Friday, March 13, 2009

Murtad 'berjaya' dihalang..

Assalamualaikum wbt..

Agak2 lama dah tak update..

Post2 sebelum ini byk kepada cerita peribadi (kalo bace dgn teliti, ade nilai dlm setiap post).. this time rase nak tulis pasal hal nasional dan masalah negara sket.. sekadar sedikit perkongsian..

LA-TAHZAN
aku dah beli pon buku La-Tahzan yang disuggest oleh mamat komen no 42 ni. Lame dah belinye tapi smpai skang masih separuh jer sempat abis. InsyaAllah akan dihabiskan bila lapang. Bile tgk jer buku ni, aku dah tau dah sape mamat anonymous ni. Biase laa org 'muda', takut nak lempang depan, baling batu sorok muka je laa..
cuma bila aku dah baca2 tu, sorg kawan tanya camna buku tu, aku rasa pengolahan dan hadis2 yang direlatekan dgn hujah sesuatu isu itu cam byk yg tak relevan. mungkin kurang penghayatan aku sbb buku asalnya dlm bahasa arab tak silap. Hadis2 tidak dinyatakan sanad dan sumber. Pada muka surat62 ada dinyatakan: Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia DILARANG dalam agama ... (dan dikaitkan dengan surah Ali-Imran:139) juga m/s63 ..Bersedih hati itu tidak perlu dan tidak mendatangkan manfaat... Sila rujuk video dibawah untuk penjelasan berkenaan perasaan atau sini



Oleh itu, aku rasa buku ini kurang kemas. Namun isinya sgt bagus dan sgt byk mende bermanfaat. Tapi kalau nak mencari buku2 yang berkualiti yang hujah2nya hanya berdasarkan al-quran dan sunnah (setelah ditapis2 oleh tuan punya kedai yg hanya mengamalkan sunnah carilah di Two ti Creations - nak direction mtk mamat ni)

Kes Murtad
Beberapa minggu lalu kecoh pasal 2 kes murtad:
1) Lina Joy - akhbar melaporkan tentang mahkamah syariah menghalang Lina Joy dari menukar status agama dalam IC beliau.. ini dianggap sebagai satu KEJAYAAN menghalang org tidak menukar agama sesuka hati

2) Akhbar melaporkan jabatan agama sebuah negeri BERJAYA menghalang satu keluarga miskin dari murtad kerana tertekan dihina jiran kerana mereka bypass air dari surau.

3) Cerita lama - beberapa tahun dulu, penduduk di satu kawasan ingin menghalang sekumpulan manusia yg dipercayai ingin menuju ke gereja utk murtad. Tapi tunggu2 tadak, maybe derang pilih hari lain utk murtad. Akhbar lapor lagi kata perarakan murtad itu tak jadik dan org ramai gembira kerana seolah2 telah menghalang org murtad.

Apa yg peliknya hal murtad?
zaman Abu-Bakar ra pon dah byk org murtad.Dan Abu Bakr memerangi mereka2 ini.
namun sekarang adalah zaman "Riddah la Abi Bakrillaha" seperti yg disebutkan oleh maulana Abul Hassan Ali Al-Nadwi : murtad dimana Abu Bakar tidak ada utk memeranginya..

Adakah murtad ini perlu berlaku didalam gereja dan menyebut ' saya dengan ini mengishtiharkan saya murtad' baru org itu murtad?

Murtad berlaku dlm 4 perkara:
1) Perkataan
2) Perbuatan atau isyarat
3) Syak terhadapt Islam
4) keyakinan yang menyanggahi nas walaupun tidak disebut/buat secara zahir. Iktikad yg mana hanya dia dan Allah shj yg tahu. Walaupun didepan org dia masih beriman.

Didalam Islam kita disuruh menghukum yg zahir dan Allah yg menghukum apa yg menjadi rahsia seseorang. "Nahnunahtum bi zawahir, Wallahuyattawalla saraair". Contoj kes camni, dulu kecoh Azhar Mansor murtad, org kate die gi gereja itu laa ini laa. Bila ditanya Azhar Mansor sendiri, dia mengaku dia masih Islam dan itu hanyalah cerita org. Dia pon tak tau celah mana gereja Silibin tu.

kalau mengikut kaedah menjatuhkan hukum berdasarkan bukti dan dalil serta menghukum yg zahir, Azhar Mansor adalah Islam. Kalaupun betul die kufur, itu urusan dia dgn Allah. Selagi mana kita mengikut kaedah yg digariskan oleh Islam, kita for sure akan selamat. Sebab itulah adanya mahkamah akhirat. (Pasal kaedah ni byk nak hurai nie esp bab yg aku paling suka, bab tangkap khalwat..)

