Friday, October 16, 2009

Hikmah kejadian..

Semua sedia maklum akan kejadian gempa yang melanda Indonesia beberapa minggu yang lepas. Sehinggakan rakyat Indonesia yang tinggal di Sudan ini pon sibuk mengatakannya sehingga kini. Ada diantaranya yang berasal dari kawasan kejadian, Tidak mempunyai kekuatan untuk menyumbang kepada ahli keluarga yang dilanda musibah.. hanya doa dan tawakal dikirim dari seberang benua..

Gambar Hiasan

Tidak kita nafikan, kita sangat 'terasa hati' dengan tindakan sesetengah pihak melancarkan gerakan "Sweeping Malaysia" terutamanya oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera). Sebagai rakyat Malaysia yang terdidik, kita tentunya faham akan tindakan ini tidak mencerminkan pendirian majoriti rakyat Indonesia namun kita mempertikaikan tindakan media Indonesia yang mengapi-apikan sentimen ini. Maka rentetan sejarah panas Malaysia-Indonesia diterbitkan berulang-ulang kali termasuklah isu lagu Terang Bulan. Apakah Mamula Moon meniru terang bulan? atau sebaliknya? Mengikut pengkaji sejarah dari UKM dalam artikelnya di Utusan Malaysia melodi lagu Negaraku adalah berasal dari lagu yang dimainkan oleh Marching Band tentera Napolen Bonaparte pada zamannya. Kesahihannya tidak dapat dipastikan..



Berbalik kepada persoalan peranan media di Indonesia. Mengikut catatan Datuk Seri Zainuddin Maidin, sewaktu menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarang di Utusan Melayu, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak mengeluarkan pekeliling kepada semua media agar tidak mengeluarkan dan menerbitkan apa2 kenyataan/ artikel/ bahan bacaan dll yang boleh menyebabkan perasaan kurang senang atau provokasi kpd kerajaan Indonesia. Begitulah prihatinnya kerajaan dalam menjaga hubungan kedua-dua negara. Kita percaya arahan ini masih lagi dipatuhi oleh media-media kita. Tetapi yang menyedihkan, kita percaya bahawa kerajaan Indonesia tidak melakukan perkara yang sama..

Berbalik kpd kejadian gempa di Indonesia, ada dua perkara yang ingin aku ketengahkan dlm hal ini..

1) Apabila berlaku gempa, sama seperti Tsunami yang berlaku di Acheh, sebagai manusia yang diajar untuk berfikir, perlu kita mencari hikmah atas setiap apa yang berlaku. Akan tetapi pada masa yang sama ada golongan yang mengambil kesempatan atas musibah ini untuk dijadikan modal ceramah. Sudah banyak aku dengar penceramah dengan sewenang-wenangnya mengatakan bahawa musibah yang berlaku adalah kerana maksiat yang dilakukan.. Perkara ini amat malang. Aku yakin penceramah2 ini tidak pernah pon ke kawasan kejadian, ke Acheh, berjalan kaki di lorong2 di bandar2 besar di Malaysia. Pasti mereka akan dapati, mana kawasan yang maksiatnya lebih besar, malah secara terang terangan.. adakah di kawasan setinggan Acheh, rumah2 low cost di Medan, Hotel2 murah di Bandung, bandar raya Jakarta ataupun di kawasan Bukit Bintang, KLCC dan di George Town.. Aku lalui semuanya.. Berapa ramai org Islam yg membimbit botol2 arak secara terang-terangan tatkala sambutan mlm 31 Ogos, sambutan tahun baru dan konsert2 umum di Malaysia? Aku laluinya semuanya..
Tetapi kenapa Malaysia tidak pernah ditimpa gempa? Adakah kurang maksiat secara terang di tempat kita berbanding Indonesia? Atau kerana kedudukan geografinya?

