Friday, March 13, 2009

Murtad 'berjaya' dihalang..

Assalamualaikum wbt..

Agak2 lama dah tak update..

Post2 sebelum ini byk kepada cerita peribadi (kalo bace dgn teliti, ade nilai dlm setiap post).. this time rase nak tulis pasal hal nasional dan masalah negara sket.. sekadar sedikit perkongsian..

LA-TAHZAN
aku dah beli pon buku La-Tahzan yang disuggest oleh mamat komen no 42 ni. Lame dah belinye tapi smpai skang masih separuh jer sempat abis. InsyaAllah akan dihabiskan bila lapang. Bile tgk jer buku ni, aku dah tau dah sape mamat anonymous ni. Biase laa org 'muda', takut nak lempang depan, baling batu sorok muka je laa..
cuma bila aku dah baca2 tu, sorg kawan tanya camna buku tu, aku rasa pengolahan dan hadis2 yang direlatekan dgn hujah sesuatu isu itu cam byk yg tak relevan. mungkin kurang penghayatan aku sbb buku asalnya dlm bahasa arab tak silap. Hadis2 tidak dinyatakan sanad dan sumber. Pada muka surat62 ada dinyatakan: Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia DILARANG dalam agama ... (dan dikaitkan dengan surah Ali-Imran:139) juga m/s63 ..Bersedih hati itu tidak perlu dan tidak mendatangkan manfaat... Sila rujuk video dibawah untuk penjelasan berkenaan perasaan atau sini



Oleh itu, aku rasa buku ini kurang kemas. Namun isinya sgt bagus dan sgt byk mende bermanfaat. Tapi kalau nak mencari buku2 yang berkualiti yang hujah2nya hanya berdasarkan al-quran dan sunnah (setelah ditapis2 oleh tuan punya kedai yg hanya mengamalkan sunnah carilah di Two ti Creations - nak direction mtk mamat ni)

Kes Murtad
Beberapa minggu lalu kecoh pasal 2 kes murtad:
1) Lina Joy - akhbar melaporkan tentang mahkamah syariah menghalang Lina Joy dari menukar status agama dalam IC beliau.. ini dianggap sebagai satu KEJAYAAN menghalang org tidak menukar agama sesuka hati

2) Akhbar melaporkan jabatan agama sebuah negeri BERJAYA menghalang satu keluarga miskin dari murtad kerana tertekan dihina jiran kerana mereka bypass air dari surau.

3) Cerita lama - beberapa tahun dulu, penduduk di satu kawasan ingin menghalang sekumpulan manusia yg dipercayai ingin menuju ke gereja utk murtad. Tapi tunggu2 tadak, maybe derang pilih hari lain utk murtad. Akhbar lapor lagi kata perarakan murtad itu tak jadik dan org ramai gembira kerana seolah2 telah menghalang org murtad.

Apa yg peliknya hal murtad?
zaman Abu-Bakar ra pon dah byk org murtad.Dan Abu Bakr memerangi mereka2 ini.
namun sekarang adalah zaman "Riddah la Abi Bakrillaha" seperti yg disebutkan oleh maulana Abul Hassan Ali Al-Nadwi : murtad dimana Abu Bakar tidak ada utk memeranginya..

Adakah murtad ini perlu berlaku didalam gereja dan menyebut ' saya dengan ini mengishtiharkan saya murtad' baru org itu murtad?

Murtad berlaku dlm 4 perkara:
1) Perkataan
2) Perbuatan atau isyarat
3) Syak terhadapt Islam
4) keyakinan yang menyanggahi nas walaupun tidak disebut/buat secara zahir. Iktikad yg mana hanya dia dan Allah shj yg tahu. Walaupun didepan org dia masih beriman.

Didalam Islam kita disuruh menghukum yg zahir dan Allah yg menghukum apa yg menjadi rahsia seseorang. "Nahnunahtum bi zawahir, Wallahuyattawalla saraair". Contoj kes camni, dulu kecoh Azhar Mansor murtad, org kate die gi gereja itu laa ini laa. Bila ditanya Azhar Mansor sendiri, dia mengaku dia masih Islam dan itu hanyalah cerita org. Dia pon tak tau celah mana gereja Silibin tu.

kalau mengikut kaedah menjatuhkan hukum berdasarkan bukti dan dalil serta menghukum yg zahir, Azhar Mansor adalah Islam. Kalaupun betul die kufur, itu urusan dia dgn Allah. Selagi mana kita mengikut kaedah yg digariskan oleh Islam, kita for sure akan selamat. Sebab itulah adanya mahkamah akhirat. (Pasal kaedah ni byk nak hurai nie esp bab yg aku paling suka, bab tangkap khalwat..)