Itu kes dimana dalam hati kita tatau tapi luar die mengaku die Islam. Mcm mana pulak terang2 luar die kate die kufur, ada plak org halang kata dia tak kufur mcm 3 kes kat atas? Adakah dengan mengekalkan status 'Islam' dlm IC kita katakan itu satu kejayaan?
adakah org tak jadik berarak itu bermakna dia tak jadik murtad sbb tak sampai gereja?
keimanan adalah keyakinan (rujuk video kat atas). Keadaan sekarang seolah2 kita memaksa Lina Joy mengaku dia Islam walhal terang2 die kate die kufur.

hakikatnya, dlm ketiga2 kes, mereka telahpun murtad ketika terdetik shj keinginan murtad di dlm hati mereka. Abis mengapa perlu kalut2 nak halang? lebih lagi plak di highlight kan pulak kejayaan pihak tertentu menghalang mereka murtad. Mengapa perkara mudah ini tidak difahami oleh org media? lagi pulak org2 agama??

Nampaknya bkn hanya orang politik shj perlu berubah sekarang..


p/s: 1) tak sempat nak tulis pasal hal nasional, next post InsyaAllah..
2) Terima kasih kpd ummu Atif atas video La-Tahzan kat sebelah ni..
3) Amat mengalu2kan sebarang pandangan atau teguran dlm bab murtad ini, agar masing2
lebih jelas berkenaan isu yg berat ini..

"Labbaik Allah Humma Labbaik"

Monday, January 5, 2009

Completed..

Alhamdulillah.. 23 December lepas, akhirnya secara official tamatlah pengajian First Degree aku dlm bidang Electrical and Electronic di University of Adelaide, Australia.. Pertamanya syukur kpd Allah SWT kerana dlm ketetapannya telah tertulis untuk aku menghabiskan pengajian ini.. seorang rakan cakap kat aku masa graduation ceremony tempoh hari "tak sangka habis jugak.. ingatkan takkan habis2".. bila teringat2 akupon mcm dia jugak.. igtkan takkan habis2.. sebabnya proses menghabiskan pembelajaran aku ini tidaklah seperti orang2 normal yang lain..
First time masuk Bonython Hall hati tak berdebar.. ceria dan terharu.. Orang2 dlm gamba kat Bonython tue pon aku rase dah kenal aku.. dah biasa sgt masuk..

Keduanya, Terima Kasih kat mak ayah aku atas sokongan moral, khidmat nasihat percuma dan yg paling penting atas sumber kewangan yg tak pernah miss.. huhuu..
Kemudian dan seterusnya.. Terima Kasih kepada kawan2 yg byk membantu terutama klasmate2 tersayang.. dari 2005-2008..

The University of Adelaide, Class of 2007 (sepatutnya laa)

Apapun, graduation ini membawa makna yg sgt besar buat aku dan family aku.. bile dah grad maknenye sume ahli keluarga aku dah grad.. huhuu.. tapi yg lebih klasik dan sentimentalnya semua ahli keluarga aku grad dlm bidang Electrical Engineering..

The Completion of an Electrical Family
(Brighton Uni, Adelaide Uni, Porthmouth Uni, missing in action, abg aku: Southern Illinois Uni)


..Sedara mara yang hadir, Terima kasih..

Tahniah juga kepada rakan2 yang lain..

Alhamdulillah.. Dah selesai satu perkara..

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب﴿٨

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [7] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [8] [94:7-8]

Banyak lagi yang menanti di luar sana.. sedang berusaha mengambil sebanyak mungkin peluang yang ada.. Moga2 diberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi dlm merebut segala peluang.. moga ditanam rasa syukur dgn setiap nikmat dan dugaan yang diberi..

teringat ada s
ekali tue borak2 kat willcox, rumusan sebuah kehidupan:

lahir-belajar makan-belajar jalan-pegi tadika-sekolah rendah-sek menengah-sangkut exam-wat preparation-masuk uni-supp sket2-grad-keje-kawen-gadoh ngan bos-kene buang keje-dpt keje baru-anak pulak buat hal kene buang sekolah-pencen-anak kawen-kene penyakit sikit2-mati..

ini hanyalah lakaran ringkas sebuah kehidupan.. komfem laa tak sume org same kann.. apa pun moga2 dipermudah segala urusan di setiap peringkat..

Sekali lagi.. Terima Kasih kepada semua!!!


Harga sebuah kehidupan..

Faris Odeh*

Buatlah negeri ini selalu tersenyum..**

*Gambar ini diframekan dan diletakkan di pejabat utama Yasser Arafat (ketika berkuasa) bagi mengingatkan beliau setiap masa tentang perjuangan setiap rakyat Palestin..
**dipetik dari sebuah buku mengenai Palestine..

Wednesday, December 10, 2008

Jakarta oh Jakarta..

Aku ke Jakarta.. 10 hari pada mulanya.. balik KL hari Rabu then sepatutnya ke Bangkok Sabtu tu, tapi sbb kedua-dua Airport di Bangkok telah diambil alih oleh penunjuk perasaan dan ditutup seminggu, aku ke Indon sekali lagi.. 2 hari pulak.. ke Medan dan Jakarta.. Tadek aa terkilan sgt tak dpt pegi Bangkok sbb dah penah pegi dah dulu.. Malay College-Vajiravudh College Annual Rugby match (MC-VC 02').

