Sunday, August 22, 2010

"What does your Mosque do Mr. Langdon?"

Lepas balik dari Europe hari tu, aku nak sgt tgk cite the da vinci code lagi sekali (dah penah tgk dah dulu).. Sebabnya rasa cam lebih feel plak bile ko dah pegi sendiri tempat2 yg die tunjuk dlm movie tuh.. tp tak penah2 sempat nk tgk movie nih for the second time sehinggalah last week..

alang-alang tgk da vinci code, layan plak "Angels and Demons" (lebih kurang 4 hari lepas).. dua2 pon hasil karya Dan Brown dan dilakonkan oleh Tom Hanks.. rasa2 nak tau serba sedikit kepincangan dalam Kristian, tgk aa movie nih.. hayati die punye dialog line by line..

ada satu part dlm "Angels and Demons" yang buat aku terfikir..

Minit ke 40++ Professor Langdon ckp kat sorg Polis:

Prof Langdon: "Comandante, If you care all about your church, you listen to me..."

Commander Richter: "... my church? My church comforts the sick and dying.. my church feeds the hungry.. what does your church do Mr Langdon? ................That's right, you don't have one.."

Prof Langdon: .............(diam je arr nak cakap ape)...............

Dlm movie nih Prof Langdon seorang yg ala2 free thinker atau maybe atheist. tapi agak2 laa, kalo Prof Langdon nih sorg Islam, die nak jawab ape?


Commander Richter: "... my church? My church comforts the sick and dying.. my church feeds the hungry.. what does your Mosque do Mr Langdon?"

Prof Langdon: .............(diam jugak arr nak jawab ape)...............

aku rase mmg die takleh jawab pon. Apa aktiviti yang masjid buat sebagai menjalankan tanggungjawab sosial? (Selain kelas2 agama dan kuliah2 formal?)

Tak banyak (atau mungkin tak ada) masjid yang menyediakan makan utk org miskin (melainkan time bulan puasa), shelter home, computer lab utk orang awam, perpustakaan, basketbal court dll.. And yes, mende2 nih ada di gereja-gereja bukan shj di Australia, France, Amerika bahkan di Afrika dan Malaysia sendiri...

Teringat aku salah satu keluaran majalah Al-Islam menceritakan bagaimana seorang Muslim telah menumpang di Gereja kerana menghidapi HIV. Keluarga dan masyarakat tak terima. Hanya gereja yang terima mereka.. kemudian barulah jabatan agama nak selamatkan mamat nih.. tapi aku dapat rasakan, mamat ni takkan tahan dok kat luar.. lama-lama die pegi balik ke gereja tu..

Bila ada usaha-usaha nak betulkan keadaan ini, persatuan-persatuan atau NGO berkenaan tak cukup dana pulak... Jadi tanggungjawab kita orang Islam untuk bantu mana yang mampu.. cara paling mudah.... berilah sumbangan seikhlas mungkin...





Ringkasan video:

1) konsep menggunakan harta ke jalan akhirat..

2) masjid dibuat dengan begitu hebat, namun fakir miskin masih begitu ramai..

3) berikan wang anda ditempat yang membangunkan agama..


MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE 2010 tinggal 3 hari sahaja lagi.. jom beri sumbangan sorang sikit bagi membantu program pembangunan dakwah kepada non-muslim dan menjaga kebajikan 'saudara-saudara baru di Malaysia'...


Walaupun Iftar ini hanya tinggal 3 hari, namun sumbangan-sumbangan boleh dilakukan sepanjang tahun.. Iftar Perdana Hidayah Centre di Sabah dan Pulau Pinang telah dijalankan dengan jayanya minggu lepas.. Status terkini MIPHC 2010 Putrajaya baru mencapai 53% dari target jualan..

Terima kasih kepada penderma-penderma sekalian. secara peribadi aku nak ucap terima kasik kpd Ihsan Afifi yang sponsor 1 Meja RM1000, Intan Baizura yang membeli 1 kerusi dan Zainuddin Arsath Ali yang juga membeli 1 kerusi..

Di mana kita ...
ketika mereka memerlukan

Monday, August 9, 2010

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre 2010


Aku pon dah tak bape rajin nak update blog ni.. Byk komitmen lain.. bkn makin malas nk tulis.tp kali ni disebabkan ada keperluan:

1) Aku terhutang budi ngan Amin Al-Qaf. Die soh update.. so aku update laa
2) Promosi MIPHC 2010

-----------------------------------------
IKLAN

In July, I went to Berlin...

Burdenberger Tor, Berlin with Mr Ibrahim

For Coil Winding, Insulation and Electrical Manufacturing Exhibition...


Then alang-alang gi Berlin, amik cuti seminggu jenjalan Europe..

Went to Paris sensorg..

Arc de Triomphe

Jalan sensorg nih best gak. Ko bleh jalan mane jer ko suke at your own sweet time. Bleh lepak2 kat Eiffle Tower sambil layan World Cup..

The famous Eiffle Tower

Since I know I will be all alone in Paris, I bring along my tripod.. malas nak mtk org amikkan gamba.. so every place that I went, It took me 5 minutes to set up my tripod.. tah camne tah one of the day, sampai kat Musee de Louve, tgh aku set2 tripod, lalu plak sorg mamat..

"Eh kau.." aku reply gak" Eh kau..." (due2 pon lupe name senarnye.. waakakaka)

"Ko watpe kat sini Abe?" (Abe dak adelaide 2006).. baru aku igt name die..

Musee de Louvre with Abe

Abe ade keje ngan TOTAL so die pon 1st time kat Paris.. Training die abis sehari seblom tu sambil2 tunggu flight ptg nnti die jenjalan.. aku plak mmg tgh jenjalan.. dah jodoh, 4 tahun tak jumpe, jumpe kat Paris plak.. setengah hari bersama Abe di Paris..

Mong n Mona


Seb baik jumpe Abe, leh aku nk amik ngan Mona Lisa.. kalo tak jgn harap aa.. Abe juga bgtau aku byk tempat2 menarik lain yg tadek dlm map.. since aku pon byk mase.. jalan habis sume aa..


Then gi Manchester

Dr Zaid Hakim amik kat airport.. die juga insan yg bawak aku jenjalan.. ape lg.. Old Trafford aa..


Thanks to Dr Zaid Hakim and Dr Imree for the warm hospitality.. Thanks to Dr Akmal Hisyam gak wpon die tatau aku tido bilik die.. huhuu

Nk amik gamba mlmnye pasal, burn 20 pound..


aku penah cakap kat zaid mase die dtg Adelaide dlu "skang ko dtg tempat aku, ade rezeki aku dtg tempat ko plak".. mana nak tau rezeki tu dtg 2010...

Last Destination... London

Time Kasih bebanyak to Amin Al-Qaf yang turun dari Dublin semata-mata nak teman aku jenjalan kat London..

London Eye

to Amin: haa aku dah post kat blog.. sbb ko mtk sgt kan.. sebagai token of appreciation.. aku dah tulis nih.. nway thanks alot turun ke London.. much appreciated.. kalo tak mati kutu gak aku.. huhuu

Royal Albert Hall



MIPHC (2010)

Mcm lat year, this year Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre kembali lagi.. tujuan adalah untuk mengutip dana bagi menampung kos operasi 14 buah 'Shelter Home' untuk Muallaf seluruh Malaysia sepanjang tahun.

Tahun lepas budak-budak Adelaide telah menyumbang 2 buah Meja (lebih spesifik, Program BMH 1 meja, Ihsan Afifi 1 Meja)..