Tidak kita nafikan, tuhan mampu membuat apa shj diluar kemampuan akal kita. Tuhan juga berhak untuk menghukum setiap kesalahan umatnya samaada cepat atau lambat. Tetapi mengapa penceramah2 ini yang susah2 ingin membuat kerja malaikat dengan terus mendakwa musibah ini adalah kerana maksiat yang dilakukan.. Kita tidak tahu Mungkinkah mereka lebih beriman drpd kita dan tuhan ingin menguji mereka seperti yang dilakukan kpd utusan2nya dan umat2 terdahulu? Atau mungkinkah Tuhan ingin menguji 'kita' sebagai jiran yang paling hampir.. adakah kita prihatin dan memberi bantuan? atau kita sibuk menghukum atas sesuatu kesalahan yang tidak pasti?

Perkara ini bukanlah kaedah yang ditetapkan agama dan jika perkara ini berterusan, maka ramailah orang akan dianggap bersalah tanpa dibicarakan atas sebab musibah yang melanda.
Seseorang akan dikatakan banyak dosanya hanya kerana dia selalu selsema, demam, batuk dsb. Maka sesiapa yg kena chicken pox maka dikatakan lebih besar lah dosanya..

Maka ambillah iktibar dari setiap kejadian, bukannya menghukum dan mereka-reka cerita yang tidak pasti..

2) Apabila dilancarkan tabung2 kemanusiaan kpd mangsa2 gempa, ramai orang Malaysia yang menderma dan memberi bantuan kepada mangsa bencana. Namun ramai juga yang tidak ingin menghulurkan bantuan kerana sentimen "Sweeping Malaysia" atau "Ganyang Malaysia" yang dilancarkan oleh sebilangan rakyat Indonesia (seperti yg dinyatakan di atas). Personally aku rasakan yang terkena bencana ini bukanlah dari golongon mereka. Jika pun ada ahli2 BENDERA yang terkena bencana, itu urusan dia dgn tuhan. Kita masih lg mendapat bahagian kita. Jgn dikuasai sentimen2 picisan yang menyimpangkan tumpuan kita dari mencari keredhaannya. Setiap manusia dikira amal mereka mengikut account masing2..


إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلاَمَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا

|Sahih al-Bukhari, kitab iman, bab 31,hadith no.42

"Apabila seseorang dari kalian memperbaiki Islamnya, maka setiap kebaikan yang dilakukannya ditulis untuknya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda, dan setiap keburukan yang dilakukannya ditulis baginya seumpamanya"


Allah SWT berfirman:

Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah SWT) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (Surah Al-Baqarah 2:272)


Maka teruslah memberi bantuan dari segi tenaga ataupun kewangan. Ringankanlah beban mereka, semoga kita mendapat bahagian kita di akhirat..

P/S: Sewaktu pulang dari rumah terbuka Tun Mahathir, kami terpaksa berjalan kaki keluar dari kawasan perumahan Tun sebab bas angkutan rosak. Kami berjalan di arah bertentangan dari yg lain2 sebab tak tau nak parking kat mana. Ada diantara kami yg sehingga terpaksa berkaki ayam sebab tak selesa 'berkasut baru'.. Suddenly, sebuah kereta berhenti dan menumpangkan kami sebab kesian. Rupanya jauh lg perjalanan ke destinasi. Nasib baik ada yg sudi tumpangkan.. selepas borak2 dan sampai ke destinasi dan mengucapkan Selamat Hari Raya, sempat 'pakcik' tu pesan "jangan berkaki ayam lagi.." kami gelak bersama dan sempat aku tgk kete die.. Mercedez E240, maroon, plate no: BAH 2 .. Sape2 yg kenal tuan punya kete nih, kate aku kem salam..

Walaupun ada yang jenis suka merancang, tapi tak buat apa2, pastu yg dirancang tak jadi, menggagau mencari alasan dan menyalahkan sebanyak mungkin org2 lain tapi rupanya masih lagi ramai lagi rakyat Malaysia yang prihatin dan baik hati.. kadang2 kebaikan yg kecil memberi kesan yg mendalam..

IzrulZA
Khartoum