Di Jakarta makan senang, mana2 pon InsyaAllah halal tapi tak di Medan sbb ramai Kristian, Hindu dan yg tadek agama pon ramai.. tiap kali nak makan kene check.. Aku juga sempat ke Bandung 2 hari.. bercuti..

Tangkuban Parahu, Bandung

Di Jakarta, aku dikenalkan dengan beberapa usahawan muda yang berjaya. Kerana reputasi yang memberansangkan, mereka ditarik oleh kerajaan untuk menjaga beberapa kompeni milik Kerajaan Indonesia walaupun masih muda.. termasuklah syarikat besar seperti Oil and Gas..
Kawan ayah aku, Bapak Priyatna Suryawijaya (Pak Prie) banyak membantu kenal2kan org. Pak Prie merupakan bekas Ketua Pemuda Partai Keadilan Sejahtera (PKS)..

Bile tau jer die nie org politik lebih2 lagi orang PKS, lagi laa rancak.. Aku pertama kali dengar pasal PKS mase kat Willcox, Adelaide.. kawan2 aku ada kenalan Indon yg pro PKS.. pernah jugak tersesat beberapa flyers pasal PKS nie kat umah aku.. so baca2 laa sket.. nak dijadikan modal borak punya pasal, aku bitau Pak Prie aku penah pegi ceramah rumahtangga yang disampaikan oleh Pak Cahyadi di Adelaide. Pak Cahyadi nie kira mcm Ismail Kamus laa kat Msia. Die org kuat PKS berpusat di Jogjakarta..

Md Shah (kawen dlm masa sebulan dua), Pak Cahyadi, yg lama lagi nak kawen, Mat (kawen lps Md Shah)

sape2 yg penah tanye pasal gamba ni, begitulah ceritanya..

Selepas pada itu, Pak Prie byk bawak aku jumpa kawan2 PKS yg lain.. sehingga membawa aku jumpaBapak Wahyudin Munawir, Member of parliament di Parliament Building, Indonesia (huh, parliament msia pon aku tak penah pegi..) setiap kali jumpa org PKS, Pak Prie akan cakap aku anak murid Pak Cahyadi.. wat malu jer sbb org sume tau Pak Cahyadi adalah pakar dlm hal rumahtangga.. huhuu..

Pak Prie n Mong.. Parliament House, Jakarta

Dlm masa 9 tahun, PKS menjadi salah satu parti politik yg paling berpengaruh di Indonesia sehingga menjadi salah satu gabungan parti utk membentuk kerajaan pada PEMILU (pilihanraya derang) yg lepas.. Indonesia ada lebih 40 parti politik.. Yang lebih menarik, rata2 penggerak PKS adalah org2 muda.. kebanyakan umurnya masih dibawah 40 tahun..
Byk perkara menarik pasal PKS nie, terutama dari segi struktur organisasi dan bagaimana PKS mencari dana untuk membiayai pergerakan parti mereka.. lebih lanjut, google laa sendiri..

"ibu', kotak itu kita yang punya ya bu" seorang budak cakap kat mak die masa kat Bandara Soekarno Hatta (Int Airport).. bile die toleh, laa rupenye budak cine.. mak die pon cakap indon.. senarnye aku tak laa surprise sgt sbb kalau kat Melbourne, selalu jer aku jumpe orang2 cine dari Indonesia cakap bahasa Indon. Derang tak cakap bahasa Omputih apatah lagi bahasa Cina.. cuma yang tiba2 aku teringat pasal isu seorang pemimpin parti politik cina yang membangkitkan isu pasal jawatan Perdana Menteri seharusnya dibuka kepada semua kaum di Malaysia.. "hello kawan, lu mau top-up belapa linggit?" apek kedai top-up tanye aku hari tue.. pastinya korg pon mesti selalu jer kan jumpe cine cakap melayu pelat.. yang melayu pon terikut-ikut Cina pelat tue cakap.. Kalau dalam Parlimen pon cakap melayu pelat, ada hati nak jadik PM.. kalau ikutkan logik, sebenarnya orang2 Cina di Indon lebih layak untuk meminta kesamarataan dalam kepimpinan kerajaan Indonesia.. Hidup dah cara hidup orang Indon, cakap Indon pon memang bunyi Indon, yang Jawa, bunyi Jawa.. tapi perkara ni tak berlaku kat Indonesia.. kat Malaysia pulak yang terhegeh-hegeh..


RAYA KORBAN..

Selamat Hari Raya Eidul Adha.. tak kira laa yg raya hari isnin ke selasa ker (bila laa satu dunia nak raya serentak).. Maaf Zahir Batin.. Setiap pengorbanan itu ada ganjarannya.. InsyaAllah.. Daging korban tidak boleh diberikan kpd org bukan Islam? (Biasanya yg telah dimasak).. last year ade org penah tanye, aku penah bitau.. boleh diberi makan daging korban kpd non-Muslim..



cuma pada aku ada sedikit yang tidak kena pasal raya korban ni.. daging korban diberikan kpd org yg dah hari2 makan daging.. rakyat Malaysia rata2 boleh dptkan daging dimana2 dan mampu utk beli daging walau berapa kecik gaji mereka.. berbeza seperti di Indon, sekilo daging RM30.. rakyatnya miskin.. di Sudan, nak makan daging setahun sekali pon susah.. Siapa yg lebih layak sebenarnya utk dpt daging korban??