MIPHC 2009

Tahun ni, sekali lagi, dermawan IHSAN AFIFI telah mendahului senarai penderma dengan membeli sebuah meja utk MIPHC 2010. Beliau memang seorang STUDENT MALAYSIA yang TERLAMPAU budiman.. Semoga Allah membalas kebaikan tuan hamba..

Setakat ni respon mcm ok jer.. byk feedback esp kat FB.. tapi bising2 je lebih, sumbangan tak masuk2 lagi.. takpe nanti aku akan push lagi..








Pada tahun ini, Julung kali diadakan di 3 buah negeri iaitu

a) Pulau Pinang (21 Ogos 2010)

Dewan Mellinium, Kepala Batas.

b) Sabah (22 Ogos 2010)

Magellan Sutera Habour, Kota Kinabalu.

c) WP Putrajaya (28 Ogos 2010)

Dewan Seri Siantan,

Kompleks Perbadanan Putrajaya, Precint 3.


Dermawan-dermawan sekalian boleh menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Pakej disediakan:

Pakej 1 (Meja Al-Firdaus) @ 10 kerusi - RM 5,000.00

Pakej 2 (Meja Ar-Rayan) @ 10 kerusi - RM 3,000.00

Pakej 3 (Meja Al-Adn) @ 10 kerusi - RM 1,000.00

1 kerusi RM 100.00

Sumbangan ikhlas RM xxxxxxx


Boleh beli meja/ kerusi dan hadir Iftar. Boleh beli meja/kerusi tapi tak hadir (akan dihadiri oleh Saudara baru - kira sponsor muallaf utk Iftar). Boleh juga menyumbang tanpa beli kerusi/meja. Mana2 ikut laa iman kata apa..

Aku pernah promo pada sorang member. Dia kata. Muallaf2 ni tak boleh usaha sendiri ker? cari kerja dsb. Senarionya adalah, ini utk muallaf2 yg mmg sgt daif atau mempunyai keuzurun. Contoh kes:

1) Suami isteri masuk Islam. Dulu hidup senang suami bekerja. Masuk Islam, Allah nak uji, kene buang keluarga. Tiba2 suami jatuh sakit kene Tibi. Hilang upaya. Anak2 kene Tibi. Wife pon suspek kene Tibi tp belom disahkan. Bro, aku sendiri pergi rumah dia tgk keadaan dia.. mmg tak mampu nak berdikari.

byk lagi kes kalo aku cite korg mesti tak percaya. Tp itulah hakikat Muallaf di bumi Malaysia..
Kalo yang ada upaya ape sume, aku pon malas nak tolong sangat. Biar laa dia berdikari..

jom pakat2 sumbang sorg sikit utk kebajikan muallaf ini.


Sumbangan boleh dilakukan kepada:

PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
Bank: CIMB Bank– 1441 0009 8200 56

Rasulullah (SAW) Bersabda:
"Sesungguhnya tidak sempurna Iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"

Tuesday, January 26, 2010

Jubli Perak..


Hari ini telah genap usia aku 25 tahun mengikut kalendar masihi atau 25 tahun 9 bulan mengikut kalendar Hijrah.. mengikut catatan sejarah, Rasulullah berkahwin dgn Siti Khadijah pd umur 25 tahun.. tapi sini bkn nk cite pasal kawen..

Wpon selalunya kurang cerita hal peribadi, tapi rasanya kali ni nk tgk kembali, selama 25 tahun diberi peluang utk hidup ni, apa yg telah aku lalui serba sedikit.. mungkin boleh menjadi iktibar.. sekurang2nya untuk diri sendiri..

Wpon aku adalah nobody dlm masyarakat, tapi sekurang2nya pernah laa org nak buat liputan pasal aku.. hmm.. not bad for a start..

New Straits Times: 1997

Didik: 1997
Of course laa yg paling hensem jd heronya


Didik: 2000

Berita Harian: 2001

* Ade satu gamba aku kuar front page Utusan Malaysia masa hari kemerdekaan kecik2 dulu.. tapi dah ilang mane tah.. huhuu

I may not excel academically, but i guess being the former captain of Perak Rugby team in 2002 and we were the runners-up for the MSSM tournament is something that can be proud of..


Aku bersyukur kpdnya, dengan usia yang semuda ini, aku telah pun menjejakkan kaki di 5 benua (kecuali South America n Antartica).. Maybe ade jugak yg pernah sampai ke beberapa buah negara pd usia semuda ini (pilot misalnya).. tapi aku yakin pengalaman yg aku lalui amat berbeza..

Country I've Visited

Egypt, Sudan, Indonesia, Brunei, Thailand, Singapore, Ukraine, Jordan, Qatar, United Arab Emirates, Saudi Arabia, Oman, Turkey, USA, Australia, New Zealand..

InsyaALlah negara2 lain bakal menyusul..

I'm done with my 1st 25 years of my life.. looking forward for the next 25 years..
Semoga dpt memberi manfaat kpd org lain dgn kepanjangan umur yg Allah berikan.. InsyaAllah


Bia aa orang nak kate ape pon utk post kali nih.. aku kisah ape.. lgpon blog aku, suke aku laa nak tulis ape pon.. I just feel sometimes when we looking back to our past, it teach us a lot of things..

Apa pun aku bersyukur kerana melalui byk perkara.. ada yg kadang2 org teringin sgt sesuatu, tapi Allah tak bagi lagik.. tapi Alhamdulillah dlm usia semuda nih, Allah dah beri peluang lalui byk perkara.. Alhamdulillah..



Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[103:1-3]

Wednesday, January 20, 2010

Kalimah Allah untuk siapa?

Kebetulan isu ni aku dah sebut dlm post lepas serba sedikit. bukan dari sudut ilmiah, tapi dari pengalaman aku sendiri. Tersasul dlm post yg lepas aku ada mention akan tulis pasal isu kalimah Allah dan bible dlm bahasa melayu, so aku try kongsi serba sedikit pandangan dan persoalan secara ringkas.

Pertama sekali, kita ketepikan semua sentimen dan emosi. Bila sudah berlapang dada utk lihat kepada fakta tanpa dipengaruhi emosi, then we can talk..

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!”
(Al-Zukhruf ayat 87-88).

Persoalannya, banyak org2 Kristian seluruh dunia yg telah guna perkataan Allah sekian lama. Bahkan regu kita di Nusantara, Indonesia telah lama pun orang Kristian guna perkataan Allah. Agnes Monica misalnya, menyanyikan lagu ketuhanan dan menyebut perkataan Allah. Perkataan Allah lama digunakan dlm Bible, bahkan bible dlm bahasa Arab dieja Allah itu sama dgn yg org Islam eja (dahpun dlm bahasa arab) dan aku pernah melihatnya sendiri..

Walaupun bible itu sendiri ntah pelbagai pecahan seperti version King James, King Henry dan pelbagai version lagi. Kemudiannya dipecahkan pula kpd bermacam ketegori, New International version, New revised Standard, New American standard, Living bible dan mcm2 bagai lagi.. Banyak telah gunakan perkataan Allah atau diganti dengan God.

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)
(Al-Ankabut ayat 63).

Maka antara yang menjadi kemusykilannya, pemerintah yg selama ini tadek laa plak kisahkan tuntutan dlm Agama suci Allah, tiba2 muncul sebagai hero utk pertahankan kalimah Allah kononnya. Yang kebanyakan bersuara lantang itu sendiri, anak bini tidak pon menutup aurat bahkan kadangkala menunjukkan kemewahan yg melampau. Menteri yg bising2 pon, tudung pon tak pakai. Ketua agama negeri kononnya tak bagi guna kalimah Allah di sebuah negeri, membazir masa dan duit rakyat naik kapal keliling dunia menggunakan kekayaan negeri hasil kerja keras rakyat bahkan ada bahagian rakyat miskin yg masih byk belum mendapat bahagian mereka. Kita tidak persoalkan kemungkinan byk lagi perkara baik yg mereka lakukan, tetapi perkara mungkar yg dipertontonkan kpd rakyat lebih pulak guna wang rakyat, amat menjengkelkan.. kemudian bila timbul isu agama, mula bagi statement atas kapasiti ketua agama Islam negeri kononnya, amat meluatkan.. Aku tidaklah pro mana2 parti or persatuan ke ape, tapi kenyataan Khalid Samad ada benarnya..