Itu kes dimana dalam hati kita tatau tapi luar die mengaku die Islam. Mcm mana pulak terang2 luar die kate die kufur, ada plak org halang kata dia tak kufur mcm 3 kes kat atas? Adakah dengan mengekalkan status 'Islam' dlm IC kita katakan itu satu kejayaan?
adakah org tak jadik berarak itu bermakna dia tak jadik murtad sbb tak sampai gereja?
keimanan adalah keyakinan (rujuk video kat atas). Keadaan sekarang seolah2 kita memaksa Lina Joy mengaku dia Islam walhal terang2 die kate die kufur.

hakikatnya, dlm ketiga2 kes, mereka telahpun murtad ketika terdetik shj keinginan murtad di dlm hati mereka. Abis mengapa perlu kalut2 nak halang? lebih lagi plak di highlight kan pulak kejayaan pihak tertentu menghalang mereka murtad. Mengapa perkara mudah ini tidak difahami oleh org media? lagi pulak org2 agama??

Nampaknya bkn hanya orang politik shj perlu berubah sekarang..


p/s: 1) tak sempat nak tulis pasal hal nasional, next post InsyaAllah..
2) Terima kasih kpd ummu Atif atas video La-Tahzan kat sebelah ni..
3) Amat mengalu2kan sebarang pandangan atau teguran dlm bab murtad ini, agar masing2
lebih jelas berkenaan isu yg berat ini..

"Labbaik Allah Humma Labbaik"

4 comments:

Fawwaz said...

Salam Saudara Mongger,

Nie sekadar pandangan & pendapat yg ingin dikongsi, tak sure btol @ salah.

Sebenarnye susah jgk nk terangkan, maklumla, tatabahasa aku kurang, tapi aku try je laa...

1st of all, mmg ape yg ko cakap tu betul, kalau ade terdetik dlm hati seseorg tu nk murtad, xkesah ar kat gereja ke @ mane2 pon, dia tetap murtad. Tu hal dia dgn Allah.

Tapi satu lagi, yg pasal berjaya halang Lina Joy tuka kad pengenalan dari Islam ke Kristian, tu aku anggap satu kejayaan.
Walaupn pada hakikatnye dia mmg Kristian. Tapi bile dia x berjaya tukakan kat pengenalan dia tu, maybe ade org2 lain yg mungkin nak buat bende same tak berani nk tampil ke depan. Bile x ramai berani tampil ke depan, threat yg diorang bawa jadi kurang.
Org2 yg murtad nie xkan dgn beraninye umumkan dia murtad.

Bayangkan kalau diorang berjaya, satu hari nanti mungkin anak2 kite kat sekolah tengok member2 melayu diorang berkad pengenalan kristian, parents2 diorang secara terus terang amalkan ajaran kristian & bende nie jadi mcm sesuatu yg normal.
Tapi dgn sebab Lina Joy x berjaya, kemungkinan besar & insyaAllah, anak2 kita nanti xde kawan melayu yg murtad.

Bawah nie aku sediakan contoh2 bende yg x elok tapi dah jadikan trend hidup matsaleh2 kat luar negara & dianggap normal walaupun pada masa dulu dianggap teruk:
1. Tido sekali walaupn x kawin
2. Ade anak luar nikah
3. Gay dianggap normal (padahal zaman Nabi Luth dulu pn dah Allah tunjuk azab kat dunia)

Remaja2 negara diorang akan terpengaruh dgn mudah kat bende2 mcm nie coz dah xde sesiapa nk halang diorang & diorang anggap bende nie normal.

Maybe ko boleh try tengok movie Milk yg baru keluar akhir tahun lepas @ awal tahun ni.
Crite tu pasal gay kat USA nakkan hak diorang. dalam crite nie, sebelum watak utama dia berjaya, x ramai org nak mengaku diorang gay, tapi lepas dah berjaya dapat rights diorang, ramai secara terus terang berhimpun & mengaku diorang gay.

So skrang mane yg ko nak. Lina Joy berjaya & ramai org terus terang mengaku murtad, atau biar org2 yg murtad nie duduk senyap2 je & x mempengaruhi org lain..

Sekali lagi, nie cume pendapat aku, maybe betul, maybe salah..
sekadar pengkongsian bersama...
kalau ade sesiapa yg rase aku salah @ maybe aku salah, reply la jgk, kite kongsi same2...

Fawwaz.
(setiap kali aku reply kat blog ko mesti panjang)

ihsan_huhu said...

fullamak.. aku mmg respek org2 yg bace buku2 agame nih.

aku bace kejap je sure dh boring. tp kalau bace kitab tafsir mmg layan, tp aku sempat bace sp juz 6 je lepas IB arituh.

bgs r ko dok mesia, sudan, indon. dubai etc xrosak akhlak ag

Izrul Zainal Abidin said...

Fawwaz: 1st of all, ape kejadah plak ko nak soh aku tgk cite milk tu.. nak suruh, suruh laa munir ke, ihsan ke.. tapi yg penting ko suke cite tu..

