5 tahun tak perlu utk mengetahui bagaimana proses ibu dan bapanya mendapatkan anak. Tetapi dia perlu tahu bahawa dia adalah anak kepada ibubapanya.

Seorang manusia tidak perlu tahu perkara2 ghaib yg tidak mampu dicapai oleh mindanya.

"Serendah-rendah ukhuwwah adalah berlapang dada atau bersangka baik kpd org lain, dan setinggi-tinggi ukhuwwah adalah mengutamakan orang lain"

Sekadar renungan...

p/s Mong, selamat pulang ke tanah air! Semoga mencapai apa yg dicita2kan.

-ammar adelaide-

Anonymous said...

salam mong,

wow, x sangke ko luahkan smua nye di sini..lps ko blk..hehe

btw, thnx 4 sharing..ko telah meluahkan ape yg terpendam dlm hati rmai dak2 adelaide..

hrp2 lps diorg bc nih..ade improvement la..
n hopefully both sides amik pengajaran..kite sm2 improve..=)

oraitt then, all d best kat msia!iA jumpe lg kat mn2..
ciao~

Anonymous said...

I agree . The situation in Melbourne is worse.I am sad to see that the Malaysian Malay students hin Melbourne are so fractured that it's better for these Malaysian Malay factions to be strangers to each other.There's nothing worse than having to pass a friend who you once knew at INTEC who 'toleh muka' or make a detour when you pass by.I hope the Malaysians in Adelaide especially the Malay Muslims learn to tolerate each other despite our varying 'religious backgrounds'.We have so much in common but it's sad to see that one group see the other as 'remeh temeh'.We should learn from each other.I don't want any more of our juniors having to hear 'tapi mereka dari kumpulan lain' when they wanna say 'NO' to a certain group.Lain camne..we are all Muslims and even from the same race and country!!!! If we can;t get along with each other when we're the same race and religion..how're we gonna live in multicultural Malaysia!!

Munir said...

bravo2...respect lah lu brother...

Anonymous said...

Masih kolot pemikiran dak2 usrah ni rupanya..sebab itula aku tak gemar diorg ni..

Anonymous said...

quoting: Alhamdulillah pada tahun ini di pihak brothers perkara2 ini hampir tidak berlaku lagi, namun aku difahamkan di pihak sisters masih ada lagi sikit2.. bukan shj di bumi bertuah ini, di tempat2 lain juga.. Janganlah hanya kerana 'adik2' tidak berminat dengan program2 agama ataupun mereka sedikit lambat dlm mengikut silibus, mereka diketepikan, tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertukar senyuman. Berilah sedikit masa.."

hmmm.. mungkin betul, tp xsemua sisters macam tu. of course kami sayang adik-adik kami,kawan-kawan n kalau boleh tak nak ketepikan sesiapa pun. cuma mungkin ada segelintir yg fitrahnya memang macam tu.. kalau xjoin usrah pun, memang hakikatnya skil untuk bersosial sesetengah orang(senyum2 dan beramah tamah) tu kurang/takde. cuma bila join dakwah, kte letak sebab, dia tak senyum, dan dia meninggalkan dan mengenepikan orang lain sbb terlalu fanatik. mungkin kita boleh tgk di satu sudut pandangan lain, ada je yg tak join dakwah dan mereka tak kisah pun adik2 n kawan-kawan.kita semua memang sedang belajar untuk hidup, belajar untuk bersosial.. skill yang semua orang perlu develop. terima kasih sebab touch part ni. sgt setuju..

dunia mmg perlu tersenyum.

Izrul Zainal Abidin said...

Assalamualaikum dan salam muhibbah..

terima kasih kepada semua comments.. ada yang setuju ada yang kurang setuju.. terpulang.. ini hanyalah satu perkongsian peribadi yang aku lihat bukan shj berlaku di bumi bertuah 'itu' tapi di serata dunia yg adanya pergerakan2 dakwah oleh org Malaysia.. aku tidak ada access internet di Malaysia ini so agak lambat memberi respon.. apa pun aku akan cuba jawab satu persatu InsyaAllah..

p/s: lame tak dengar zikir2 oleh tekong2 terawih.. huhuu.. terasa rindu kepada sunnah..

Izrul Zainal Abidin said...

anonymous1: aku nak mtk maaf jika aku ada kutuk2 ko.. tak terlintas aku nak kutuk sapa2.. aku hanya bergurau tapi mungkin kasar bagi kau yg menyebabkan kau terasa aku mengutuk..

Ya Allah, aku berlindung darimu dari dosa yang aku sedari dan dosa yang tidak aku sedari..

sekali lagi, aku minta maaf..

anonymous2: sejujurnya aku tak pernah tau pon ade buku LA-TAHZAN sehingga lah Intan menyebutnya dlm komen beliau.. aku pon tak pernah cakap yg aku ulas buku tue..
kalau kau baca post pasal La-Tahzan tue, aku ada mention yang aku terkesan dari sebuah poster yang aku jumpa.. aku buka tafsir dan ia memberi kesan kepada aku jadi aku kongsi dlm blog aku.. adakah satu jenayah aku kongsi apa yang pernah aku alami?

anonymous3: selepas bermulanya pergerakan Ikwanul Muslimin yang digerakkan oleh Hassan Al Bana, kerajaan Mesir mengambil langkah berjaga2 terhadap pergerakan2 dakwah. Pihak penguasa tidak teragak2 menahan mana2 ahli kumpulan yang dirasakan memberi ancaman.. ISA mereka lebih dasyat dari ISA kita.. Di OZ atau negara2 barat lain, gerakan dakwah tidak dihalang.. pernah satu ketika di Adelaide pelajar2 disoal siasat, High Comm ade berpesan utk jgn sekali2 menipu pihak penguasa, jika ditanya, katakan ianya hanyalah satu perkara biasa utk org Islam berkumpul dan berusrah seperti mana mereka ke gereja setiap Ahad. Tapi masih ada pihak memilih utk sembunyi2.. jgn kata dgn pihak berkuasa, dengan housemate sendiri pon nak sembunyi2, sorok2.. aku pernah dpt satu Email dari ikhwah di Melben, wowww.. sungguh dasyat element secretive mereka.. Aku sendiri disoal siasat oleh ASIO (Australian Security Intelligence Organisation), mereka ingin tahu, kita beritahu apa yang berlaku.. kemudian selepas itu ada lagi kes pelajar2 kita kite soal siasat disebabkan usrah? sepengetahuan aku tidak ada lagi.. ada 2 3 orang rakan lain juga pernah disoal siasat oleh ASIO dan aku percaya mereka setuju bahawa ASIO memberi layanan baik terhadap kita..

comment2 yang lain jap lagi aku reply.. pengalaman terawih disebelah tekong amat memenatkan..