Penguasa memainkan peranan yg sgt besar dlm hal2 begini. Dlm sebuah 'negara Islam' sepatutnya agama Islam dpt dikembangkan dgn begitu pesat dan cepat. Environment Islam sepatutnya dpt dirasai dimana2 bukan setakat laungan azan dpt didengari di merata tempat. Penguasa dpt menggerakkan dan mempengaruhi suasana melalui ibubapa, guru, penguatkuasa dsb agar org2 muda paham hakikat Islam dari awal. Bila dah masuk zaman remaja/ awal dewasa, perkara pokok dlm agama mereka telah kuasai. Pd ketika itu tidak timbul isu Bible dlm bahasa melayu dpt merosakkan akhlak remaja. Hakikatnya bila Bible diterbitkan dlm bahasa melayu, lebih mudah laa org Islam mengesan kepincangan dlm agama Kristian itu sendiri. Maka lebih mudah utk berdakwah. Jika bible masih dikekalkan dlm Hebrew, agak2 berapa kerat orang putih yg Kristian akan masuk Islam?

Ini bukan soal bahasa atau ke'ekslusif'fan perkataan Allah. Tetapi soal kefahaman dan penghayatan. Jika Bible itu dlm bahasa Sanskrit sekalipun, tetapi persatuan2 mereka aktif memberi bantuan, mendekati masyarakat dsb dan pada masa yg sama, jabatan2 agama Islam yg mendapat peruntukan puluhan juta ringgit tidak bergerak sesuai dgn jumlah peruntukan, tetap orang kita akan tertarik kpd Kristian, wpon tanpa memahami hakikat agama itu sendiri.

Tapi walau apapun penerimaan masyarakat terhadap keputusan Mahkamah, perbuatan membakar gereja amatlah mengecewakan. Islam melarang keras umatnya berperilaku sedemikian (wpon masih taktau kerja sapa, boleh jadi ada org lain ingin mengambil kesempatan, mungkin org kristian sendiri yg buat utk mendapatkan simpati dan last2 dpt RM500k, mungkin SB.. mungkin UMNO.. mungkin PAS.. mungkin Herald.. mungkin.. mungkin.. mungkin)


Allah menyebut: (maksudnya) “..dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang (pencerobohan) setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dalam semua tempat itu dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa.
(Al-Hajj ayat 40).


Hmm terpanjang pulak.. rasanya cukup laa hal itu, tapi apapun sejak dua minggu yg lepas, Hidayah Centre telah menyusun Jawatankuasa Dakwahnya yang baru. Isu kalimah Allah ini juga telah diforumkan minggu lepas. Dan akan diforumkan sekali lg nx week. Byk juga perkara aku kurang setuju secara kelompok dlm HC, tetapi pendirian HC dlm isu kalimah Allah ini aku sgt setuju. Perbincangan berkenaan hal ini sgt ilmiah, bahkan aku diberi ruang utk menyelit mengutarakan pandangan dan pengalaman aku. Alhamdulillah, ada yg menyokong.
Maka antara yg dipersetujui, apapun keputusan mahkamah kelak, jadikan ia sebagai satu peluang berdakwah. Tuntutan itu lulus ke tak lulus nanti, kita boleh gunakan kedua2 situasi utk berdakwah.. Dan pastinya, kami memerlukan sokongan dari luar..

Juga pd minggu lepas, perkara yg dah lama aku idamkan utk tgk dgn mata kepala sendiri, telah Allah berikan peluang.. melihat orang mengucapkan Syahadah buat pertama kali.. dua adik beradik lelaki dan perempuan dari Filipina.. Di negara sendiri mereka tidak berjumpa Islam, namun disini mereka menjumpainya.. ALhamdulillah.. suasananya amat menyentuh hati..

Majlis PengIslaman Gomboa Anthony & Cabanding Maribeth


Antara yang hadir

Tuesday, December 22, 2009

Salam bukan Muslim

KANGAR 18 Dis. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang melabelkan Perlis sebagai negeri yang mengamalkan fahaman Wahabi.

Tuduhan itu sering dilemparkan termasuk melalui media massa dengan alasan Perlis tidak mengamalkan doa qunut semasa solat Subuh dan tidak berdoa beramai-ramai selepas solat untuk menidakkan amalan Sunnah yang diamalkan di negara ini.

"Sebagai Raja Perlis, saya amat dukacita dengan apa yang berlaku tersebut.

"Tak baiklah buat kenyataan dalam akhbar atau TV. Lebih wajar dibawa muzakarah.

"Kalau apa yang dibuat di Perlis tak ikut syarak, tunjuk nas-nas lengkap, Perlis sedia mengubah (dari apa yang diamalkan sekarang)," titah baginda.(click here..)


It has been a while since last post (ayat standard utk org2 yg lame tak update..).. Bukan taknak or tadek ape nak tulis.. tapi tak sempat.. terima kasih sbb masih mengikuti.. selamat dtg kpd pengikut baru.. Atas sebab2 tertentu, selepas ini rasanya perlu lebih byk menulis..

Alhamdulillah selamat pulang dari Sudan setelah lebih kurang 42 hari di sana. Kemungkinan akan ke sana lagi jika Allah bukakan pintu rezeki di sana..

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu". At-Talaq [3]


PETRONAS Complex, Khartoum, Sudan


Tak berhajat nak cerita panjang pasal kerja.. tapi ada satu perkara yang sememangnya aku dah tau, tetapi mengalaminya sendiri menimbulkan satu perasaan yang berbeza..

izrulza: khaif? tamam? (ko ape khabar? bagus?)
Henry: tamam mia-mia.. alhamdulillah (bagus sgt2.. segala puji bagi Allah)

izrulza: alhamdulillah


izrulza: I'll come again tomorrow at 8am.. Insya-Allah
Jennifer: Insya-Allah (dengan izin Allah)


John: Assalamualaikum.. (kesejahteraan atas kamu)
izrulza: Waalaikumsalam.. (dan ke atas kamu kesejahteraan)


Henry, Jennifer dan John adalah Kristian berasal dari South Sudan.. situasi yg diceritakan sememangnya berlaku hampir setiap hari.. perkataan Allah disebut oleh org Kristian boleh didengar di mana2.. maka bolehkah menjawab salam bukan muslim? Adakah boleh perkataan Allah digunakan oleh non-Muslim?


