Thursday, September 18, 2008

HATI..

Baru2 ni ada seorang kawan rapat menceritakan yang die berasa sunyi. Aku tak terkejut yg die rasa sunyi tue sebab aku pon penah berasa sunyi.. tadek ape yg pelik, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa. jumpa orang seperti biasa. pegi kelas (dulu laa) cam biasa, tiru assignment, main game sikit2 semua mcm biasa. cumanya dari dalam tiba2 berasa sunyi, sepi and macam ade jer yang tak kene. Tiba2 rasa fed up, nak marah, rasa nak smackdown org, nak nangis dll.. aku rasa semua orang pon pernah alami perkara yang sama..

1) Menurut Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah, hati mengawal minda. Hati yang bersih akan meransang otak dan terpancar ke wajah. Jadi nak wajah yang bersih, otak yang sihat, bersihkan hati.. camne nak bersihkan hati? bace laa mane2 korang boleh jumpe petua mcm2..

2) Mungkin sebab tu laa org pompuan takleh jadik leader, sebab hatinya halus. Bila Hati dah kesian, meransang otak untuk kesian camne nak jatuhkan hukuman potong tgn atau sebat? apatah lagi rejam sampai mati..

Lately pon byk org mengalami masalah hati.. putus cinta, putus tunang, rasa sunyi dll. Hari tu ade jugak sorang brader nie yg dah kawen tapi die tanye apasal laa mcm kebelakangan ni mcm suke jer nak tgk pompuan lain.. seolah2 hati dah berubah arah.. hohohoo kronik tue..

Aku simpulkan bahawa segala tindakan kita adalah disebabkan hati. Agama meraikan perasaan mahupun hati tapi tindakan dari perasaan itu yang akan dikira. Pasal hati ni aku rasa tadek sape boleh tolong cume nak kongsi satu kisah..

Rasulullah SAW sendiri pernah berasa terhimpit, sedih dan sunyi ketika kematian Isteri tersayang, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Rasulullah juga pernah berasa marah apabila mengetahui bahawa adanya orang yang bercakap buruk tentang nabi sehinggakan merah muka nabi ketika itu. Ada lagi kisah2 lain yg menunjukkan nabi juga pernah berasa sunyi, sepi, marah dan perasaan2 lain.

Setelah kematian Khadijah, Aisyah adalah isteri kesayangan nabi. Zahirnya, Rasulullah berlaku adil terhadap isteri2nya namun hati baginda menyayangi Aisyah melebihi yang lain2. Nak buat macam mana dah hati nak sayang. Sehingga nabi pernah berdoa yang berbunyi:


اللهم هذا فعلي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك

"Ya Allah! Inilah kadar pembahagianku terhadap apa yang aku miliki (kuasai), maka janganlah Engkau mencelaku wahai Tuhanku terhadap apa yang Engkau miliki sedang aku tidak memilikinya (yakni hati)"

ataupun dlm bahasa Melayu boleh juga dibaca

" Ya Allah, jangan engkau siksa aku dengan apa yang engkau miliki yang tidak aku miliki (yakni hati)"

Ini menunjukkan bahawa hati ini adalah 'miliknya' yang tak mampu untuk kita kawal. Perasaan marah, fed up, putus harapan, sunyi, sepi, pilu dsb adalah diluar kawalan manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak dapat mengawal perasaan baginda, apatah lagi kita yg dipenuhi dosa.
Cubalah amalkan apa yang diajar nabi untuk menundukkan hati..

3 comments:

Anonymous said...

Betul, betul, betul! Setuju 100%. Mungkin lepas ni boleh post isu mengenai macam mana nak menundukkan hati pula.

Munir said...

Ckp kat kawan kau tu, rilek sudah. Happy2 je slalu. Jgn cari problem bnyk2. Kalau sunyi aku ka ada....Hahhahahha.

Izrul Zainal Abidin said...

anonymous: no comment.. huhuu
munir: haa btol2.. kepada lelaki2 kat adelaide nie, kalo sunyi carik laa munir. weh munir, kalo org dah kawen ko layan gak ker??