Ada beberapa persatuan dan pergerakan yang mengusahakan mengagihkan daging korban atau mengusahakan program korban ke negara2 Islam yg lebih memerlukan.. ke Indonesia, Sudan, Mindanao, Euthopia, Vietnam, Myanmar, Selatan Thai, Somalia, Pakistan, India, orang2 Asli dan mcm2 lagik. tapi malangnya kurang sambutan. So, kalau korang berkemampuan nak buat korban, pertimbangkanlah org yg benar2 memerlukan.. apa laa pekdah ko kasik daging korban pada org yg dah hari2 makan daging??

Monday, November 24, 2008

Taliban..

Aritue pegi sudan, rakan2 di Sudan kate aku taliban..
Pegi Jakarta, rakan2 PKS disini kata aku Mujahidin plak..
Hari Raya hari tue, sepupu aku dengan seriusnya cakap kat aku.. "Ni Kak Long nak tanye sikit, Izrul ade join mane2 kumpulan ker?". "ade2, Kumpulan Wang Simpanan nasional Pekerja. baru laa jugak saye join".

Pejadah laa diorang nie.. Tunggu laa aku nak simpan janggut/jambang kasik panjang giler, pastu nak pakai semutar arab, pakai celak sikit2, gantung tasbih besar rantai beskal kat leher tgk ape plak org nak kate.. huhuu


monggero fernando
11.50pm
Jakarta, Indonesia

Thursday, October 30, 2008

Trip to Sudan..

I went to Dubai and Sudan for my first business trip last month. Alhamdulillah, at this age, I've got a chance to travel and see so many places. However, Sudan is not the place where you want to spend your money for your honeymoon.. not even for a vacation..

Khartoum, Sudan

Tak ramai akan berpeluang utk melihat negara2 di benua Afrika. So, aku nak kongsi laa sket pasal Sudan nih (New York, Cairo, Istanbul, Christchurch, Sydney, Makkah Madinah, Bahrain, Oman ect ramai org akan pergi, so cite pon tak guna.. oo tapi budak2 Pet siap sedia aa kalo kene hantar ke Sudan.. huhuu).

Sudan, terletak di benua afrika. So mcm negara2 afrika yg lain, keadaannya mundur. Sudanese pound lagi tinggi dari RM. Bangunan2 lama, mundur, sgt kurang kemudahan asas dsb. Majority penduduk beragama Islam. Di sebelah barat sekarang mengalami peperangan kecil antara masyarakat kristian dan Islam. Namun kebelakangan ini tercetus peperangan kecil antara org Islam dgn org Islam sendiri, dari puak berlainan.

Aku berkesempatan melawat bandar Khartoum, ibu negara sudan, Sinnar Dam (4 jam dari khartoum) dan Damazin (7 jam dari Khartoum). Semua tempat yg aku pergi, derang akan tanya, where are you from? China? aku jawab.. Malaisie (disebut-Malizi).. Malaisie?? MasyaAllah jawab mereka..
biasanya 3 mende derang akan respon.. twin tower, mahathir mohamad, anwar ibrahim.. aku tak laa teruja sgt sbb mmg aku tau org2 arab, afrika mmg suke ngan org Malaysia..
Yg dok oversea tue korang mesti tau punye.. bagi derang Malaysia adalah negara Islam contoh.. kononnya..

Dlm keadaan negara yg begitu, ada 2 perkara yg sebenarnya kita perlu contohi org2 Sudan.. yg sgt menyentuh hati aku..

1) Ko buat laa salah camne pon, langgar kereta ke apa ker.. angkat tgn dan cuma cakap sorry.. settle.. tadek dendam2, marah2 ke ape.. kawan aku bitau, kalo kes bunuh sekalipun, jumpa family cakap sorry.. settle.. dasat2.. betol ke tak aku tak sure, try aa tembak sorg kalo nak tau..

2) Bila saja kedengaran azan, dengan pastas dan tangkas, mereka akan keluar kedai bentang sejadah ke kain ke utk solat.. kat tepi2 kedai, depan kedai, bawah pokok dsb.. yg tgh2 jalan ngan baju kerja sekalipun akan berhenti kat mana2 utk join jemaah.. korg akan dpt lihat masa derang sujud, jarak kepala ngan tayar bas yg lalu hanya 1/2 meter jer.. 1st time dlm hidup aku lihat suasana yg mcm nie, bkn di mesir, bkn di istanbul (ye aa istanbul kan dah jadik sekular) tapi di Sudan..

Sebelum tiba di Sudan, transit kat Dubai 1 hari..

The Palm Island, Al Jumeirah- Dubai

Burj Al-Arab, Dubai

Dubai yg cam korg tau negara yg kaya raya.. bgn2 yg ada mahal2 belaka.. The Highest building in the world skang kat Dubai n derang nak built lagi satu.. lagi tinggi.. huhuu
Melihat keadaan kedua2 negara ini, padan laa satu ketika dulu negara2 Liga Arab marah sgt ngan UAE esp Dubai.. derang kaya raya tapi sikit pon tanak bantu negara2 Islam yg lain.. wpon ada yang hanya berjiran..