Menjawab Salam Bukan Muslim

Al-Imam al-Bukhari dalam kitabnya Al-Adab al-Mufrad di bawah tajuk Bab Kaif al-Radd ‘ala Ahl al-Zimmah (Bab Bagaimana Menjawab Salam Kafir Zimmi) meriwayatkan kata-kata Ibn ‘Abbas:

“Jawablah salam sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi. Ini kerana ALLAH berfirman (maksudnya dari Surah al-Nisa ayat 86) “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”

Adapun hadis-hadis yang menyuruh dijawab ‘wa ‘alaika’ (ke atas kamu) terhadap salam Yahudi ialah disebabkan orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja. Perkara ini jelas disebut dalam hadis baginda:

إِنَّ الْيَهُودَ إِذَا سَلَّمُوا عَلَيْكُمْ يَقُولُ أَحَدُهُمْ السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقُلْ عَلَيْكَ

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka dengan ini jelas hadith ini mempunyai Sabab al-Wurud (sebab terbentuknya sesuatu hadith) yang tersendiri. Iaitu ia merujuk kepada suatu kejadian atau keadaan yang mana orang Yahudi memberikan ucapan salam secara mainan dan sendaan dengan diubah lafaz yang kedengarannya hampir sama, tetapi maksudnya amat berbeza. Dalam ertikata lain hadith ini bukan untuk semua keadaan. (rujukan bacaan)

Walaupun ada perbezaan ulama' kepada memberi salam kpd bukan muslim, namun dlm hal menjawab salam, kebanyakan ulama' berpendapat boleh dan ada yg kata wajib menjawabnya berdasarkan hadith di atas..

Perkataan Allah dan isu Bible dalam Bahasa melayu..

(...Bersambung dlm post akan datang...)


Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi


kempen beliau berkisarkan kepada kemerdekaan minda dari sebarang ketaksuban pandangan tokoh.. kempen beliau juga kepada keluasan fiqh dan menyempitkan hal2 berkaitan ibadah.. beliau secara keras menentang perbuatan bidaah dan antara yang byk mengeluarkan fatwa/ pandangan terhadap byk perkara yg dilakukan di kebanyakan tempat sbg bidaah yg sgt2 ditentang (termasuk yg kebanyakannya diamalkan di Malaysia).. Byk kali digelar Wahabi, Salafi dan pelbagai gelaran utk memberikan imej yg buruk kpd beliau. Juga pernah dipenjarakan kerana gerakan yang disertainya.. kini merupakan President Persatuan Ulama' Sedunia..

Apa yang peliknya, di Malaysia, ada juga tokoh-tokoh yang juga berusaha membawa seruan kepada keluasan fiqh, kemerdekaan minda dari bertaqlid buta, melarang perkara2 yg tidak diajar Nabi SAW dsb.. Acuannya sgt2 hampir sama dgn apa yg dibawa oleh seruan Dr Yusuf al-Qaradawi.. Tetapi apabila mereka ini mendapat tempat di hati masyarakat, ada golongan kurang senang dan melabelkan mereka2 ini Wahabi, Salafi, Sesat, menentang ijma' ulama, songsang dari arus perdana, mencerca ulama dsb yang kesemua ini tuduhan2 jahat yang lebih tidak beradab, menyeleweng bahkan kebanyakannya berunsur fitnah. Ditahan pula atas dasar kuliah tanpa tauliah.. Dr Yusuf telah juga melalui ranjau yg sama satu ketika dahulu..

Itulah Malaysia, bila ada yg datang bawak dalil, mcm2 perkara mereka dituduh, tapi bila benda yg sama dibawa oleh tokoh besar dunia, baru mereka akur.. menghukum dalil berdasarkan kedudukan.. Sama pd suatu ketika dahulu, Mufti Perlis melarang hal mengendap tangkap khalwat serta dinyatakan dalil dan contoh pd zaman sahabat maka ustaz2 pondok ni mula bising dan mengatakan menggalakkan maksiat itu dan ini.. beberapa ketika kemudian, PM ketika itu mengeluarkan kenyataan menyokong pandangan mufti Perlis, maka ustaz yg sama tampil di media dan menyatakan pandangan itu benar kerana bertentangan dengan kaedah yg diajar oleh Islam..
Lawak mmg lawak.. tapi itulah hakikat kebanyakan golongan ugama Malaysia.. Dalil dan nas dari Putrajaya lebih tinggi dari dalil2 yg lain..

Yang hairannya, Dr Yusuf diberi gelaran tokoh Maal hijrah wpon byk fatwa beliau yg byk bercanggah dengan majoriti pendapat ulama pondok tempatan..


Adakah yg memberi gelaran itu sendiri pon tak tahu apa yg diserukan oleh Dr Yusuf? Adakah hanya kerana dia Presiden ulama' dunia maka dia diberikan pengiktirafan itu? bukan kerana kesarjanaannya dan ketajaman pemikiran beliau? Aku rasa laa, kalau diberikan masa selama 2 jam kpd Dr Yusuf utk menghuraikan perkara2 yg dilakukan oleh umat Islam Malaysia dari pandangan beliau, tentu byk perkara yg beliau larang dan tentang dgn keras.. Maka akan terduduk kakulah ustaz-ustaz pondok yg ada dlm majlis itu yang suka sgt nak label org Wahabi laa, Salafi laa dsb.. Bahkan aku rasakan beliau juga akan melarang sambutan Maal Hijrah satu masa nanti sebagaimana beliau melarang kpd sambutan Maulud Nabi.. Jika beliau tahu implikasi sambutan Maal Hijrah di Malaysia, tentu beliau tidak menerima anugerah Maal Hijrah tempoh hari seperti mana beliau 2kali menolak utk menjadi Pengarah di Majlis Ulama dunia..

P/S: kebelakangan ini aku menyertai beberapa siri kuliah di beberapa tempat. Tapi ada beberapa kuliah yg agak memedihkan telinga bila mendengar.. Kita dilarang utk begitu taksub dengan mana2 tokoh namun kita kadangkala mempunyai perasaan yg lebih kpd satu2 tokoh.. Sama seperti Dr Yusuf al-Qaradawi yg amat menyayangi Ibn Taimiyah, Dr Asri Zainul Abidin yg byk mengambil manfaat dari Dr Yusuf al-Qaradawi dan byk lagi.. Maka tidak salah utk mengambil byk pendapat dari seorang tokoh yg dirasakan siqqah..

Bukan ingin mempertahankan sesiapa, tetapi jika perbezaan pendapat dikatakan biadap, tidak mengikut arus perdana, kononnya menentang ijma' ulama' dsb, itu adalah satu penyelewengan fakta. Jgn sewenang-wenangnya melabelkan sesorang dengan apa juga jenis label. Datangkan hujjah, nas dan dalil seperti yang dititahkan baginda Raja Perlis di atas. Rasanya mereka2 yg suka label org nih, tadek pon yang berani tampil sahut seruan YTM Tuanku Raja Perlis utk menyatakan apa yg dibuat di Perlis itu salah.. mereka hanya menjadi jaguh di surau2 dan masjid2 shj.. baling batu sembunyi muka.. Amat memalukan, sikap bacul ini ditonjolkan oleh golongan agama..

Orang kata jgn mengkhususkan bacaan Yaasin mlm jumaat kerana tiada dalil, dia kata pada jemaah golongan ini mengharamkan bacaan Yaasin.. itu fitnah.. Orang kempen tidak berqunut/ zikir beramai2 selepas solat sbb nabi tak buat, dia kata golongan ini sebut sape zikir masuk neraka.. itu dusta.. Dan tuduhan2 begini dilakukan di byk tempat, masjid dan surau,termasuklah di kediaman rasmi Menteri Besar.. dan aku menjadi saksinya..


Pertama, membebaskan diri dari fanatik mazhab dan mengikut secara buta tuli kepada si fulan dan si fulan, samada dia dalam kalangan ulama terdahulu atau kemudian“. Dikatakan “ tidak bertaklid itu melainkan seorang fanatik atau dungu [Yusuf al-Qaradawi]

Wednesday, November 11, 2009

::Muqaddimah::

Kita amat menghormati kesarjanaan dan ketokohan Imam-Imam Mazhab yang 4 dan Imam-Imam besar yang lain. Kita tidak pernah menafikan tentang ketinggian ilmu mereka serta betapa keseluruhan masa dan tenaga mereka digunakan bagi memikirkan tentang kemaslahatan umat. Perjuangan mereka amat dikagumi. Sumbangan mereka telah dicatat dalam lipatan sejarah dengan tinta emas. Namun mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

Kebanyakan kita tahu akan tentang sejarah munculnya pelbagai jenis Mazhab. Setiap Mazhab pastinya merujuk kepada sumber utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Jika tidak tentunya Mazhab tersebut telah ditolak oleh majotiti ulama seperti Mazhab syiah..

