Wednesday, November 11, 2009

::Muqaddimah::

Kita amat menghormati kesarjanaan dan ketokohan Imam-Imam Mazhab yang 4 dan Imam-Imam besar yang lain. Kita tidak pernah menafikan tentang ketinggian ilmu mereka serta betapa keseluruhan masa dan tenaga mereka digunakan bagi memikirkan tentang kemaslahatan umat. Perjuangan mereka amat dikagumi. Sumbangan mereka telah dicatat dalam lipatan sejarah dengan tinta emas. Namun mereka adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

Kebanyakan kita tahu akan tentang sejarah munculnya pelbagai jenis Mazhab. Setiap Mazhab pastinya merujuk kepada sumber utama iaitu Al-Quran dan Sunnah. Jika tidak tentunya Mazhab tersebut telah ditolak oleh majotiti ulama seperti Mazhab syiah..

Mazhab-mazhab yang diiktiraf oleh Ahli-Sunnah Wal Jamaah tidak banyak berbeza pd soal pokok (seperti bab Akidah dan Ibadah) tetapi lebih kepada perbezaan pendapat dlm bab muamalat, syariah dsb.. Timbulnya perbezaan ini disebabkan oleh limitation yang dihadapi mereka samaada dari segi sumber, kaedah penafsiran, jarak masa dan perjalanan dll..

Perbezaan fahaman dan pendapat terhadap sesuatu perkara bukanlah bermula pada permulaan zaman munculnya Mazhab, tetapi telah muncul sejak zaman para sahabat lagi.. Namun mereka berlapang dada dalam mengambil pandangan orang lain selagi mana ianya berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

sebagai contoh, ketika zaman Saidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah, pernah ditanya tentang bahagian harta pusaka untuk nenek. Umar tidak tahu lalu berkata aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW pernah menyebutnya. Lalu seorang sahabat menyampuk dan mengatakan bahawa ketika Rasulullah SAW menyebutnya, Umar sedang sibuk mengerjakan kebunnya. Maka diberitahu bahawa bahagian untuk nenek adalah 1/6. Demikianlah halnya, perbezaan pendapat sering berlaku.. dari dahulu hingga sekarang..

Kerana itulah, Imam Syafi'ee berpesan dengan kata-katanya yang masyhur..

"Seseorang sudah pasti kehilangan satu sunnah dari Rasulullah dan akan jauh darinya, maka betapapun perkataan yang telah aku katakan atau suatu prinsip yang telah aku gariskan di dalamnya yang berasal dari Rasulullah namun bertentangan dengan apa yang aku ucapkan; maka ucapan (yang harus dipegang) adalah apa yang diucapkan oelh Rasulullah SAW, dan ia adalah peganganku (pendapatku juga)"


"Bila di dalam kitabku kalian mendapatkan hal yang bertentangan dengan sunnah/hadits Rasulullah SAW; maka berpeganglah dengan sunnah Rasulullah SAW dan tinggalkan apa yang telah aku ucapkan (pendapatku) tersebut"


"Bila sesuatu (hadith) shahih, maka ia adalah mazhab/pendapatku"


(bersambung...)


Pengalaman itu tidak ternilai..


Benarlah, pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. dengan pengalaman juga kadangkala lebih menghargai keadaan diri dan tanah air kita.. bahkan kadangkala (jika kita mahu) kita belajar dan lebih memahami mengenai keindahan dan keluasan dalam Islam..

Sehingga kini aku telah berada di Sudan lebih sebulan. Officially, ini adalah tempat kedua aku pernah menetap melebihi sebulan selain Australia. Kalau dulu sebagai student hidup senang, kini sebagai kontraktor di Kompleks Petronas Sudan lebih mencabar. Keadaan cuaca shj sudah cukup membuatkan badan letih walaupun tak buat apa2.. Kehidupan di negara ketiga banyak memberi pengajaran lebih-lebih lagi sebagai kontraktor (bukan seperti kebanyakan staff2 Petronas yang hidup senang lenang tapi masih nak komplen itu ini..). Dengan keadaan ekonomi dan politik yang tidak menentu dan kehidupan yang susah, investor yang ditekan habis-habisan, selit belit masyarakat setempat banyak mengajar erti kehidupan.. Teringat akan satu petikan dari sebuah buku "Selok Belok Melakukan Perniagaan di Indonesia" yang lebih kurang menyebut [isi petikan tidak diubah, pengolahan ayat dilakukan oleh aku sendiri sbb tak ingat :) ]

"kadangkala kita terpaksa menerima tekanan yang dihadapi dengan rela seperti penipuan wang oleh masyarakat setempat. Kadangkala makanan atau servis yang diberikan kepada orang luar harganya berlipat kali ganda dari harga yang ditawarkan kepada penduduk setempat. Disebabkan oleh kehidupan harian yang sukar, maka mereka melihat pelancong sebagai sumber rezeki tambahan kepada mereka. Maka terimalah dengan rela dan berilah dengan ikhlas"


Siapa sangka, rezeki aku bulan ini adalah hasil titik peluh di bumi Afrika..
Semoga pengalaman ini banyak mengajar erti syukur dalam kehidupan..