P/S: dah sebulan lebih balik ke Msia.. terima kasih kpd sume2 hadiah yg korang kasik aritue.. Thanks for the cards (digital mahupun kad biasa, Khat yg ditempah khas, tie, kereta, tabung, gambar, buku 'wajib', log book, frisbee dll) tak sempat nak cakap thanks.. huhuu..

Khat made by Masjid Kristal's designer

Good luck kpd semua yg amik exam.. all the best..

Friday, October 17, 2008

Selamat Hari Raya

Eid Mubarak

Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengikut setia blog ini (maklum laa org Malaysia kan beraya sebulan..)
Tinggal di kawasan perindustrian yang bakal menjadi kawasan metropolitan mengalami sedikit kesukaran utk mendapatkan akses internet..

Setelah 3 tahun beraya di perantauan, raya kali ini terasa sungguh kelainannya. Kali terakhir beraya di Malaysia barangkali aku belum pun lagi akil baligh.. huhuu.. tapi kali ini pulang beraya sebagai seorang yang bekerjaya (wpon baru 3 hari ketika itu).. raya pertama kedua ketiga dan seterusnya dipenuhi dengan aktiviti makan dan minum silih berganti dari satu rumah ke rumah yg lain.. tanpa henti..
kepada yang di perantauan, yang terpaksa menelan rendang knoodle pada raya ke-4 tempoh hari, nasib aa korang.. ahahaa

cuma satu kelainan sambutan Hari Raya pada tahun ini di Malaysia.. Di setiap ceruk kampung, di mana2 bahagian daerah mahupun di serata negeri, sajian dan hidangan setiap rumah adalah sama.. cerita tentang perkembangan politik negara..

cerita yang hangat pd ketika itu, pertukaran portfolio di 2 kementerian.. cerita yang sama diulang2 sepanjang musim perayaan, yg bezanya hanyalah tukang karutnya shj. samaada berdialek pantai timur, loghat kedah, bahasa bandar mahupun berbunyi jawa.. cerita yang sama.. pertukaran portfolio, pertukaran kerajaan dll.. masing2 dgn versi masing2 yg cuba jadik jaguh membawa kononnya apa yg mereka tahu yg org lain tak tahu..

Tiada lagi pakcik2, jiran2 yg bertanya2 soal pendidikan anak2 ker, pasal kereta ke, pasal sekolah ke, banjir ke.. kalo ade pon, 3 4 minit then stat laa dgn teori masing2 mengenai senario politik negara.. aihh suasana 'Raya' dah berubah.. rindukan suasana raya sebelum baligh dahulu..


PERSAMAAN II

mengulas tentang post aku yg lepas.. Terima kasih kepada semua yang membaca terutama yang mengomen dan memberi pandangan.. Komen yang aku terima rasa2 ada ratusan juga jumlahnya. Ada yang lebih panjang plak lagik dari post itu sendiri. Kalau sebelum ini aku katakan bahawa cerita2 remeh yang berkaitan aku boleh bukukan, rasa2nya sekarang tak cukup satu buku, mungkin aku dpt hasilkan 3 4 buku dah sekarang ini. Walaubagaimanapun, setelah beberapa ketika aku rasakan komen2 yg aku terima sudah jauh dari apa yang aku cuba sampaikan dlm post itu.. org yang membaca makin lama makin kurang faham dan lebih kepada cerita peribadi dan emosi.. Jadi aku mohon maaf kpd komen2 yg tak di approve..

Asalnya begini.. Aku cuma nak 'jentik2 manje' jer bila sebut tentang isu ini. Kan kalo tertido dlm kelas dulu kalo cikgu dtg jentik telinga kita tersedar.. tujuan cikgu tu nak soh kite pay attention dlm kelas.. kalo korg tido pon sebenarnya cikgu tak rugi ape, gaji jalan, ujung tahun beli kete baru.. tapi sebab sayang, cikgu jentik laa sikit.. tapi nampaknya dlm kes nie, dari 'jentik2 manje' dah jadik sepak terajang yang boleh menyebabkab kecederaan yang parah..

Secara keseluruhannya, telah aku bagitau sebelum ini, perkara ini telah byk berubah kepada keadaan yang lebih baik. Byk usaha2 yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak dlm menjernihkan keadaan. Aku tidak nafikan adanya kisah2 terpencil yang berlaku yang aku rasakan bukannya atas dasar fahaman sesuatu pergerakan itu tapi kepada kelemahan individu ataupun terkesan dari fahaman2 yg lepas. Sbb tu dulu kat mana2 pon paternnya sama.. tapi sekarang tidak lagi..
Tujuan aku tulis article tue hanyalah sebagai peringatan yang kita satu ketika dahulu dalam satu kominiti yang kecil pernah alami suasana yang kurang harmoni.. juga sebagai peringatan kepada pihak sisters.. agar tidak diulang lagi..