Izrul Zainal Abidin said...

anonymous4: aku rasakan apa yang ko sebut tue tak terjadi di bumi bertuah 'itu'.. tapi mungkin terjadi di tempat2 lain.. pasal hadith2 nie, aku tak berani komen.. bukan bidang aku.. tanyalah org2 lebih pakar.. lain2 no comment

anonymous5: bukan kata konsep 'amal jamaie' dan 'tawassul ijtimaie' shj aku tak paham.. ape maksud die pon aku tatau.. Ini yang aku maksudkan apb kita cuba memahamkan org yg tak pernah ambil kisah pasal agama sebelum ini, kita harapkan die faham dan hayati dlm masa yg singkat.. tak ramai yg mampu ikut silibus yg ditetapkan.. bila dah ketinggalan, lama kelamaan golongan ini ditinggalkan terus..
Org2 mcm aku perlukan pembentukan akidah yang mudah diikuti buat masa ini.. bukannya konsep2 berat apatah lagi term2 arab yang tak pernah dengar sebelum ini..
Berpandukan silibus yang pada aku rigid itu menyebabkan org yg sudah paham akan mudah untuk ikut dan semakin laju tapi yang lambat makin lambat dan ditinggalkan.. yang alim bertambah alim, yang 50-50 atau slow dibiarkan yang akhirnya kembali ke jalan hidupnya terdahulu..

di Malaysia pon aku tak tau lagi mana arah aku sbb aku join2 pon sbb ada pihak yang sabar membawa kami yg slow2 nie.. kalau kat msia pon same jer nak pakai silibus yg rigid, risau2 aku akan kembali kpd aku yg dulu..

ibnattermizi: aku setuju bahawa ada perkara yang kita belum perlu tahu dsb.. Tapi itu bkn soalnya. Jika si anak masih juga bertanya setiap hari mcm mana dia boleh diberanakkan, dgn hikmah dan sabar jugalah yang mampu memahamkan si anak tadi.. bukan dengan berahsia apatah lagi pembohongan..
Pernah terjadi satu dialog:
a: kau kat mana? b:aku ada usrah kat rumah junior a:Umah sapa? b:ntah aa aku tak sure. a:aik, ko pegi umah orang tapi ko tatau tuan rumah? b:ooo tak2 silap, kitorg kat luar..
aku yakin ramai yang pernah alami situasi begini ataupun situasi yang sekufu dengannya..

aku selalu cuba bersangka baik tapi kalau kisah2 yang diceritakan hingga boleh dibukukan (baik brothers, mahupun sisters--lagi byk..) aku sebagai rakan terasa juga kurang senang..

Itu belum lagi cerita dimana sebuah keluarga yang mmg sudah ditarbiah dari awal, bila anak2 ke luar negara dan mengikuti pendekatan yg berbeza, pulang ke tanah air dan mempertikaikan kaedah mak ayah yang dikatakan terlalu perlahan.. anak2, hikmah itu penting.. aku tau ko tahu akan situasi ini..

Nway, thanks for the wish..

Izrul Zainal Abidin said...

Usen: aku dah lama nak cakap tapi tiada ruang.. bukan sbb aku nak blk aku tulis, aku lebih suka jika aku masih disana sbb ada beberapa pihak yg inginkan penjelasan..

miss you guys!!

anonymous6: Jgn kita letakkan semuanya sama.. kita marah apb org kata Islam=Terrorism hanya disebabkan oleh tindakan beberapa pihak..
Tak gemar terpulang jgn sampai membenci ataupun yg sekufu dengannya.. benci kita pada org menarik benci org kpd kita..

a sister: aku tak bicara soal org yg mmg kurang social skill. Masalahnya apb bila sama2 dlm satu usrah amatlah ramahnya.. siap calling2.. tapi just sebab ponteng 2 3 kali usrah, mula pandang slack.. huhuu.. apapun terima kasih kerana berkongsi mungkin ada betulnya juga apa yang kau cakap tue..

Apapun, mcm aku tulis, situasi sekarang byk berbeza.. jauh lebih baik terutama pihak brothers dah mcm one big happy family, tak kira laa ko usrah haluan kanan ke, haluan kiri ker, tabligh ker, tak usrah ker dsb.. yang aku ceritakan adalah berdasarkan pengalaman aku..
Apa yg kau lihat setakat nie baru sikit.. pulang ke Malaysia ko akan tgk situasi yang lebih dasyat..

Mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Raya kpd semua.. Terima kasih kerana berkongsi.. Maaf kepada sape2 yang kurang senang dgn article ini, bkn tujuan utk memburukkan sape2 sbb di saat2 akhir di Adelaide aku merasakan manisnya hidup di dalam community itu apb mereka2 ini lebih bersikap terbuka. Ini hanyalah perkongsian pengalaman aku agar tidak lagi diulangi..

sape2 yang masih nak comment, silakan..

ihsan_huhu said...

btol2.. ASIO tuh mmg baik2 belake.. diorg buat keje professional, polis2 mesir n negare2 islam lain pon patut malu ngn org2 kapir ASIO nih.