Mazhab-mazhab yang diiktiraf oleh Ahli-Sunnah Wal Jamaah tidak banyak berbeza pd soal pokok (seperti bab Akidah dan Ibadah) tetapi lebih kepada perbezaan pendapat dlm bab muamalat, syariah dsb.. Timbulnya perbezaan ini disebabkan oleh limitation yang dihadapi mereka samaada dari segi sumber, kaedah penafsiran, jarak masa dan perjalanan dll..

Perbezaan fahaman dan pendapat terhadap sesuatu perkara bukanlah bermula pada permulaan zaman munculnya Mazhab, tetapi telah muncul sejak zaman para sahabat lagi.. Namun mereka berlapang dada dalam mengambil pandangan orang lain selagi mana ianya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

sebagai contoh, ketika zaman Saidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah, pernah ditanya tentang bahagian harta pusaka untuk nenek. Umar tidak tahu lalu berkata aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW pernah menyebutnya. Lalu seorang sahabat menyampuk dan mengatakan bahawa ketika Rasulullah SAW menyebutnya, Umar sedang sibuk mengerjakan kebunnya. Maka diberitahu bahawa bahagian untuk nenek adalah 1/6. Demikianlah halnya, perbezaan pendapat sering berlaku.. dari dahulu hingga sekarang..

Kerana itulah, Imam Syafi'ee berpesan dengan kata-katanya yang masyhur..

"Seseorang sudah pasti kehilangan satu sunnah dari Rasulullah dan akan jauh darinya, maka betapapun perkataan yang telah aku katakan atau suatu prinsip yang telah aku gariskan di dalamnya yang berasal dari Rasulullah namun bertentangan dengan apa yang aku ucapkan; maka ucapan (yang harus dipegang) adalah apa yang diucapkan oelh Rasulullah SAW, dan ia adalah peganganku (pendapatku juga)"


"Bila di dalam kitabku kalian mendapatkan hal yang bertentangan dengan sunnah/hadits Rasulullah SAW; maka berpeganglah dengan sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkan apa yang telah aku ucapkan (pendapatku) tersebut"


"Bila sesuatu (hadith) shahih, maka ia adalah mazhab/pendapatku"


(bersambung...)


Pengalaman itu tidak ternilai..


Benarlah, pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. dengan pengalaman juga kadangkala lebih menghargai keadaan diri dan tanah air kita.. bahkan kadangkala (jika kita mahu) kita belajar dan lebih memahami mengenai keindahan dan keluasan dalam Islam..

Sehingga kini aku telah berada di Sudan lebih sebulan. Officially, ini adalah tempat kedua aku pernah menetap melebihi sebulan selain Australia. Kalau dulu sebagai student hidup senang, kini sebagai kontraktor di Kompleks Petronas Sudan lebih mencabar. Keadaan cuaca shj sudah cukup membuatkan badan letih walaupun tak buat apa2.. Kehidupan di negara ketiga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi sebagai kontraktor (bukan seperti kebanyakan staff2 Petronas yang hidup senang lenang tapi masih nak komplen itu ini..). Dengan keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu dan kehidupan yang susah, investor yang ditekan habis-habisan, selit belit masyarakat setempat banyak mengajar erti kehidupan.. Teringat akan satu petikan dari sebuah buku "Selok Belok Melakukan Perniagaan di Indonesia" yang lebih kurang menyebut [isi petikan tidak diubah, pengolahan ayat dilakukan oleh aku sendiri sbb tak ingat :) ]

"kadangkala kita terpaksa menerima tekanan yang dihadapi dengan rela seperti penipuan wang oleh masyarakat setempat. Kadangkala makanan atau servis yang diberikan kepada orang luar harganya berlipat kali ganda dari harga yang ditawarkan kepada penduduk setempat. Disebabkan oleh kehidupan harian yang sukar, maka mereka melihat pelancong sebagai sumber rezeki tambahan kepada mereka. Maka terimalah dengan rela dan berilah dengan ikhlas"


Siapa sangka, rezeki aku bulan ini adalah hasil titik peluh di bumi Afrika..
Semoga pengalaman ini banyak mengajar erti syukur dalam kehidupan..


::Muqaddimah 2::

(...sambungan)

Bagi kita di Malaysia, kebanyakan kita berpegang kuat dengan Mazhab Imam Shafi'ee. Ada yang kadangkala begitu fanatik hingga menyatakan perkara itu dan ini kita perlu buat dan begitu begini tidak boleh kerana kita berMazhab Syafi'ee. Amat mendukacitakan apabila banyak perkara yang tidak pun disebutkan oleh Imam Syafi'ee, namun telah menjadi amalan sekian lama, maka disandarkan perkara itu atas nama Mazhab Shafi'ee. Bahkan jika mereka benar2 mengkaji kitab Imam Syafi'ee, ada perkara yang terang2 dilarang oleh Imam Syafi'ee, mereka lakukannya disebabkan oleh kepentingan sesetengah pihak (terutamanya golongan agama yang bertaklid buta) dan mengatakan ini adalah amalan Mazhab Syafi'ee. Sungguh buruk kelakuan begini..

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang kononnya fanatik Mazhab Syafi'ee ini telahpun banyak mengamalkan perkara yang bertentangan (ataupun datangnya dari Mazhab lain)
seperti contoh:

1) Dalam Mazhab Syafi'ee setiap urusan jual beli perlu ada akad yang dilafazkan. Tanda persetujuan antara pembeli dan penjual. Maka jika dipegang kepada Mazhab Syafi'ee, tidak boleh kita membeli minuman di vending machine, tak boleh beli barang di e-bay, bahkan tidak boleh kita gunakan elektrik dan air kerana pastinya pihak SYABAS dan TNB tidak membenarkan rakyat Malaysia beratur di pejabat mereka untuk melafazkan akad. Namun mazhab lain meringankannya..

2) Dalam Mazhab Syafi'e, zakat perlu dijelaskan dlm bentuk makanan ruji setempat. Bukannya wang ringgit. Jika itu yang dipegang, maka berlori-lori beras dpt kita lihat dikumpul di masjid sebelum solat sunat Aidulfitri. Tambahan lagi, asnaf yang dinyatakan dalam Mazhab Syafi'ee hanya 6 sahaja tidak termasuk Amil dan Muallaf. Jika begitu halnya, pasti kaunter zakat hanya dibuka seminggu sekali sebab amil tak dapat komisen..

3) Zakat pendapatan yang dilaksanakan di Malaysia bukanlah dari Mazhab Shafi'ee. Ia adalah dari Mazhab Hanbali

4) Fahami yang ini dengan jelas:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”. [kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147]



مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. [Lihat: اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145].

bacaan ringkas hal ini boleh rujuk sini
Dalam hal ini, Dimana pendirian mereka yang sering melaungkan mesti ikut Mazhab Syafi'ee? Boleh dikatakan setiap masjid di Malaysia mempunyai pasukan tahlil berirama masing-masing..