Apapun aku sgt setuju dgn beberapa komen yang aku rasakan dlm kritikan2 itu ada beberapa peringatan dan perkongsian yang sebenarnya harus kita 'usha' bersama..
Apa yang dibawa oleh rakan2 kita ini adalah sesuatu yang baik.. cuba mendekatkan org ramai kepada agama.. cuba kemungkinan besar method dan cara yang kurang sesuai ataupun didorong oleh semangat muda yang melampau.. perkara pokok adalah membawa masyarakat kepada agama itu yg lebih utama..

beberapa kali aku pernah pesan kpd komiti aku yg lepas pd setiap postmortem, ada beberapa perkara yg mungkin tak betul, yang mmg perlu kita kritik tp nak kritik pon ada caranya.. ada adabnya.. nak tegas silakan, tapi bukan sbb tak setuju, maki hamun dan mangkuk tandas yang kita baling.. akhirnya tujuan asal tak sampai pon tapi lebih seronok nak bertumbuk..

Aku yakin keadaan yang baik sekarang akan bertambah2 baik pada masa hadapan.. kpd pengomen2 dan penyokong setia (mcm nak berkempen plak.. huhuu) terus laa memberi support kepada mana2 program keagamaan. Kita ni nak berdakwah tak mampu, kurang2 pegi laa support kawan2 yang nak bawak agama nie.. dah laa makan pon kasik, pegi duduk dengar ngan makan jer.. jgn laa sbb kurang support, kawan2 kita nie akhirnya hilang semangat dlm usaha membawa agama kepada masyarakat..

kpd pendakwah2 muda di seluruh dunia (Ooo yeah memandangkan blog ini sudah bersifat global), teruskan apa yang baik.. platform dah ada tinggal lagi nak repair mana2 yang perlu shj..
jgn laa sebab di"jentik" sikit kita dah lemah.. keupayaan seseorang itu menyampaikan agama merupakan rahmat yang besar.. jgn laa sekali2 berputus asa


يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (٨٧

"Berkatalah Ya'qub: "Hai anak-anakku, pergilah kamu maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum kafir." [ 12:87]

Akan ada usaha2 untuk menyatukan kita semua. Mungkin 30 mungkin 40 tahun akan datang. Pada masa itu, ketepikan laa soal fahaman, lupakan laa dendam tidak diajak ke solat hajat ker, bbq ke ape ke.. Utamakan soal pokok perjuangan ini.. Ingatlah kepada PERSAMAAN kita.. kita berpegang kepada satu akidah yang sama.. percayalah.. masa itu akan tiba..


p/s: Burj Al Arab and The Palm Island are awesome!!!

mong
12.32am
Khartoum, Sudan

Monday, September 22, 2008

Persamaan..

Satu perkara yang aku ingin kongsi selama aku berada disini. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini aku mengkhususkan kepada satu perkara..
Melihat kpd sejarah aku yang lepas2 tak pernah terfikir untuk aku melibatkan diri dengan program2 agama.. Sebut shj program agama, "aa takpe aa korang pegi laa dulu, esok lusa dapat hidayah aku join aa". Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. Aku masih lagi 'dasyat' seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa 'kami' utk sama2 belajar agama sikit2..

Cuma aku sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, sebagai permulaan aku syorkan korang baca article Lihatlah persamaan, kesampingan perbezaan.. ini. Lama aku simpan article ini, sudah masanya aku rasa ake perlu kongsi..

Alhamdulillah di bumi bertuah ini, masalah yg disebut dlm article ini tidak ketara. Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..

3 tahun disini, pernah aku menyaksikan atau mendengar kisah kumpulan yang menggerakkan dakwah ini..

1) Jika persatuan lain organise event, dengan sengaja mereka pon nak buat program pada masa yang sama.. mengelakkan maksiat katanya, hinggakan untuk mengelakkan orang ke program agama yang dianjurkan pihak lain, mereka organise "easter egg treasure hunt".. Itu Islamik namanya? Pernah satu ketika apb 'kakak2 usrah' tahu bahawa satu geng nak ke program umum dianjurkan pihak lain, terus 'kakak2' serang geng ini dan menghalang mereka..

2) Dihalang ke bbq atas alasan bercampur laki2 dan perempuan walhal pihak penganjur dah umumkan bahawa diasingkan laki2 dan perempuan.. atas alasan membuka pintu maksiat.. tapi bila laki2 dan perempuan ke winter trip dlm satu kenderaan tidak jadi masalah atas alasan keselamatan.. Cubalah lihat macam mana ikhwah dari negara2 lain mcm mana, Indonesia contohnya, byk2 aktiviti2 laki2 dan perempuan tapi masih menjaga adab2 yang ditetapkan. Ditanam kalau ada laki2 ada dlm lif, jgn naik, naik tangga.. kalau laki2 masuk, keluar naik tangga.. suatu hari nanti kerja di KLCC tingkat 77, kau nak naik tangga?

kalau nak cerita perkara2 remeh dan kecil ini, aku boleh bukukan semua kisah2 ini. Namun apa yang sangat2 aku kecewa apabila mereka..