"a: kau kat mana? b:aku ada usrah kat rumah junior a:Umah sapa? b:ntah aa aku tak sure. a:aik, ko pegi umah orang tapi ko tatau tuan rumah? b:ooo tak2 silap, kitorg kat luar.." WTF + LOL
sedangkan Hizbuttahrir yg diblacklist kan oleh US govt pon dikasik kebenaran utk masuk n berceramah kat oz nih, lg lak persatuan islam kita2 nih... ape yg dicuakkan pon aku xtau.. nih bukan being cautios, nih paranoid namenye. lame2 buleh jadik gile nih.

congrats kpd Mong sbb berjaye membawak naik isu nih, kl aku yg tulis sure r satu post penuh carut2 dan maki hamun. kes2.
(xdek pasal aku nk review sp 3-4 hari.. hahaha)

SaifullahBakri said...

Aku sokong Mong!!! tnsn ak..bkn ak je...ramai lg junior2! ak dulu ikut je,xtegas sgt..tp skang dh lain dh..I have my own choice! Ak ad hak jgk nk buat pilihan..sori lah kalau pasni ak btul2 direct berterus terang...tp ak nk luahkan ap yg ak rs.. knp kalau ak xnk join ap2 prgrm ap yg dorg anjur ke, ak akn dpndng slack? n atau aku ni dianggap jahat? bukannye ak ckp nk kuar islam ke ap! Who are they nk judge2 org nih? Ad kwn ak yg dh jd MASCA, pastu trus dh x dilayan oleh senior usrah dorg..masuk MASCA tu jahat ke? masuk dikir tu jahat ke? g prgrm2 yg MASCA or UMNO wat cnthnye mcm BBQ tu jahat ke? dorg thu ke ap niat kita g join2 benda tu? sori lah kalau ak mmg berkasar sgt2...bukan nk gaduh ke ap..just ak skang mmg btul2 dh xthn dh..Ak thu ak ni mmg jahat jgk..masih lemah lg.. tp ak xsuke dipaksa.. ckp je x paksa2 tp kalau ak dh jwb xnk join ap2 ke,mesti dorg akn wat mcm2 utk pujuk..dorg ngajuk lah..tuls ayt2 mcm2 dlm blog dorg lah..nk sruh ktorg terasa..ak dulu mmg lemah skt,lemah ngn pujuk rayu..tp skang x dh..Ak decide ap yg ak nk! Ak xsuke dipaksa! n don't judge us sesuka hati! I respect you guys, coz ak mmg akui yg korg mmg baik...ikhlas tlg org..tp ak ad decision ak sndri jgk...pliz jgn paksa2 lg.. ak betul2 mtk maaf ats kekasaran ak ni..ak just nk trus terang tntg ap yg ak rs..n mgkn jgk ap yg dirasai oleh junior2 lain.. mtk maaf bnyk2 kpd sape2 yg terlibt n yg terasa.. bkn nk cari pasal,tp nk korg thu...n ak tuls ni based pd ap yg ak rs..xpuas hati ap2,jgn libtkn junior2 yg lain... Maaf....

SaifullahBakri said...

N satu lg...prnh satu ms..ad kwn ak yg xjoin dikir..pastu sorg naqib tny rumate ak,
naqib: "dia xmasuk dikir sekali ke?"
rumate: "x..."
naqib: "hm...ad perkembangan..."
rumate: "knp lak? masuk dikir ni jahat ke?"
................

xfhm lah ak knp dorg ni bleh nk judge2 org dgn senang2 hati nye...

Fawwaz said...

Aku tengok comment2 nie, ramai yg setuju dgn ape yg Mong tulis, tapi ade jgk sesetengah yg katakan x bende nie x berlaku @ "korang yg setuju nie bende nie berlaku" x faham dgn konsep betul islam yg dibawa Rasulullah.

Mengikut pengalaman aku, nie ape yg aku rase la, terpulang ar kalo korang rase same ke x, geng2 yg mengikut ajaran yg dirasakan betul ini, kebanyakannye aku tengok ialah jenis yg xde pendapat sendiri, jenis mase kat sekolah dulu, cikgu kate A, diorang buat A, cikgu kate B, diorang buat B... langsung x terlintas bende yg cikgu suruh diorang buat nie btol ke x... buat je ikot ape yg cikgu suruh...
Walaupn aku x same sekolah dgn korang sume dulu, tapi tengok gaye, aku rase mmg jenis yg mcm tu lah...
Aku x sure la, ni pendapat aku je, coz aku nie jenis lain skit. Ape yg cikgu cakap & aku rase plik skit aku slalu pertikaikan, kalau korang x percaya, boleh tanye Pokcek @ Chep(Azam), classmates aku kat skolah dulu.
Kat sini pn aku buat bende yg same.Kalau ade bende yg aku rase salah, atau x practical, aku akan pertikaikan terus.

Jika amalan ini dibawa oleh Rasulullah, mesti tiada cacat celanye. So sini aku nk tulis salah satu bende yg aku pertikaikan dgn amalan yg betul nie.
(aku budak engineering, so aku gunekan matematik utk mudahkan penjelasan aku)
Okey, bayangkan kalau bende nie berlaku dgn meluas kat Malaysia. Katakan Islam ade dlm 65% kat Msia, agama2 lain 35%.
Tapi geng2 islam pulak, ade yg ikut ajaran islam, ade pulak jenis huha-huha... so katakan 45% ikot ajaran islam, 20% gune name islam, tp tunggang-langgang. Pastu pulak, bende pecah-belah ikot pendapat berlaku. Dari 45% yg ikot ajaran tadi, 22% ikot pihak A, lagi 23% ikot pihak B.
Pihak A x tego2 pihak B, pihak B x tego2 pihak A. Masing2 buat bende masing, buat aktiviti x ajak, buat makan2 sendiri2. Pastu brother & sisters pulak masing2 xle tuka pendapat, xle tego2, so dari 22@23%, pecah jadi 12% laki, 12% perempuan.

Nie aku gune percentage yg menyebelahi pihak Islam. Angka sebenar kat Msia mungkin lagi rendah dari ape yg aku peruntukkan utk org2 islam.