2) agama tidak tertegak oleh logik akal:

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Kalaulah hukum-hukum agama ini terbina atas dasar akal, tentulah menyapu di bahagian bawah khuf itu lebih afdhal berbanding atasnya. Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menyapu di atas kedua-dua belah khufnya.” (Riwayat Abu Daud)

perhatikan dialog antara Imam Ja'far dan Imam Abu Hanifah..

Imam Ja'far: "Mana yang lebih najis, apakah air kencing atau air mani?"
Abu Hanifah: "Air kencing lebih najis."
Imam Ja'far: "Di sini, qiyas Anda harus mengatakan bahwa seseorang wajib mandi karena air kencing, dan tidak wajib mandi karena air mani. Padahal Allah SWT telah mewajibkan seseorang untuk mandi karena air mani, dan tidak karena air kencing

kalau ulamak dulu meletakkan hukum berdasarkan logik akal atau qiyas yang ada sandaran, adakah kita sanggup mandi wajib setiap kali kita kencing?

3) Namun agama tidak menolak logik akal..

mengikut SS Dr Asri akan ada kebaikan dan keburukan jika perkara murtad ini disebar luas
keburukan: org akan lihat agama Islam ini tidak menaraik. Golongan2 yg berminat dgn Islam akan mempertikaikan, org2 Islam pon keluar agama, bagaimana mungkin org bukan Islam nak tertarik..
kebaikan: bila sudah disebar luas, maka ibu bapa akan lebih berhati2.. jika sebelum ini mereka takutkan anak merempit atau kacau anak dara org, kerisauan itu akan menjadi kerisauan anak2 utk murtad.. pergerakan anak2 akan lebih dikawal dan dpt dibendung dari peringkat awal.. jika tidak ibu bapa sangka tidak ada apa2 keburukan di luar namun hakikatnya anak2 mereka sudah keluar dari islam..

kalo ko nak bayangkan2.. ok..
bayangkan kalo derang tak berjaya tuka status agama dlm kad pengenalan etc2.. satu hari nanti anak2 kita tgk rakan2 dia yg kad pengenalan tulis Islam, tapi pakai rantai salib.. alasannya mudah.. wpon dia melayu, tapi dia kristian.. sebab mahkamah tak kasik tukar status, so dia kisah apa.. dia ada hak amalkan ajaran kristian.. adakah ini Islam yg kita mahukan.. Islam di atas kad pengenalan..

perhatikan apa yg disampaikan dlm klip video kat atas:
Islam ini adalah keimanan. Keimanan adalah keyakinan. Keyakin tidak boleh dipaksa 4:09
Kalau agama paksa, maka ia akan menyebabkan berlakunya golongan munafik 5:06

aku kasik 1 kes:
kalau 2 thn lepas, ko nak masuk meminang awek ko yg masih skolah tu, tapi die taknak sbb masih bawah umur.. kalo ikut dalil ke logik akal ke, agak2 boleh tak ko kecoh2 kat sume org kate die bini ko walhal die tanak pon..

So skarang mana yg ko nak..
memaksa mereka mengekalkan status seseorg itu sebagai Islam walhal terang2 die mengaku die bukan Islam.. kemudian dia practise plak agama baru dia.. then org akan cakap.. oo inilah Islam baru, lebih terbuka, lebih moden.. konsep Islam Hadhari mungkin..
atau
kita ikut Abu Bakr.. tidak pula paksa kaum2 murtad zaman tu utk kekalkan keimanan mereka. sebab sudah ternyata mereka dah tak yakin.. jika tidak akan byklah golongan munafik..

jadi perkara ini tak boleh laa ikut apa yg kita rasa..
pasti menyakitkan jika kita tau sebenarnya jumlah org yg keluar agama.. tapi kita tanganni perkara ini ikut kaedah.. kaedah yg diajar dlm Islam paling berkesan... dulu pon ada org pertikai, ishh kalo nak ikut hukum Islam, mana mungkin nak dpt 4 org saksi bila seseorg itu dituduh rogol.. kalo betul ada 4 org, org tu plak kene laa org yg dipercayai, ape die buat kat situ.. takkan die tgk jer org kene rogol, pegi laa tolong..
itulah hukum agama bila ditafsir ikut sedap hati..

kalo aku dlm hal ini.. biar laa die nak murtad.. biar laa kalo ade org ramai nak murtad pon.. bila kita dah tau hakikat dlm masyarakat, baru laa semua org tersedar, ibu bapa akan lebih berhati2.. jiran2 pon akan mula sibuk kembali.. baru laa golongan agama akan tersentak dan mencari kebenaran Islam itu kembali.. melupuskan karut marut dlm agama yg telah menjadi barah dlm masyarakat..

Izrul Zainal Abidin said...

ihsan huhu: ko jgn nak mengarut huhu.. aku pon cam ko gak.. tu pasal aku tak habis2 lagik bace buku nie.. huhuu