Maka pihak berkuasa agama dan golongan agama terutamanya wajib berlaku jujur terhadap masyarakat. Hentikanlah perbuatan menyumbat masyarakat dengan slogan kita "Mazhab Syafi'ee" kerana Imam Syafi'ee sendiri melarang kepada perlakuan "Taklid Buta" tambahan pula kadangkala sesuatu perbuatan itu tidak thabit dengan Imam Syafi'ee rahimahullah..

Ilmu yang begitu jauh kini lebih dekat dan mudah dicapai oleh masyarakat. Ditambah pula dengan pengalaman hidup bermasyarakat dengan Mazhab-mazhab lain lebih membuka minda..

Maka mengapa takutkan golongan yang memperjuangkan keluasan Fiqh, walaupun kadangkala sesuatu perkara itu "kurang ngam" dengan mazhab pegangan kita sedangkan perkara itu lebih hampir kepada sunnah. Renunglah pesanan Imam Syafi'ee diatas..


Postscript:
Krisis tauliah mengajar hal ehwal agama agak mencuit hati. Tersenyum membacanya dari bumi Afrika. Aku pernah ke kelas agama waktu petang (masa kecik-kecik) di sebuah surau yang terletak di dalam kawasan rumah seorang tokoh perniagaan terkenal yang beraliran politik kerajaan memerintah. Tapi ustaz mengajar agama 10 minit, yang lebihnya politik. Dikutuk pula tuan punya rumah yang menganjurkan kelas tersebut (tuan rumah aliran lain, ustaz aliran lain). Bila dewasa sikit, ceramah2 agama di surau2 umum juga tidak jauh beza, hal agama sikit, politik yang byk, bahkan ada maki hamun dan fitnah. Aku sokong penceramah diberi tauliah tapi hendaklah ia bersikap adil. Jika secara jelas menyatakan hendaklah bersandarkan kepada Mazhab Syafi'ee baru ditauliah, maka kita sebenarnya memandulkan pemikiran masyarakat yang telah terbuka mindanya..

"...lebih buruk lagi sesetengah golongan ugama apabila kehabisan senjata hujah, mereka menggunakan senjata fitnah" [Prof Hamka]

Friday, October 16, 2009

Hikmah kejadian..

Semua sedia maklum akan kejadian gempa yang melanda Indonesia beberapa minggu yang lepas. Sehinggakan rakyat Indonesia yang tinggal di Sudan ini pon sibuk mengatakannya sehingga kini. Ada diantaranya yang berasal dari kawasan kejadian, Tidak mempunyai kekuatan untuk menyumbang kepada ahli keluarga yang dilanda musibah.. hanya doa dan tawakal dikirim dari seberang benua..

Gambar Hiasan

Tidak kita nafikan, kita sangat 'terasa hati' dengan tindakan sesetengah pihak melancarkan gerakan "Sweeping Malaysia" terutamanya oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Sebagai rakyat Malaysia yang terdidik, kita tentunya faham akan tindakan ini tidak mencerminkan pendirian majoriti rakyat Indonesia namun kita mempertikaikan tindakan media Indonesia yang mengapi-apikan sentimen ini. Maka rentetan sejarah panas Malaysia-Indonesia diterbitkan berulang-ulang kali termasuklah isu lagu Terang Bulan. Apakah Mamula Moon meniru terang bulan? atau sebaliknya? Mengikut pengkaji sejarah dari UKM dalam artikelnya di Utusan Malaysia melodi lagu Negaraku adalah berasal dari lagu yang dimainkan oleh Marching Band tentera Napolen Bonaparte pada zamannya. Kesahihannya tidak dapat dipastikan..



Berbalik kepada persoalan peranan media di Indonesia. Mengikut catatan Datuk Seri Zainuddin Maidin, sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarang di Utusan Melayu, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak mengeluarkan pekeliling kepada semua media agar tidak mengeluarkan dan menerbitkan apa2 kenyataan/ artikel/ bahan bacaan dll yang boleh menyebabkan perasaan kurang senang atau provokasi kpd kerajaan Indonesia. Begitulah prihatinnya kerajaan dalam menjaga hubungan kedua-dua negara. Kita percaya arahan ini masih lagi dipatuhi oleh media-media kita. Tetapi yang menyedihkan, kita percaya bahawa kerajaan Indonesia tidak melakukan perkara yang sama..

Berbalik kpd kejadian gempa di Indonesia, ada dua perkara yang ingin aku ketengahkan dlm hal ini..

1) Apabila berlaku gempa, sama seperti Tsunami yang berlaku di Acheh, sebagai manusia yang diajar untuk berfikir, perlu kita mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Akan tetapi pada masa yang sama ada golongan yang mengambil kesempatan atas musibah ini untuk dijadikan modal ceramah. Sudah banyak aku dengar penceramah dengan sewenang-wenangnya mengatakan bahawa musibah yang berlaku adalah kerana maksiat yang dilakukan.. Perkara ini amat malang. Aku yakin penceramah2 ini tidak pernah pon ke kawasan kejadian, ke Acheh, berjalan kaki di lorong2 di bandar2 besar di Malaysia. Pasti mereka akan dapati, mana kawasan yang maksiatnya lebih besar, malah secara terang terangan.. adakah di kawasan setinggan Acheh, rumah2 low cost di Medan, Hotel2 murah di Bandung, bandar raya Jakarta ataupun di kawasan Bukit Bintang, KLCC dan di George Town.. Aku lalui semuanya.. Berapa ramai org Islam yg membimbit botol2 arak secara terang-terangan tatkala sambutan mlm 31 Ogos, sambutan tahun baru dan konsert2 umum di Malaysia? Aku laluinya semuanya..
Tetapi kenapa Malaysia tidak pernah ditimpa gempa? Adakah kurang maksiat secara terang di tempat kita berbanding Indonesia? Atau kerana kedudukan geografinya?

Tidak kita nafikan, tuhan mampu membuat apa shj diluar kemampuan akal kita. Tuhan juga berhak untuk menghukum setiap kesalahan umatnya samaada cepat atau lambat. Tetapi mengapa penceramah2 ini yang susah2 ingin membuat kerja malaikat dengan terus mendakwa musibah ini adalah kerana maksiat yang dilakukan.. Kita tidak tahu Mungkinkah mereka lebih beriman drpd kita dan tuhan ingin menguji mereka seperti yang dilakukan kpd utusan2nya dan umat2 terdahulu? Atau mungkinkah Tuhan ingin menguji 'kita' sebagai jiran yang paling hampir.. adakah kita prihatin dan memberi bantuan? atau kita sibuk menghukum atas sesuatu kesalahan yang tidak pasti?

Perkara ini bukanlah kaedah yang ditetapkan agama dan jika perkara ini berterusan, maka ramailah orang akan dianggap bersalah tanpa dibicarakan atas sebab musibah yang melanda.
Seseorang akan dikatakan banyak dosanya hanya kerana dia selalu selsema, demam, batuk dsb. Maka sesiapa yg kena chicken pox maka dikatakan lebih besar lah dosanya..

Maka ambillah iktibar dari setiap kejadian, bukannya menghukum dan mereka-reka cerita yang tidak pasti..

2) Apabila dilancarkan tabung2 kemanusiaan kpd mangsa2 gempa, ramai orang Malaysia yang menderma dan memberi bantuan kepada mangsa bencana. Namun ramai juga yang tidak ingin menghulurkan bantuan kerana sentimen "Sweeping Malaysia" atau "Ganyang Malaysia" yang dilancarkan oleh sebilangan rakyat Indonesia (seperti yg dinyatakan di atas). Personally aku rasakan yang terkena bencana ini bukanlah dari golongon mereka. Jika pun ada ahli2 BENDERA yang terkena bencana, itu urusan dia dgn tuhan. Kita masih lg mendapat bahagian kita. Jgn dikuasai sentimen2 picisan yang menyimpangkan tumpuan kita dari mencari keredhaannya. Setiap manusia dikira amal mereka mengikut account masing2..


إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلاَمَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا

|Sahih al-Bukhari, kitab iman, bab 31,hadith no.42

"Apabila seseorang dari kalian memperbaiki Islamnya, maka setiap kebaikan yang dilakukannya ditulis untuknya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda, dan setiap keburukan yang dilakukannya ditulis baginya seumpamanya"


Allah SWT berfirman:

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah SWT) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah 2:272)


Maka teruslah memberi bantuan dari segi tenaga ataupun kewangan. Ringankanlah beban mereka, semoga kita mendapat bahagian kita di akhirat..

P/S: Sewaktu pulang dari rumah terbuka Tun Mahathir, kami terpaksa berjalan kaki keluar dari kawasan perumahan Tun sebab bas angkutan rosak. Kami berjalan di arah bertentangan dari yg lain2 sebab tak tau nak parking kat mana. Ada diantara kami yg sehingga terpaksa berkaki ayam sebab tak selesa 'berkasut baru'.. Suddenly, sebuah kereta berhenti dan menumpangkan kami sebab kesian. Rupanya jauh lg perjalanan ke destinasi. Nasib baik ada yg sudi tumpangkan.. selepas borak2 dan sampai ke destinasi dan mengucapkan Selamat Hari Raya, sempat 'pakcik' tu pesan "jangan berkaki ayam lagi.." kami gelak bersama dan sempat aku tgk kete die.. Mercedez E240, maroon, plate no: BAH 2 .. Sape2 yg kenal tuan punya kete nih, kate aku kem salam..

Walaupun ada yang jenis suka merancang, tapi tak buat apa2, pastu yg dirancang tak jadi, menggagau mencari alasan dan menyalahkan sebanyak mungkin org2 lain tapi rupanya masih lagi ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin dan baik hati.. kadang2 kebaikan yg kecil memberi kesan yg mendalam..

IzrulZA
Khartoum

Thursday, September 17, 2009

MIPHC dan Selamat Hari Raya..

السلام عليكم و رحمة الله

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah setahun izrulza.blogspot.com wujud.. mengikut statistic meter yg dicatat oleh StatCounter, dlm masa setahun ini, jumlah pengunjung blog ini telah mencecah 10,000 pengunjung.. mungkin tidaklah begitu tinggi jumlahnya tp pd aku itu sudah memadai menunjukkan ada org menghargai "LA-TAHZAN" .Walaupun komen2 yg diterima akhir2 ini agak kurang tapi rupanya 2 3 bulan yg lalu jumlah pengunjung adalah yg tertinggi.. Terima kasih kpd semua yg memberi sokongan..


Sidang Media Hidayah Centre

Telah lama aku ingin melihat sendiri seseorang masuk Islam.. mengucapkan 2 kalimah syahadah yang pertama kali buat seseorang.. sejak zaman di Adelaide lg.. pernah satu ketika di Adelaide Mosque aku terlepas moment2 tersebut.. hanya 2 3 minit selepas aku meninggalkan masjid..

Ketika dikenalkan dengan Hidayah Centre, aku terfikir mungkin ini adalah saluran alternatif..

Pada 02/09/09 telah diadakan sidang media berkenaan MIPHC. Walaupun aku tiba lewat atas komitmen kerja dan jarak perjalanan yg jauh, aku sempat bertemu beberapa orang Muallaf yg baru dan yg tidak berapa baru.. suka duka cerita mereka menemui Islam, mengamalkan ajaran Islam, dibuang keluarga dsb dikongsi bersama...

1) Azman Yap.. tertarik dengan Islam hasil usaha sendiri yang mencari hakikat ketuhanan. Seorang yang luas pembacaannya walaupun kurang fasih berbahasa Melayu atau English.. walaupun masih baru, pengetahuannya amat luas dan mudah utk faham akan asas Tauhid dan Ibadah.. masih menyembunyikan pengislamannya dari keluarga risau akan kemungkinan yang bakal dihadapi..

2) Adnan, seorang berbangsa India.. terkesan dari sentimen penindasan Yahudi ke atas rakyat Palestine mendorong beliau mengenali Islam dan berakhir dengan syahadah.. kita yang lahir dalam Islam pun masih kurang sensitif dgn keadaan di Gaza.. walaupun baru kini menjadi penggerak Palestine Centre of Excellent (PACE).. ditinggalkan isteri dan anak2 malah diugut dicederakan oleh boyfren baru isterinya..

3) Seorang brother dari Burundi (tak igt nama).. asalnya seorang Pendakwah Kristian tetapi somehow tertarik dgn Islam.. ketika berusaha membawa keluarganya mengenal Islam, seluruh ahli keluarganya dibunuh.. Ayahnya dikerat-kerat.. beliau sendiri menerima ancaman bunuh tetapi sempat melarikan diri ke Malaysia..

Banyak lagi kisah2 yang menyayat hati mereka2 yang cuba mengenali Islam.. Lebih byk koleksi cerita2 duka yang dilalui mereka yg dpt aku kumpul ketika Iftar Perdana Hidayah Centre.. Sungguh tabah mereka ini mencari kebenaran.. kesungguhan itu amat aku kagumi.. aku terbayangkan, jika tidak kerana aku dilahirkan dalam Islam, kemungkinan agak mustahil untuk aku mula mengenali Islam.. lebih2 lagi wajah Islam yang ditunjukkan di Media, tidak byk yang baik2..

Dalam kesungguhan membantu sedaya yang boleh, membaca mesej yg disampaikan oleh Pengarah Program, Sdr Nashiruddin, amat menyentuh hati dan bersemangat. Antara petikan mesej beliau...

...Buat masa ini mereka masih perlu belajar dari sekecil-kecil perkara seperti bagaimana membasuh muka ketika wudhu’! Ana masih ingat bagaimana Azman Yap berdiri sebelah ana dan ikut satu persatu cara ana mengambil wudhu’.di pejabat JIM dua minggu lepas. Lucunya gaya dia membasuh muka! Lucunya gaya dia solat berjamaah dicelah-celah kami. Lucunya gaya dia mengikut kami sama seperti anak kecil mengikut ayahnya solat. Namun ketika berdoa kelihatan dia begitu tenang dan serius. Mungkin lebih tenang dari kami. Mungkin hatinya lebih tenang dari kami. Mungkin dia telah temui ketenangan abadi. Setelah temui cahaya iman, hati yang gundah pasti tenang. Buat masa ini dia masih merahsiakan keislamannya kepada seluruh ahli keluarganya tapi dia tenang sahaja. Entah apa cabaran yang bakal dihadapinya bersama keluarga nanti. Dia tenang sahaja. Ana cuma mampu berdoa agar dia tabah dan tenang menghadapinya nanti...


Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC)


Majlis telah berlangsung pada hari Sabtu lepas (12/09/09) di Kompleks Perbadanan Putrajaya..
Aku tidaklah diberikan tugas secara khusus untuk mencari penaja dan penderma namun aku cuba sampaikan kepada seramai yg mungkin.. kalau tidak menderma sekalipun, at least korg pernah laa tau kewujudan Hidayah Centre.. mungkin bukan sekarang, tapi aku pasti nanti pasti ada dikalangan yg mengikuti "LA-TAHZAN" akan menyumbang..