So skrang sape yg berkuasa? Adakah 23% "umat" islam yg telah pecah belah tadi @ agama2 lain yg lagi 35%. "Ingat", agama2 lain sentiasa ingin memecahkan umat islam. Betapa happynye syaitan2 kalau kite sendiri yg memecahkan umat2 kita.”

Jika islam dah x berkuasa kat Malaysia, bagaimanakah kita hendak mengembangkan islam? Apatah lagi kalau2 sikap kita sendiri yang suke menyendiri dgn pihak yg sependapat dgn kita & xde niat nk ajar kawan2 yg lemah sedikit pasal islam, dan meninggalkan org2 lain yg lain pendapat dgn kita. Nanti kat akhirat, ape kita nk jawab kat umat2 islam yg huha2 tadi jika kita tinggalkan diorang apabila diorang tanye ”kenapa kita x ajak diorang kepada kebaikan?” . Mungkin ade yg akan mengcounter, ”Dah ajak, tapi xnak ikot”. Masalahnye skrang, knape diorang xnak ikut? Aku pn x ikot jgk dulu ape yg korang bawak nie. Tapi apabila aku tengok ade aliran yg bawa ajaran seperti yg dibawa di masjid2 @ surau2 kat Msia, aku mula ikot ape yg dibawa. Diorang xde pon nak asing2kan org, xde pakse sana sini, kalau busy, x perlu datang, buat keje dulu, boleh datang lagi lain kali.
Kalau korang nk counter ajaran Masjid @ surau kat malaysia salah & x ikot ajaran Rasulullah, terpulanglah. Tapi aku cume nk bgtau yg aku dulu slalu pegi masjid & dengar Tuk guru bagi ajaran, hari2 ade Tuk guru lain2, & buku yg diorang gune bukan satu buku rigid yg sama, tapi kitab2 lain2. & diorang sendiri pn cakap lebih elok blaja dgn bnyk2 tok guru dari blaja dari sorg sahaja. (aku bgtau nie bukannye utk membanggakan diri, tapi utk memberi kredibiti utk ape yg aku tulis nie). Salah sorg tuk guru cakap, biasenye ajaran sesat datang bile ade sorg je Tuk guru yg powerful. Mule2 dia bawak ajaran btol, tapi bile da kuat, bile org luar bagi nasihat ahli2nya boleh counter macam2, mase tu la dia senang sesatkan org ramai. Cube bayangkan mcmana Al-Arqam atau Ayah pin boleh kembangkan ajaran diorang. Ahli2 diorang terdiri dari golongan2 professional, arkitek, lawyer, enginner, doctor, & ustaz2 yg lagi hebat ilmu agama dari kita. Nak bandingkan dgn pelajar2 Adelaide kat sini, mmg kita jauh ketingalan. Tapi mcmana diorang boleh terpesong akidah? Mungkin ada diantara korang yg rasa ilmu agama korang lagi hebat dari diorang? Tapi korang x terfikir ke bawaha diorang yg sesat akidah ni dulu pn pernah fikir mcm tu, diorang fikir diorang lebih hebat dari org2 lain.

Tu belum masuk lg dgn org2 yg depan org, belakon baik gle, nampak alim, tp blakang2, lagi teruk dari org yg x ikut ajaran yg dikatakan betul nie, bende2 basic islam pn xle amalkan. Aku ade ar nampak dlm 3@4 org mcm nie, tp malas ar nk sebut... aku rase korang sendiri pn tau sape, mungkin korang tau lebih dari aku....
Aku bukan jenis yg suke banggakan diri (time main bola lain kira), xpe org nk kate ape pon, asal bende yg aku perlu buat, aku buat. Bende yg aku rase x perlu, aku x buat. Bukan mengikut dgn membuta tuli.

Bende pecah belah nie ikot sumber yg aku percaya, berlaku kat Melben, & bnyk tempat lain kat dunia nie. & ade satu ketika dulu, hampir berlaku kat Adelaide. Tapi alhamdulillah, terdapat usaha2 sesetengah pihak, bende pecah belah nie semakin berkurang kat Bumi ini.

Apa beza kita dgn geng2 Syiah kat mesir tu. Walaupn ikut aliran yg sangat berbeza, tapi amalan kite mcm sama sahaja dgn apa yg berlaku kat mesir, pecah belahkan umat islam mengunakan nama islam yg suci. Kalau nk aku bukak cerita yg aku dengar dari Pak Arab, panjang lagi aku boleh tambah, tapi biarkan la berhenti kat sini sahaja kali nie.

Maaflah kalau ade yg terguris hati dgn luahan hati ini. Saya cume mengatakan ape yg saya pertikaikan sejak dulu. Mungkin ade pihak yg boleh counter dgn mengatakan bende pecah belah nie langsung x berlaku kat Adelaide @ Melben @ mane2 tempat lain. Tapi hakikatnye, dari sumber2 yg aku tahu & dari ape yg aku lalui sendiri, mmg bende nie berlaku. Bukan setakat buat aktiviti x ajak, siap rahsiakan lagi, xmo bagi org lain tahu & dari sumber kat Melbourne, siap x tego housemate sebab bende nie.

Di sini aku ingin memuji seorg sahabat Adelaide. Nizam Zakaria, walaupn saya ’mungkin’ berbeza sudut pandangan dgnnya, tapi selain dari Syafiq mat, dialah salah sorg yg ajak saya pergi tahjud di masjid. Mungkin ada lagi kawan2 lain yg berminat utk berbuat demikan, tapi tidak dijemput kerana perbezaan pendapat ini.

ihsan_huhu said...

siot r fawas.. xbaik doe membangga diri time main bola..

sirul lg power doe!

Lutfie best said...

lu memang ganas lah puloh.boleh layan death metal camnih.hahah

\m/

Anonymous said...

A: salam
B: w`salam
A: Bdak baru ker?
B: Aaaa, sampai semalm..
A: Post grade atau undergrad?
B: Undergrad..tp kawan aku sebelah nie postgrade laa..
A: OOo...bagus laa..aku post grade snie..
B: oo yee ker..dah lamer dh??
A: Hampir nak habis dh..
B: Alhamdulillah..
A: Ader phone no?
B: Ader,jap aku tembak ko..
A: ok, dh dpat..