1) memulaukan, mengasingkan, ketepikan pihak yang mempunyai pandangan atau pendekatan yang berbeza.

2) Menghalang rakan2 untuk hadir ke program umum dianjurkan pihak lain atas alasan takut berbeza pendapat. Kau tak nak pergi tak payah laa pergi, tapi takyah laa halang orang lain nak pergi..

3) Pernah terjadi seorang rakan dipulaukan hanya kerana dia nie berlatar belakangkan tabligh. Kisahnya jika diingat2 kelakar pon ada, geram pon ada..

4) Satu dialog.. a:kami nak keluar usrah b:kalau tak boleh keluar macam mana? a:Agama ni kene paksa2 ker? b:Kalau kau keluar, kau takkan diajak lagi apa2 program atau aktiviti lepas nie a: kami tak kisah..

Kisah2 yang berlaku pasal paksa memaksa nie terlalu byk.. mcm aku katakan tadi, aku boleh bukukan kisah2 ini.. Semua kejadian adalah kejadian sebenar yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya ataupun dtgnya dari sanad yang aku percaya..

Satu perkara yang aku kurang senang adalah mengenai sikap secretive dlm berdakwah.. Aku rasa ramai yang pernah alami perkara ini.. aku ingin berkongsi apa yang aku tahu..
gerak kerja di OZ sama dengan di Mesir. Kalau di Malaysia adanya 2 (atau lebih) kumpulan besar yang bergerak aktif. Kedua-duanya claim bahawa mereka membawa fahaman Ikhwanul Muslimin. Satu kumpulan yang belajar di Mesir dan bawa pulang ke Msia satu lagi dpt dari Europe tetapi asalnya Mesir jugak. Yang belajar di Mesir ini bawa pula ke OZ, NZ dan timur tengah. sbb tu OZ dan mesir paternnya sama. tapi di Mesir mereka ada sebab yang nyata kenapa mereka perlu adanya unsur2 secretive. Tetapi cara yang sama tidak diperlukan di OZ dan NZ. Sami'na wa atho'na.. patuh dan taat.itu yang aku nampak apa yang cuba ditanam. memang betul adanya bab sami'na wa atho'na dlm Islam namun matlamat dan tujuan serta punca perlu jelas terlebih dahulu..

Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini, di Melben lebih teruk, Sydney kurang sikit sbb mereka mmg tak bercampur.. Perkara ini berlaku di manchester, di nottingham, di moscow, di Ireland di Washington, di Jakarta senang cerita di seluruh dunia..

Apa yang aku kongsi di sini bukanlah ingin mencari salah sapa2. Byk perkara2 yang sebenarnya sudah byk improvement. Apa yang aku lihat sekarang, sebagai sebuah jemaah, keaadaan bertambah-tambah baik namun masih ada golongan yang fanatik terutamanya dari golongan sisters. Aku tak membuat tuduhan melulu, tak percaya tgk laa sendiri berapa ramai yang pada asalnya komited tapi kerana setelah dirasakan cukup lama, 'adik2' nie masih lagi tak bertudung labuh, masih lagi bertegur2 dengan lelaki, akhirnya mereka ditinggalkan secara halus..

Cerita2 di atas adalah apa yang terjadi suatu ketika dahulu. Alhamdulillah pada tahun ini di pihak brothers perkara2 ini hampir tidak berlaku lagi, namun aku difahamkan di pihak sisters masih ada lagi sikit2.. bukan shj di bumi bertuah ini, di tempat2 lain juga.. Janganlah hanya kerana 'adik2' tidak berminat dengan program2 agama ataupun mereka sedikit lambat dlm mengikut silibus, mereka diketepikan, tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertukar senyuman. Berilah sedikit masa..

Bukan niat aku untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan, aku rasa perlu aku luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:

"My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly"

Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..

Seronok melihat rakan2 lelaki beramah mesra dan tersenyum sesama sendiri dlm setiap aktiviti pada tahun ini.. kali terakhir kita bersama ketika Iftar kasih Mesra tempoh hari.. harap2 pihak sisters juga begitu.. Senyumlah kerana senyuman itu ubat kepada banyak penyakit..

Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

Sunday, September 21, 2008

Balik..

I will be going back to Malaysia this coming Thursday (25 Sept 2008) InsyaAllah..
Kpd yg bertanya: I will be at the airport at 1pm..

note: terigt lagu kitorg nyanyi mase form 5.. Renungan terakhir by Nora.. bile tgk2 balik lyric die, nie lagu berpisah pasal cinta.. tadek kene ngene langsung.. mase nyanyi sume konon2 feel laa padahal tak paham pon lyric die..
dah laa yg nyanyi pon sume laki, 180 of us yg bersuara garau nyanyi lagu nie wakakaka.. sape laa pilih lagu nie..

Thursday, September 18, 2008

HATI..