Walaupun aku join Hidayah Centre hanyalah pd 2 minggu terakhir, dengan kadar masa promosi yg terhad, masih juga ada yg sudi menderma. Secara peribadi, aku ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada:

1) Orang Kaya Adelaide: Ihsan Huhu
(yang telah mengsponsor 1 meja dengan hasil usaha beliau sendiri yg mengerahkan tulang 4 kerat mengayuh basikal mencari nafkah, walaupun pd zahirnya beliau mungkin layak utk mendapat zakat namun hakikat batinnya, beliau seorang yg kaya harta dan jiwa.. )

2) Penggerak2 Program Bicara Minda dan Hati (BMH)
(yang juga telah mengsponsor 1 Meja)

3) Kepada individu2 yg lain

Dengan kutipan2 diatas, telah berjaya dikumpulkan hampir 3 meja.. Terima kasih kepada semua penaja-penaja terutama Pelajar-Pelajar Adelaide berserta alumninya.. Kpd orang kaya Adelaide: Ihsan Huhu, kami mendoakan agar dilipat gandakan rezeki tuan hamba maka bolehlah hamba dtg mtk derma 5-6 buah meja pulak nanti di masa hadapan.. huhuu..

Maka tercatatlah "Pelajar-Pelajar Adelaide" sebagai salah satu penyumbang utama di Majlis ini..

Juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang sudi hadir bagi memenuhkan seat2 yg telah disponsor oleh orang2 Adelaide dan diri mereka sendiri.. maka mereka dengan rela hati telah memenuhkan satu meja.. Terima Kasih kpd: Aizuddin + isteri dan anak2 beliau, Ajai, Intan baizura + kawannya, Farouk Ramli dan Tn Hj Cham (Maulana Syafiq Mat tak dpt hadir atas sbb2 tertentu).. Ruang2 yg lain telah dipenuhkan oleh Saudara2 Baru..



Jumlah kutipan secara rasmi masih belum diperolehi namun mengikut catatan terakhir pada waktu meeting terakhir, kutipan telah mencecah RM140 ribu lebih. Jumlah kini pasti jauh lebih besar. Walaupun nampak besar, jumlah bersih pastinya lebih kecil.. Lagi pula kutipan ini akan diagih-agihkan kepada lebih kurang 15 pusat Hidayah Centre seluruh negara.. Maka jumlah itu sebenarnya masih terlalu sedikit.. Sehubungan dengan itu, sumbangan boleh terus dilakukan sepanjang tahun kepada Hidayah Centre..

Sekali lagi, Terima Kasih kepada semua..

Aku juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang perkenalan yang singkat ini.. Moga segala urusan dipermudahkan dan moga2 kebajikan umat Islam diseluruh dunia akan terbela..


Friday, August 28, 2009

Sokongan anda amat bermakna..

Pada tahun ini sekali lagi Hidayah Centre menganjurkan Iftar Perdana bagi mengutip dana bagi menampung kos operasi Hidayah Centre. Antara kerja2 Hidayah Centre ini anda boleh baca didalam broucher dibawah tetapi antara objektif yg paling penting adalah Dakwah kepada bukan Islam dan Pengislaman. Pd tahun lepas seramai 3 orang telah memeluk Islam. Pd tahun ini, seramai 17 orang telah memeluk Islam. Semoga penderma2 yg lalu diberkati dan dilimpahi Rahmat Allah SWT.. Kini giliran anda untuk turut sama menyumbang. Satu sidang akhbar akan diadakan petang ini bagi meraikan 17 saudara baru yg disebutkan dan sedikit sumbangan akan diberikan sempena Ramadhan ini..

Marilah bersama-sama menyumbang di dalam program dakwah kepada non-muslim dan pembangunan saudara2 baru..

"Saudara Baru Saudara Kita"


(Klik utk imej besar)


p/s: kalau tak boleh menyumbang sekalipun, sekurang-kurangnya harap anda dpt sebar-sebarkan perkara ini.. mungkin ada org lain yg berminat..

Thursday, August 20, 2009

Saudara Baru Saudara Kita..

السلام عليكم و رحمة الله


KEKALUTAN SEMASA

Baik berada di negara Komunis, di benua afrika, bandar big apple mahupun di benua kangaroo semua sedia maklum akan kekalutan politik tanah air sekarang. Lebih2 lg muncul pulak pilihanraya kecil yg keberapa ntah dlm masa setahun. masing2 kalut melempar bangkai dan najis ke arah yg satu lg dan pada masa yg sama masing2 juga menegakkan mereka di pihak yg benar.

Bila diri mengejar kedudukan, bila diusik dengan soalan2 nakal, kadang2 kenyataan yg dikeluarkan melucukan, mengarut malah melanggar prinsip2 Islam yg kononnya diperjuangkan oleh mereka sendiri. Hakikatnya semua org membuat silap tp apa yg disedihkan kita tidak mengakui kesilapan kita yg terang malah terus menegakkan kenyataan kita yg silap wpon ahli2 kita sendiri tidak menyokong kenyataan kita itu. Yang silap tetap silap, akui kesilapan, jgn kerana pangkat tok guru, kita memaksumkan diri kita sendiri. Iblis dan Adam kedua2nya membuat silap namun yg membezakannya yg satu mengakui kesilapan dan yg satu sombong mempertahankan kesilapan dan dihukum kufur hingga ke akhirnya. Orang Politik, Berbaloikah ini semua??

Seorang sarjana berkata:

Politik tanpa prinsip dan politik taksub adalah dua bala besar dalam negara kita kini. Biarlah mereka bersendiwara di atas pentas dengan masing-masing mendabik dada berbangga dengan politik mereka..

“Dan sesungguhnya inilah umat kamu, umat yang satu, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. Kemudian mereka itu berpecah-belah dalam urusan mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap puak berbangga dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa”. [Al-Mukminun: 52-54].




Dalam byk kekalutan itu, munculnya bulan penuh barakah, Ramadhan Mubarak. Moga dlm mempertahankan ego politik masing2, semua yg terlibat dpt mengalah sedikit demi kepentingan umat Islam di negara ini..


SAUDARA BARU SAUDARA KITA..


“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan ‘amil-‘amil yang mengurusnya, dan orang-orang mu’allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekankan dirinya, dan orang –orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. [At Taubah, 9:60]


Sewaktu hari2 terakhir di Adelaide thn lepas, aku pernah berpesan beberapa kali pd beberapa rakan yg rapat. Dlm perihal dakwah ni, selalunya kita tak mampu utk keluar berdakwah, tapi sekurang-kurangnya kita keluar menyokong meraka samaada dari segi kewangan, masa, tenaga ataupun dtg ke program2 yg dianjurkan. Sekurang-kurangnya mereka akan terus bersemangat menggerakkan dakwah..

Pd Ramadhan kali ini, datang satu peluang untuk kita bersedekah sambil menyumbang kpd pembangunan program2 kepada saudara baru oleh Hidayah Centre..


Seperti tahun-tahun yang lepas, Hidayah Centre menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bagi mengumpul dana Rumah Tumpangan Hidayah Centre (Hidayah Centre telah menyewa beberapa buah rumah sebagai rumah tumpangan kpd saudara2 baru dan dana diperlukan utk menaik tarafkan rumah2 ini), program2 berkaitan pembangunan Saudara Baru..

Sumbangan boleh dilakukan dengan cara menaja pembelian meja2 utk majlis ini pd kadar harga:

Pakej 1 : 1 Meja x RM5,000.00
Pakej 2 : 1 Meja x RM3,000.00
Pakej 3 : 1 Meja x RM1,000.00


Sumbangan ikhlas juga dialu-alukan..

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan”.
[Al-Baqarah 2:245]


p/s: 2-3 minggu lalu, jiwa ini diganggu dengan beberapa keresahan namun terbaca kata2 berikut, jiwa sedikit tenteram:
Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini. [Dr Asri,2009]