After 4 to 3 days, friday morning...

C: B!! A ajak ko gi solat jumaat x??
B: Xlaakk...Asal??
C: A call aku tggu kat K-nood nanti dia nak amik gi masjid...
B: OOO yeke...tumpang laa...
C:jom arr skali...
B: orait...

at 12pm..

A: EEhhh..B ko ada skali..
B: ???? Asal..
A: Xper laa..jom grak skali naik keta..

Dalm keta..

A: sabtu niee ko free x C?
C: free asal??
A: Bdak2 postgraduate buat mkan laksa?
C: Ooo..
A: Aku dtg amik ko..tp sory laa B nie postgrade nyee jer..
B: Oooo...mcm 2 ker.(ko niee accident kena langgar ader jerr aku gi kate kat depan muker ko...ko mintak tolong kawan2 postgrade ko jerr laa...klau ko mati nanti ajak laa post grade jerr semayngkan jenazah ko)


On the saturday after C return..

B: Amacm?? sedap??
C: Sedap kemende..makn, trus kena brainwash suruh kahwin...tiba2 jer..kahwin bgus laa utk postgrade..ape laa mamat 2 carut pn aku dh naik pelik dh..jmpa2 jerr trus sruh org kahwin...
B: Kahkah...bgus laa utk ko..lagipn dh tua..aku lain laa undergrad 2 yg xleh ajak mkn laKSA 2...

At certain period, C was not been ask to join anything by A anymore...

Why this happen in SA...

All of our Malaysian like this?? or just few of it??

Clap your chest and ask ur own appetite....

Come on...

Don`t the situation will be like this anymore..

Sometimes when people changes like this:::
'lantak laa, dh desperate br car kita...Asal xcari geng dier..'


Haaaa....baru korg tahu...

Fawwaz said...

Sekadar utk perkongsian bersama,
Menurut sumber terbaru yg saya peroleh dari Melbourne, sejak senior2 tahun lepas balik, dasar pecah & perintah nie dah x berlaku dah kat Melbourne, kalau ade pn, pada tahap yg sangat minimum, maybe lagi elok dari keadaan kat Adelaide skrang walaupn kat Adelaide nie dah mcm okey.
Pihak2 yg dulunye suke bersendirian sekarang sudah makin open-minded. Maksud open minded yg saya katakan ialah, mereka tidak lagi mendiskrimanisi mane2 kumpulan @ individu, tidak memboikot aktiviti2 yg dilakukan oleh Malaysian student society, dan memberi support apabila society2 ini mengadakan aktiviti ilmiah @ aktiviti Islamic.
Saya katakana ‘maybe’ lebih baik dari keadaan di Adelaide adalah kerana mereka yg claim Islamic kat Melbourne nie skrang siap bagi support utk program2 islamic yg dianjurkan oleh MASCA & UMNO kat Melbourne.
Kalau dibandingkan dgn keadaan kat Adelaide, aktiviti Islamic yg dianjurkan oleh MASCA & UMNO biasanye dipenuhi dgn ahli2 MASCA & UMNO, dan hanya terdapat segelintir sahaja pelajar2 yg dari Islamic group nie yg hadir.
Apa bezanya aktiviti Islamic yg dianjurkan MASCA & UMNO @ aktiviti Islamic yg dianjurkan oleh kumpulan2 lain?
Saya berpendapat bahawa kalau mereka btol2 berniat utk menguatkan Islam di bumi Adelaide, confirm mereka akan support aktiviti2 islamic seperti yg disebutkan tadi. Tapi yg berlakunye lain dari yg expected, dah biase kita dengar ayat “sorry x dapar datang, kiteorg ade program lain la tadi.” Tak mahu la saya comment motif pihak yg sentiasa buat program sama tarikh&time dgn program2 islamic tadi. Maybe ade yg mengatakan coincidence, tapi suke hati la.... sume org ade pendapat masing2. Cume saya ingin mengatakan org yg boleh berfikir, dia akan lebih nampak dari org yg hanya boleh mengikut.

Tapi walaupn pecah belah dah x berlaku di Melbourne, sumber saya memberitahu problem lain pulak timbul skrang. Sahabat saya kata skrang dia tengok ade ramai melayu2 kat melben yg minum todi mcm minum kopi.
Saya berharap agar keadaan seperti ini x berlaku di bumi Adelaide ini. Group2 islamic & Malaysian society Adelaide perlu memainkan peranan & berkerja sama utk mengelakkan bende yg sama berlaku kat Adelaide. Lupakan semua yg lepas dan start chapter yg baru. Jadikan sejarah sebagai pengajaran. Carilah PERSAMAAN dan lupakan perbezaan.
Janganlah sampai terlambat seperti yg telah berlaku kat Melbourne terjadi baru nak cari alternative lain utk menyebarkan dakyah. Memang ternyata ustaz2 kat Malaysia lebih berpengalaman dari kita semua yg masih berdarah muda dan bersemangat menyebarkan ilmu agama.

Saya tidak pasti kesahihan sumber yg saya peroleh, sebab saya sendiri xde kat Melbourne, tapi saya mempercayainya, kerana sahabat saya nie pn dulu slalu complain jgk pasal dasar pecah & perintah nie. Sekarang dia memuji group2 islamic nie kerana tidak lagi memandang slack mane2 pihak. Ye la, kite same2 pn islam, maybe utk Allah, org yg kita sangka jahat tu lebih dimuliakan dari kita, yg suka bangga diri dgn ilmu agama yg kita ada & suka pandang slack group2 lain.

Muhammad Teja said...

saya ada cadangan. apa kata kita adakan satu dialog terbuka untuk membincangkan isu ini? antara pihak A dan pihak B. Bukan berdebat, tapi berdialog ya. kita jelaskan apa pendirian kita, dan apa org yg perlu faham ttg kita.

sdgkan dialog antara agama boleh buat, inikan pula sesama mahasiswa.

daripada dok jd anonymous, baik kita berdiri di depan membicarakan masalah ini supaya org jelas apa kita hadapi dan apa yg kita mahu capai.

orang bagi biasiswa bukan untuk jadi tikus. orang bagi biasiswa untuk jadi berani.

saya boleh tempahkan depan village itu.