Baru2 ni ada seorang kawan rapat menceritakan yang die berasa sunyi. Aku tak terkejut yg die rasa sunyi tue sebab aku pon penah berasa sunyi.. tadek ape yg pelik, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa. jumpa orang seperti biasa. pegi kelas (dulu laa) cam biasa, tiru assignment, main game sikit2 semua mcm biasa. cumanya dari dalam tiba2 berasa sunyi, sepi and macam ade jer yang tak kene. Tiba2 rasa fed up, nak marah, rasa nak smackdown org, nak nangis dll.. aku rasa semua orang pon pernah alami perkara yang sama..

1) Menurut Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah, hati mengawal minda. Hati yang bersih akan meransang otak dan terpancar ke wajah. Jadi nak wajah yang bersih, otak yang sihat, bersihkan hati.. camne nak bersihkan hati? bace laa mane2 korang boleh jumpe petua mcm2..

2) Mungkin sebab tu laa org pompuan takleh jadik leader, sebab hatinya halus. Bila Hati dah kesian, meransang otak untuk kesian camne nak jatuhkan hukuman potong tgn atau sebat? apatah lagi rejam sampai mati..

Lately pon byk org mengalami masalah hati.. putus cinta, putus tunang, rasa sunyi dll. Hari tu ade jugak sorang brader nie yg dah kawen tapi die tanye apasal laa mcm kebelakangan ni mcm suke jer nak tgk pompuan lain.. seolah2 hati dah berubah arah.. hohohoo kronik tue..

Aku simpulkan bahawa segala tindakan kita adalah disebabkan hati. Agama meraikan perasaan mahupun hati tapi tindakan dari perasaan itu yang akan dikira. Pasal hati ni aku rasa tadek sape boleh tolong cume nak kongsi satu kisah..

Rasulullah SAW sendiri pernah berasa terhimpit, sedih dan sunyi ketika kematian Isteri tersayang, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Rasulullah juga pernah berasa marah apabila mengetahui bahawa adanya orang yang bercakap buruk tentang nabi sehinggakan merah muka nabi ketika itu. Ada lagi kisah2 lain yg menunjukkan nabi juga pernah berasa sunyi, sepi, marah dan perasaan2 lain.

Setelah kematian Khadijah, Aisyah adalah isteri kesayangan nabi. Zahirnya, Rasulullah berlaku adil terhadap isteri2nya namun hati baginda menyayangi Aisyah melebihi yang lain2. Nak buat macam mana dah hati nak sayang. Sehingga nabi pernah berdoa yang berbunyi:


اللهم هذا فعلي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك

"Ya Allah! Inilah kadar pembahagianku terhadap apa yang aku miliki (kuasai), maka janganlah Engkau mencelaku wahai Tuhanku terhadap apa yang Engkau miliki sedang aku tidak memilikinya (yakni hati)"

ataupun dlm bahasa Melayu boleh juga dibaca

" Ya Allah, jangan engkau siksa aku dengan apa yang engkau miliki yang tidak aku miliki (yakni hati)"

Ini menunjukkan bahawa hati ini adalah 'miliknya' yang tak mampu untuk kita kawal. Perasaan marah, fed up, putus harapan, sunyi, sepi, pilu dsb adalah diluar kawalan manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak dapat mengawal perasaan baginda, apatah lagi kita yg dipenuhi dosa.
Cubalah amalkan apa yang diajar nabi untuk menundukkan hati..

2006-2008..


2006-2007..

Early 2006.. organised bbq ngan Muk utk budak2 batch aku.. First time laa berkenalan ngan dak pompuan setelah 8 tahun!! Lain2 Tadek ape yg menarik sgt.. kelas, ponteng kelas, tiru assignment, pergi Holiday..
Aku tinggal ngan Muadz for 2 years.. Thanks Muadz kasik aku tumpang umah ko.. huhuu..
Mula kenal2 masyarakat Malaysia di Adelaide. Kagum dengan beberapa character yang boleh dijadikan contoh..
3 kali merasai summer kat OZ.. panas gilee.. pernah experienced max 47 degrees. time panas2 nie, activity menarik.. pegi beach aaa.. ahahaa

2008..
Final Semester.. Tahun bepersatuan. Tahun yang melihatkan Malaysian Students Societies menjadi lebih matang. Hubungan kerjasama lebih erat antara MASCA, MISSA, UMNO SA, MySA juga secara tidak langsung ISSUA. Pernah suatu ketika dulu adanya barrier antara setiap persatuan utk bekerjasama sehinggakan pernah aku panggil wakil2 setiap persatuan (Masa langkah bermula 2007) untuk duduk berbincang dan meletakkan priority agar hubungan kekeluargaan ini dapat berterusan.. jgn sampai jadi mcm Melben n Sydney..
Terima kasih byk2 kepada semua yg terlibat dlm mana2 persatuan.. byk activity2 menarik sepanjang 3 thn kat Adelaide.. Special thanks to all my committee members and BMH members, personnal thanks to my housemates..


Ex-Presidents: ISSUA (07/08), ISSUA (06/07), MASCA (07/08), MISSA (06/07)


Thanks guys: MASCA SA 07/08


MASCA: Malaysian Students' Council of Australia
MISSA: Malaysian Islamic Society of South Australia
MySA: Malaysian Students Association, University of South Australia
ISSUA: Islamic Student Society of University of Adelaide