::Muqaddimah 2::

(...sambungan)

Bagi kita di Malaysia, kebanyakan kita berpegang kuat dengan Mazhab Imam Shafi'ee. Ada yang kadangkala begitu fanatik hingga menyatakan perkara itu dan ini kita perlu buat dan begitu begini tidak boleh kerana kita berMazhab Syafi'ee. Amat mendukacitakan apabila banyak perkara yang tidak pun disebutkan oleh Imam Syafi'ee, namun telah menjadi amalan sekian lama, maka disandarkan perkara itu atas nama Mazhab Shafi'ee. Bahkan jika mereka benar2 mengkaji kitab Imam Syafi'ee, ada perkara yang terang2 dilarang oleh Imam Syafi'ee, mereka lakukannya disebabkan oleh kepentingan sesetengah pihak (terutamanya golongan agama yang bertaklid buta) dan mengatakan ini adalah amalan Mazhab Syafi'ee. Sungguh buruk kelakuan begini..

Sedar atau tidak, sebenarnya mereka yang kononnya fanatik Mazhab Syafi'ee ini telahpun banyak mengamalkan perkara yang bertentangan (ataupun datangnya dari Mazhab lain)
seperti contoh:

1) Dalam Mazhab Syafi'ee setiap urusan jual beli perlu ada akad yang dilafazkan. Tanda persetujuan antara pembeli dan penjual. Maka jika dipegang kepada Mazhab Syafi'ee, tidak boleh kita membeli minuman di vending machine, tak boleh beli barang di e-bay, bahkan tidak boleh kita gunakan elektrik dan air kerana pastinya pihak SYABAS dan TNB tidak membenarkan rakyat Malaysia beratur di pejabat mereka untuk melafazkan akad. Namun mazhab lain meringankannya..

2) Dalam Mazhab Syafi'e, zakat perlu dijelaskan dlm bentuk makanan ruji setempat. Bukannya wang ringgit. Jika itu yang dipegang, maka berlori-lori beras dpt kita lihat dikumpul di masjid sebelum solat sunat Aidulfitri. Tambahan lagi, asnaf yang dinyatakan dalam Mazhab Syafi'ee hanya 6 sahaja tidak termasuk Amil dan Muallaf. Jika begitu halnya, pasti kaunter zakat hanya dibuka seminggu sekali sebab amil tak dapat komisen..

3) Zakat pendapatan yang dilaksanakan di Malaysia bukanlah dari Mazhab Shafi'ee. Ia adalah dari Mazhab Hanbali

4) Fahami yang ini dengan jelas:

وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ

“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”. [kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147]



مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ

“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. [Lihat: اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145].

bacaan ringkas hal ini boleh rujuk sini
Dalam hal ini, Dimana pendirian mereka yang sering melaungkan mesti ikut Mazhab Syafi'ee? Boleh dikatakan setiap masjid di Malaysia mempunyai pasukan tahlil berirama masing-masing..

Maka pihak berkuasa agama dan golongan agama terutamanya wajib berlaku jujur terhadap masyarakat. Hentikanlah perbuatan menyumbat masyarakat dengan slogan kita "Mazhab Syafi'ee" kerana Imam Syafi'ee sendiri melarang kepada perlakuan "Taklid Buta" tambahan pula kadangkala sesuatu perbuatan itu tidak thabit dengan Imam Syafi'ee rahimahullah..

Ilmu yang begitu jauh kini lebih dekat dan mudah dicapai oleh masyarakat. Ditambah pula dengan pengalaman hidup bermasyarakat dengan Mazhab-mazhab lain lebih membuka minda..

Maka mengapa takutkan golongan yang memperjuangkan keluasan Fiqh, walaupun kadangkala sesuatu perkara itu "kurang ngam" dengan mazhab pegangan kita sedangkan perkara itu lebih hampir kepada sunnah. Renunglah pesanan Imam Syafi'ee diatas..


Postscript:
Krisis tauliah mengajar hal ehwal agama agak mencuit hati. Tersenyum membacanya dari bumi Afrika. Aku pernah ke kelas agama waktu petang (masa kecik-kecik) di sebuah surau yang terletak di dalam kawasan rumah seorang tokoh perniagaan terkenal yang beraliran politik kerajaan memerintah. Tapi ustaz mengajar agama 10 minit, yang lebihnya politik. Dikutuk pula tuan punya rumah yang menganjurkan kelas tersebut (tuan rumah aliran lain, ustaz aliran lain). Bila dewasa sikit, ceramah2 agama di surau2 umum juga tidak jauh beza, hal agama sikit, politik yang byk, bahkan ada maki hamun dan fitnah. Aku sokong penceramah diberi tauliah tapi hendaklah ia bersikap adil. Jika secara jelas menyatakan hendaklah bersandarkan kepada Mazhab Syafi'ee baru ditauliah, maka kita sebenarnya memandulkan pemikiran masyarakat yang telah terbuka mindanya..

"...lebih buruk lagi sesetengah golongan ugama apabila kehabisan senjata hujah, mereka menggunakan senjata fitnah" [Prof Hamka]