Mahu? atau berani ke?

Anonymous said...

hah dulu lagi ak da nmpk mende nie.. postgrad n undergrad..

ak ok jek.. mana de makan free ak join la.. x kesah r, post ke under.. kuakuakua

men bola pon ktorg same2 wat?.. ala jgn la pilih2.. nak join same uhuhu..

hah satu lagi.. esok ade majlis makan2.. jempotla datang.. tapi bawak offer letter skali, kne check dulu.. POSTGRAD shj!

hahahaharunnnnn...

Zaid said...

haha mong, aku setuju sangat. dah lama aku nak tulis benda yang sama, bleh tak copy paste je kau nyer? :D (tingkat 77 tuh, no dobi aku!)

Zaid said...

Ramai orang tertanya-tanya mengapa isu ini berlaku overseas sahaja dan tidak di Malaysia. I have a really simple explanation that if I say openly mmg ramai orang akan marah dan tak setuju but believe me, in some cases it's true. Some people are honest in usrah, and I really respect them, but some people are in it for the authority and social status. Senang je. If you are a part of usrah, then you immediately are a part of a group and u get authority when you become a senior. Macam dekat sekolah la, nak ade geng. Juniors tend to listen to you and you like power :). But when we return to Malaysia, religious knowledge is so ubiquitous and boleh diperoleh di mana-mana, that usrah no longer gives you any authority and therefore everyone abandons ship :). Hilang social status ;).

Anonymous said...

assalamualaikum~
saudara mongger di westport~
apa khabar Klang?hahaha..
tumpang tanya, siapakah orang tabligh berkenaan?

Izrul Zainal Abidin said...

muhammad teja: ini bukan isu harga minyak naik hingga perlukan discussion atau debat terbuka atau sekufu dengannya.. pada aku cadangan itu tak praktikal.. ini lebih kepada soal keterbukaan dan penerimaan.. bukan soal berani atau tidak.. berani itu bagus, tapi biarlaa bertempat.. aku rasa kau masih kurang faham akan apa yg cuba aku sampaikan.. post ini simple jer, tak perlu penafsiran sastera yang complex..
bila kau sebutkan pasal 'kita' seolah2 meletakkan mereka side lain dan kau side lain.. kita tu pula merujuk kpd siapa? aku tak masuk dlm ketegori 'kita' tue.. cukuplah aku bersama2 org yg benar2 paham matlamat aku tulis perkara ini..

anonymous7: analoginya begini..
sebagai seorang bomba, jika berlaku kebakaran tugas kita ketika itu adalah utk memadamkan api.. bukannya investigate sape tuan rumah, berapa kos kerugian, punca kebakaran dsb.. pentingkan masalah yang lebih besar dahulu.. cukuplah pihak polis dan syarikat insurance yang tahu siapa tuan rumah..
lgpon apa kepentingan ko tau sape die pon??

zaid: boleh2.. ko nak ltk gamba aku dlm blog ko pon boleh.. tulis skali profile aku: 1 sudah diisi, 3 masih menanti..wakakaa
weh, pe blog ko weh??

aku kekurangan sumber internet setakat ini.. aku ingin sgt menjelaskan kembali situasi ini memandangkan respon2 pon ada dari melben, ada dari uk dsb sbb aku rase ade sedikit kekeliruan di sini.. aku akan tulis sikit lagi pasal perkara ini agar tidak timbul ketegangan ataupun serangan melulu..
aku terima berpuluh2 komen tapi byk yg aku tak publish bkn sbb tak setuju ngan post ini boleh dikatakan semua setuju. mana2 yg tak setuju ngan aku aku publish sbb senang aku nak jawab balik tapi aku rasakan komen2 tersebut kurang sesuai/ terlalu emosi/ terlalu kasar dsb.. maaf sbb tak approve komen2 korang.. bukan aku tak hargai tapi bagi menjaga kemaslahatan semua aku rasakan biarlah aku baca sendiri..

InsyaAllah ada masa nanti aku tulis lagik.. terima kasih kpd semua yg berkongsi..

mong
west port

Anonymous said...

assalamualaikum,

biar saya terangkan bagaimana situasinya di satu tempat.

alhamdulillah, kedatangan kami disambut oleh mereka.

Mereka sangat baik pada pandangan mata kami.

Mereka membantu kami mencari rumah sewa mengajar itu dan ini.

Mereka belanja kami makan charcoal chicken.

Mereka ajak kami duduk usrah.

Mula2 memang happy. Kerana Islam dibawa mengikut kehendak nafsu kami.

Ade bbq.

Ade trip.

Ade mkn2.

Ade jln2.

Men futsal.

Selepas itu, program mereka rancang untuk kami.

Tanpa rela kami hadiri.

Kerana sudah terhutang budi.

Jarum mula dimasukkan.

Pelajaran Ikhwanul muslimin diterapkan.

Kami terima secara terpaksa.

Bukan kami ni bodoh sangat.

Bukan kami tak tau sangat.

Bukan kami tak kenal Ikhwanul mulimin.

Bukan kami xkenal hasan al banna.

Bukan kami xkenal Abim dan Jim.

Bukan kami xtau Jim berpecah dari Abim.

Kami tau baik dan buruk nya usrah ini.

Kami tegur.

Kami tanya.

Tegur kenapakah program dijalankan secara rahsia?

Mereka jawab, nabi mulakan dakwah secara rahsia di rumah al-arqam bin abi al-arqam.

Kami tanya, bukankah perintah dakwah secara rahsia telah terbatal apabila perintah dakwah secara terang2 datang.

Mereka jawab, kita di negara asing.

Kami tanya, budak2 tabligh tu masuk aussie dengan jubah,kurta,serban,siap dengan kayu sugi lagi. Janggut plak ada yang kalah osama laden. Kerajaan aussie bagi je visa kepada mereka.

