Friday, October 17, 2008

Selamat Hari Raya

Eid Mubarak

Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengikut setia blog ini (maklum laa org Malaysia kan beraya sebulan..)
Tinggal di kawasan perindustrian yang bakal menjadi kawasan metropolitan mengalami sedikit kesukaran utk mendapatkan akses internet..

Setelah 3 tahun beraya di perantauan, raya kali ini terasa sungguh kelainannya. Kali terakhir beraya di Malaysia barangkali aku belum pun lagi akil baligh.. huhuu.. tapi kali ini pulang beraya sebagai seorang yang bekerjaya (wpon baru 3 hari ketika itu).. raya pertama kedua ketiga dan seterusnya dipenuhi dengan aktiviti makan dan minum silih berganti dari satu rumah ke rumah yg lain.. tanpa henti..
kepada yang di perantauan, yang terpaksa menelan rendang knoodle pada raya ke-4 tempoh hari, nasib aa korang.. ahahaa

cuma satu kelainan sambutan Hari Raya pada tahun ini di Malaysia.. Di setiap ceruk kampung, di mana2 bahagian daerah mahupun di serata negeri, sajian dan hidangan setiap rumah adalah sama.. cerita tentang perkembangan politik negara..

cerita yang hangat pd ketika itu, pertukaran portfolio di 2 kementerian.. cerita yang sama diulang2 sepanjang musim perayaan, yg bezanya hanyalah tukang karutnya shj. samaada berdialek pantai timur, loghat kedah, bahasa bandar mahupun berbunyi jawa.. cerita yang sama.. pertukaran portfolio, pertukaran kerajaan dll.. masing2 dgn versi masing2 yg cuba jadik jaguh membawa kononnya apa yg mereka tahu yg org lain tak tahu..

Tiada lagi pakcik2, jiran2 yg bertanya2 soal pendidikan anak2 ker, pasal kereta ke, pasal sekolah ke, banjir ke.. kalo ade pon, 3 4 minit then stat laa dgn teori masing2 mengenai senario politik negara.. aihh suasana 'Raya' dah berubah.. rindukan suasana raya sebelum baligh dahulu..


PERSAMAAN II

mengulas tentang post aku yg lepas.. Terima kasih kepada semua yang membaca terutama yang mengomen dan memberi pandangan.. Komen yang aku terima rasa2 ada ratusan juga jumlahnya. Ada yang lebih panjang plak lagik dari post itu sendiri. Kalau sebelum ini aku katakan bahawa cerita2 remeh yang berkaitan aku boleh bukukan, rasa2nya sekarang tak cukup satu buku, mungkin aku dpt hasilkan 3 4 buku dah sekarang ini. Walaubagaimanapun, setelah beberapa ketika aku rasakan komen2 yg aku terima sudah jauh dari apa yang aku cuba sampaikan dlm post itu.. org yang membaca makin lama makin kurang faham dan lebih kepada cerita peribadi dan emosi.. Jadi aku mohon maaf kpd komen2 yg tak di approve..

Asalnya begini.. Aku cuma nak 'jentik2 manje' jer bila sebut tentang isu ini. Kan kalo tertido dlm kelas dulu kalo cikgu dtg jentik telinga kita tersedar.. tujuan cikgu tu nak soh kite pay attention dlm kelas.. kalo korg tido pon sebenarnya cikgu tak rugi ape, gaji jalan, ujung tahun beli kete baru.. tapi sebab sayang, cikgu jentik laa sikit.. tapi nampaknya dlm kes nie, dari 'jentik2 manje' dah jadik sepak terajang yang boleh menyebabkab kecederaan yang parah..

Secara keseluruhannya, telah aku bagitau sebelum ini, perkara ini telah byk berubah kepada keadaan yang lebih baik. Byk usaha2 yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak dlm menjernihkan keadaan. Aku tidak nafikan adanya kisah2 terpencil yang berlaku yang aku rasakan bukannya atas dasar fahaman sesuatu pergerakan itu tapi kepada kelemahan individu ataupun terkesan dari fahaman2 yg lepas. Sbb tu dulu kat mana2 pon paternnya sama.. tapi sekarang tidak lagi..
Tujuan aku tulis article tue hanyalah sebagai peringatan yang kita satu ketika dahulu dalam satu kominiti yang kecil pernah alami suasana yang kurang harmoni.. juga sebagai peringatan kepada pihak sisters.. agar tidak diulang lagi..