Kami tambah, 1 dunia tau orang2 tabligh datang bukan nak study, bukan nak cari kerja. Mereka datang hendak buat dakwah.

Mereka terdiam.

Tegur kami pula kepada ukhuwwah yang dilaung2kan.

Apa makna ukhuwah jika hanya sesama melayu.

Apa makna ukhuwah jika kami tidak dikenalkan dengan senior2 yang bukan budak usrah.

Apa makna ukhuwah jika mereka hanya mementingkan ahli jemaah mereka saja.

1 kisah, seorang bekas budak usrah. Beliau ada pengalaman 3tahun hidup di dalam tarbiyah.

Kereta beliau rosak. Beliau menghubungi bekas naqib beliau untuk meminta pertolongan.

Jawapan ringkas dari bekas naqib, ana sibuk la. Telefon diletak. Beliau ingat bekas naqib akan call beliau balik. Beliau tunggu di tepi jalan. Sehingga sunset. Beliau call lagi, call direject.

Beliau terpaksa menolong diri beliau sendiri.

Semasa kami menjadi anak2 usrah.
Macam telah kami lihat.

Jika antara ahli jemaah pinjam kereta mereka. Meraka akan bagi. Ada yang siap hantar ke rumah si peminjam.

Mereka tidak akan call untuk mintak balik.

Mereka tidak tanya untuk apa pinjam? Ke mana? dll.

Mereka tidak akan mintak even mereka memerlukan kereta itu.

Mereka sanggup pinjam kereta orang lain.

Mereka sanggup batalkan program mereka.

Jika salah seorang dari mereka bertanya, dijawab si polan yang pinjam. Si bertanya akan diam

Jika yang meminjam itu bukan si polan dari jemaah mereka. Si bertanya akan call menyuruh si peminjam pulang kan kereta segera.

Begitu juga jika kereta ahli jemaah rosak. Lantas dan tangkas mereka pergi membantu. Bukan 1 kereta. Tapi 3 kereta. Even azan sedang dilaungkan.

Itu baru dengan yang ok tapi tak duduk usrah.

Dengan yang sosial, terus dilupakan.

Kami sendiri tidak tahu pada tahun pertama.

Tahun kedua baru kami kenal mereka.

Tahun ke3, kami buat keputusan. Kami keluar dari jemaah mereka. Kami masuk 1 jemaah yang lebih besar.

Jemaah Islam.

Jemaah yang memuliakan semua orang Islam.

Jemaah yang ada ukhuwwahnya dengar seluruh Islam.

Bukan Melayu saja.

Baru International.

Baru syumul.

Masalah bahase?

Kita kan belajar di oversea.

Kami jalinkan hubungan dengan semua umat Islam.

Dengan budak usrah.

Dengan budak sosial.

Dengan orang arab.

Dengan orang Pakistan, India, Bangladesh, China dll.

Tapi, kami dipulaukan.

Mereka tidak ajak lagi kami ke program mereka.

Mereka tidak kenalkan kami dengan junior2 kami.

oh, kami terkilan.

Apa makna ukhuwah?

Sesama Islam mereka telah gagal.

Sesama melayu pun mereka sisihkan.

Kami sedih. Kami terkilan.

Anonymous said...

Ar-Rum [31]: ....dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah [32]: yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Renungkanlah

Anonymous said...

xyah aa kite sesebok cari salah orang lain. ni pesanan kpd diri sindri yg x join so-called malaysian students usrah kat OZ ni. bagi aku at least penyampai dah menjalankan tugas nye. korang mmg argue la kate cara itu salah la bla2,,tapi bagi aku yg pernah menjoin secara tidak langusng activity usrah ni, aku rs byk pros dari cons.

sblm aku berhujah lbih lanjut, ni nk share pengalaman, aku pernah diapproach (kat msia) pendakwah yg manis berbicara ttg tafsir quraan..aku xmau ulas aa kat sini ttg isinya yg aku rs pendakwah byk pkai akal sendri utk tafsirkan alquraan, tapi apa yg aku nak sentuh ialah ku tgk peribadi pendakwah ni kurang elok dan agak memeningkan aku, cthnye smbhyg jumaat tak pergi pun, nafkah utk bini x kasi, pada aku benda2 ni perkara asas. dan bila aku compare dgn masyarakat daie adelaide, akhlak daie2 rata bagus2 belaka. selalu melayan tetamu elok2, solat jumaat xpernah tggl, selalu solat berjemaah, ayat quraan byk dihafal, pendek kata mmg boleh dicontohi la. jadi aku lg senang terima org2 yg camni daripd cth yg aku kasik kat atas tu.

jadi bagi aku la kalo sekadar sikit2 salah dlm penyampaian tu bagilah can, jangan asik nak hentam keromo je. as long as si daie tidak melanggar syariat, ok la tu. xde org kat dunia ni yg perfect skrg. kite ni tanya blk kat diri kita, ape kite buat utk islam.


Btw, aku puji keberanian ko utk menulis ttg ni. xramai yg boleh tulis benda ni striaght fwd takde kias2, hint2.

pesan kpd pembaca n diri sindri, jom aa kite sama2 melengkapi diri dgn ilmu2 ukhrawi dan beramal dgn sepatutnya.

Salam

Anonymous said...

saye bukanla nak tuding jari cari kesalahan sape2 ataupon nak defend sape2, cume nak cakap kt sini, semoga ape2 yang dikatakan dlm blog ni dapat di improve oleh pihak tersebut..anggap benda ni positif je..xpayah ade orng yg nak emo ke etc..pihak usrah mungkin ade silap, pihak bukan usrah pon mungkin ade silap..same2 check balik kesilapan masing2..manusia ni kadang2 terlalu taksub dgn satu2 bnda sampai die lupe bnda2 basic..janganla pulak sebab blog ni ade pihak yang bermasam muka dgn pihak lain..harap point yg cube disampaikan dpt difahami..

ainishamsi said...

salam mongger, lama mengikut. saje nak munculkan diri hari ni. just wanna say, untuk encik anonymous yg terakhir, i think that's the main point of all this. Untuk ke arah yang lebih baik. Sedih dan terkilan tuh, kalau nak diikutkan, semua orang rasa.(untuk orang-orang yang merasa la), tapi jangan stuck kat situ.

Yang penting masing2 buat perkara yang baik. Kalau kita rasa orang tak telus, kita check kita telus ke tak. Kalau kita rasa org label2 orang, kita check kita label orang ke tak.

In the end, it's about apa yang kita buat. :)

Izrul Zainal Abidin said...

anonymous347: no comment

yz: Terima kasih.. sedar tidak sedar terkena juga tempias sikit2.

anonymous 348-428 dan anonymous2 yg lain: terima kasih kerana mengomen. memandangkan blog ini seolah2 dah jadik blog umum, atas sbb2 tertentu, aku tak dpt approve comment2 korg.. cukuplah untuk aku sorang baca.. thanks for sharing nway

aini: setuju dan terima kasih..

Anonymous said...

Salam wbt.

memandangkan hasil tulis utama yg dibuat rujukan tu datangnya dari sy sendiri, pertama sekali sy minta maaf kalau isu yg sy bangkitkan tu dah menimbulkan pertelingkahan di bumi auzie pula. sy tak sangka juga masalah ni bersifat global (padahal dah dapat agak dah) tapi teruk sehingga ramai yg berselisih pendapat tentang hal ini.

apa2pun, sy melihat masalah ni sbg 1 titik tolak utk kita (atau sesiapa sajalah yg raakan dirinya perlu bertindak) utk merubah hal ini. tak perlu merubah sesuatu tu secara besar2an. mulakan dgn yg kecil. mulakan dgn diri kita. jgn kita jadikan diri kita org yg melabel org, bergaul hanya dgn sesetengah org, dan mcm2 lagi la. klu kita tau ada program yg baik2, ajak2 je semua pergi. toksah nak cari yg sekepala, baru la nak pegi.

yg terakhir, sy setuju dgn anonymous yg terakhir tu. yg aini shamsi pun setuju tu. huraian dia tepat. sbb itulah hakikat.

maaf sbb sy mencelah di sini. terkejut juga bila baca entri ni, tup tup ada pula link ke entri lama sy tu. sy sekadar berkongsi pendapat agar ada perubahan positif yg boleh dilakukan. kita bersuara agak dpt sama berubah menuju ke arah yg lebih baik, kan =)

Izrul Zainal Abidin said...

sarah syukor: wsalam wbt..
pertama sekali, aku nak mtk maaf sebab linkkan article ko dlm blog aku tanpa pengetahuan ko.. lebih2 lagi tak mtk permission pon.. sebenarnya aku dah baca post kat blog ko tue mase mule2 ko post lagik dan bile aku terasa nak tulis pasal mende nie aku linkkan post ko sebagai intro dan ref utk tidaklah perlu aku tulis pjg2.. sekali lagi aku mtk maaf dan wpon mungkin terlambat permission utk ltk link tue.. apa pun, post itu sgt menarik dan sgt tersusun..

article ko itu hanyalah intro utk mudah org paham tentang apa yg ingin aku kongsi memandangkan perkara ini juga sebenarnya berlaku bukan shj di bumi oz malah serata dunia yg adanya pergerakan dakwah oleh budak2 melayu malaysia.. usah bimbang, tidak ada pertelingkahan pon di bumi OZ khususnya Adelaide.. InsyaAllah..

sebenarnya keadaan di Adelaide tidaklah seteruk mana, di tempat2 lain lebih teruk lagi.. tambahan pula keadaan pd tahun ini adalah jauh baik berbanding tahun2 lepas..

apa pun, terima kasih kerana berkongsi dan atas pendapat yang sememangnya untuk kebaikan bersama..

p/s: sape2 nak linkkan post nie dlm blog korang, silakan.. nak copy paste terus cam zaid pon buleh.. huhuu

Anonymous said...

Assalamualaikum.
saya anonymous yang mencadangkan buku la tahzan.
mungkin saudara perlu baca buku tu dulu rasanya untuk menghurai dengan lebih panjang dan tidak menulis sesedap rasa dan menyinggung perasaan ramai orang.
mungkin disini saya cadangkan satu buku lain yang mungkin saudara berminat nak baca. mungkin buku sirah nabawiyah sesuai untuk dibaca semua yang memberikan komen2disini untuk menghayati sirah perjuangan rasulullah tercinta dan mungkin kita akan lebih terbuka memahami sesetengah perkara dan tidak hanya menunding jari.

Izrul Zainal Abidin said...

sfn: terselit dlm byk2 comment yg aku nak delete, aku rasa komen ni patut di publish..

pada pihak aku, aku tak cari salah sape2.. aku kongsi ape yg penah dilalui oleh kawan2 aku.. dan apa yang aku terkilan.. nak teruskan cam biasa, silakan..

tapi nanti jgn terkejut apabila kita ketahui rupa2nya dlm 2 3 ratus yg join rupa2 nya hanya 20 30 yang benar2 boleh ikut.. yg lain2 rupanya kerana terpaksa.. kerana taknak dipulaukan.. tapi kalau itu yg mmg kita mahu.. terpulang..

time kasih kerana mengomen..

Izrul Zainal Abidin said...

anonymous348: terima kasih mencadangkan buku itu.. aku akan baca nanti InsyaAllah.. sirah Nabawiyah.. alhamdulillah aku dah baca beberapa kali.. tak terjumpa plak aku ade kisah pulau memulau, sekat menyekat dlm mencari ilmu.. dengan kaum Yahudi sekalipun Nabi memberi kebebasan dan layanan yg baik..

kenapa apabila aku 'jentik' sikit ada pihak nak tersinggung? kenapa apabila kawan2 aku dipulau, dihalang dan dilabel mcm2, tak terfikir plak yg mereka ini akan tersinggung??

agaknya element secretive nie masih kuat dipegang.. pasal tu laa masih nak anonymous2 lagi..