Apapun aku sgt setuju dgn beberapa komen yang aku rasakan dlm kritikan2 itu ada beberapa peringatan dan perkongsian yang sebenarnya harus kita 'usha' bersama..
Apa yang dibawa oleh rakan2 kita ini adalah sesuatu yang baik.. cuba mendekatkan org ramai kepada agama.. cuba kemungkinan besar method dan cara yang kurang sesuai ataupun didorong oleh semangat muda yang melampau.. perkara pokok adalah membawa masyarakat kepada agama itu yg lebih utama..

beberapa kali aku pernah pesan kpd komiti aku yg lepas pd setiap postmortem, ada beberapa perkara yg mungkin tak betul, yang mmg perlu kita kritik tp nak kritik pon ada caranya.. ada adabnya.. nak tegas silakan, tapi bukan sbb tak setuju, maki hamun dan mangkuk tandas yang kita baling.. akhirnya tujuan asal tak sampai pon tapi lebih seronok nak bertumbuk..

Aku yakin keadaan yang baik sekarang akan bertambah2 baik pada masa hadapan.. kpd pengomen2 dan penyokong setia (mcm nak berkempen plak.. huhuu) terus laa memberi support kepada mana2 program keagamaan. Kita ni nak berdakwah tak mampu, kurang2 pegi laa support kawan2 yang nak bawak agama nie.. dah laa makan pon kasik, pegi duduk dengar ngan makan jer.. jgn laa sbb kurang support, kawan2 kita nie akhirnya hilang semangat dlm usaha membawa agama kepada masyarakat..

kpd pendakwah2 muda di seluruh dunia (Ooo yeah memandangkan blog ini sudah bersifat global), teruskan apa yang baik.. platform dah ada tinggal lagi nak repair mana2 yang perlu shj..
jgn laa sebab di"jentik" sikit kita dah lemah.. keupayaan seseorang itu menyampaikan agama merupakan rahmat yang besar.. jgn laa sekali2 berputus asa


يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (٨٧

"Berkatalah Ya'qub: "Hai anak-anakku, pergilah kamu maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum kafir." [ 12:87]

Akan ada usaha2 untuk menyatukan kita semua. Mungkin 30 mungkin 40 tahun akan datang. Pada masa itu, ketepikan laa soal fahaman, lupakan laa dendam tidak diajak ke solat hajat ker, bbq ke ape ke.. Utamakan soal pokok perjuangan ini.. Ingatlah kepada PERSAMAAN kita.. kita berpegang kepada satu akidah yang sama.. percayalah.. masa itu akan tiba..


p/s: Burj Al Arab and The Palm Island are awesome!!!

mong
12.32am
Khartoum, Sudan

7 comments:

ihsan_huhu said...

nih ko kje kat sudan ke ape? kl jumpe member aku kat sane kem slm r..

name die muhammad bin ahmad al tayyeb!

ainishamsi said...

seriously, apesal kau kat Sudan?

selamat hari raya mongger.

sorry la, b4 kenal kau aku, selama nih aku ingat kau garang. hohoho

maaf zahir batin

Anonymous said...

wa caya sama lu!!!

aie144 said...

Salam Aidilfitri buat sahabat aku yg dah balik tu..

Sama2 keluar dari Koleq, dan sama2 lalui kehidupan di Adelaide.. Insya Allah kita saling memahami antara satu sama lain.

Insya Allah, kita sama-sama doakan supaya kita sama-sama teguh dalam mencari keredhaan Allah ni.

P/S: Doakan aku utk 3rd year ni. Haish.. Lambat lagi le nak grad ni..huhu

mangkuk statik said...

Tq mengusha blog aku drp sudan. Kalu takde keja di sudan tuh gi lah ke somalia jadi lanun sambilan. Leh dapat juta2 wei.
Teguran kau dlm blog yg lepas walaupon payau tetapi ngam umpama petai. Biarpon berlalu, bau nyer masih wujud dari mulut dan air kencing anda.Euwwwwww

ihsan_huhu said...

mat dh cuak tuh, ko lg power ckp arab drpd die, kang die kne turun darjat lak.

ahhahaha

Izrul Zainal Abidin said...

huhu: weh member ko tue tido pakai kotak panasonic gak ker?

ainigarang: ooo garang ehh.. skang baru ko tau bestnye kawan ngan aku kan.. mekasih2

oo selamat hari raye gak..

asy: wa caya sama lu gak.. tapi lu sape??

aie: InsyaAllah dipermudahkan.. Sesungguhnya sabar itu buahnya manis..

Good Luck bro..

statik bowl: mane ko tau aku usha blog ko weh.. ahahaa
lanun somalia ketat sket kriteria die.. kaler kene same.. berat kene lebih kurang.. mane nak lepas..

orang hensem mmg camtu.. biarpon berlalu, masih dikenang dan dirindui.. huhuuu