Wednesday, May 13, 2009

Alhamdulillah..

Mungkin ada yg tertanya2 pasal post yg lepas.. isu yg sgt berat.. Sebenarnya aku sgt berhati2 sebelum nak post topik murtad tu.. kalau mungkin ada salah mana2 mtk komen/ pandangan korg..

Namun isu yg aku nak ketengahkan sebenarnya adalah betapa kes2 yg seberat itu pon kadang2 jabatan2 agama / media boleh tak teliti, apatah lagi kes2 terpencil.. aku huraikan sikit lagi pasal kes2 lain..

1) pada 19 September 2000, Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang di Kota Kinabalu. Muzakarah ini antara lain membincangkan tentang kajian lelaki memakai emas putih. Conclusionnya, emas putih diharamkan bersandarkan hadis berikut:

Dari Abu Musa, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
emas dan perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi kaum lelaki
(Riwayat Nasa'i, Termizi dan Ahmad)

Isunya: apa perlu Majlis Fatwa terbang jauh2 buang duit kalau sekadar nak keluarkan Fatwa Emas putih haram bagi kaum lelaki. Berapa kerat orang melayu mampu beli emas? lebih2 lagi emas putih.. lagi pula setakat nak komfemkan emas putih haram bagi lelaki, dalam telefon pon dah boleh capai kata sepakat.. byk lagi isu2 sejagat yg boleh dibincangkan..


2) Awal tahun ini, Majlis Fatwa bersidang.. membincangkan isu pengharaman pengkid.. Kecoh aa akbar2 utama haluan politik tertentu hebohkan hal ini. Ape peliknya isu ini. 1400 tahun lalu, Nabi SAW ada bersabda:


Dari Ibnu Abbas R.A., Dia berkata: Rasulullah S.A.W. telah melaknati orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki. Dan dalam satu riwayat, Rasulullah telah melaknati orang-orang yang menyerupai perempuan dari kaum lelaki dan orang yang menyerupai lelaki dari kaum perempuan.(Riwayat Bukhari)


Perkara ini tidak memerlukan sidang khas pon untuk keluarkan fatwa. Orang yg cetek agama pon tahu dah mende nie. Tak payah nak kecoh2 pon bersidang.. Yang peliknya, pengkid "baru difatwakan" haram.. bagaimana lelaki menyerupai wanita pula - geng2 maknyah? tadek pon disebutkan dlm fatwa yang "baru" ni..

Semua sedia maklum isu yang lebih merunsingkan adalah golongan "maknyah' yang telah lama ada di Tanah Melayu ni.. tapi hairannya, kes pengkid yang baru nak kenal dunia ini yg diheboh2kan.. kes2 maknyah tak pulak gegar2 buat fatwa..

Kalau perkara2 asas mcm ni badan2 agama tak boleh nak perbetulkan, aku tak terkejut kalau 10 tahun lagi, tiba2 Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang.. Menfatwakan babi itu haram dimakan atas sebab2 kesihatan, cacing kerawit ke cacing ape ke, kotor dsb..

Aku bkn anti Majlis Fatwa ke, pejabat agama ke wpon byk kes2 berkaitan pejabat agama (cth: wanita bercerai 8 thn, xdpt surat cerai, kawin baru, mahkamah salahkan die bersuami 2 dan byk lagi). Tapi hakikatnya, di tanah Melayu ini dah byk sgt kecelaruan agama dlm masyarakat.. sehingga Badan2 yg sepatutnya bertindak, juga ada kalanya celaru..

jadi agak2 laa bila tiba2 ada org kata "bende ni kita tak buat, sebab Nabi SAW tak buat" .. Adakah boleh kita nak kata "Ehh takkan tak boleh, bende baik, lagipon ustaz2 satu malaysia buat, siap pejabat2 agama cetak lagi edarkan pada sume org.. takkan pejabat agama silap"..

Hakikatnya, Pejabat2 agama juga perlu Berubah..


Labbaika Allah Humma Labbaik..




Alhamdulillah, sekali lagi aku dijemput ke rumah Allah.. Syukur ke hadrat Allah SWT, dalam tempoh hayat yang pendek ini, telah dapat berkali-kali menjejakkan kaki ke Tanah Haram..

Madinah telah byk berubah, bangunan2 yg dulunya masih under construction telah pon siap sepenuhnya.. Indah dan aman seperti biasa..

Makkah sedang pesat dengan pembangunan.. ruang udara diselubungi dengan debu2 dan kadang2 ribut pasir kecil..

Di Madinah, room mate aku si Munif Hijjaz nie.. tapi gua tak ambik pot laa (ayat2 rempit) artis2 nih.. Ada laa kadang2 diskusi sikit2 pasal perkembangan bisnes2 Hijjaz.. Kadang2 kelaka tgk org jual barang / jadi duta produk tapi tak kenal betul produk die.. huhuu

Kali ini, ada beberapa perkara yang aku berkesempatan melalui/ melihat perubahan:

1) Bersama-sama makmum yg lain, mengiringi jenazah dan tanam hingga habis di perkhuburan Baqi'. Aku diberitahu oleh Mutawwif, pahala yang mandi, solat, iring, gali, tanam adalah sebesar gunung uhud.. Wallahua'lam.. Tapi insyaAllah ada ganjaran..

Terfikir sekejap, betapa mudah jenazah diuruskan.. dari solat jenazah, jenazah diusung sambil berlari2 (sehingga aku pancit tgh jln, jenazah terus dipass2 kedepan, kalau tgk mmg tak percaya, jenazah lagi laju dari org2 keliling yg berlari2), tanam, kambus.. hanya dlm 30 minit.. simple

Kalau kat Msia.. nak tunggu anak balik dari oversea laa, kene tunggu van aircond laa, tunggu org masjid sampai dll.. lepas tanam siram air mawar pulak nak kasik jenazah sejuk kononnya.. Dibaca pula talkin2 tertentu sebagai panduan jenazah untuk menjawab soklan Mungkar Nakir.. Islam yang Nabi SAW ajar mcm tu ke?

2) Dpt peluang panjat gunung Nur (Jabal Noor), ke gua Hira' tempat dimana Nabi SAW mendapat wahyu pertama..

Gua Hira' (actually tempat berteduh jer)



Pemandangan Masjidil Haram dari Jabal Noor

Dari atas Jabal Noor, dpt melihat kawasan2 bukit sekeliling Masjidil Haram yg Baitullah itu telah dibina Nabi Allah, Ibrahim AS. Teringat aku tentang cerita bagaimana bila Hajarul Aswad hendak diletakkan semula, untuk mencari org yg layak, orang2 Mekah berselindung disebalik bukit.. Dengan ketentuan Allah, Nabi SAW adalah org pertama yang masuk ke Baitullah.. Hampir menitis air mata aku dpt melihat sendiri sisa2 keadaan Geografi tanah haram ini yg menjadi saksi kisah tersebut..

Terkejut aku bila dpt tau, Telaga ZAM ZAM dah ditutup.. tak boleh dah masuk ke bawah tgk telaga ZAM ZAM.. sayang sekali antara tinggalan sejarah paling berharga tidak lagi dpt dilihat.. Tindakan menutup telaga ini disebabkan keadaan terlalu sesak org nak masuk ke situ terutamanya bila musim Haji. Untuk keselamatan semua, tutup terus.. dpt laa menikmati air ZAM ZAM yg sejuk shj.

Arah jari yg hensem tu adalah kawasan keluar/masuk ke telaga ZAM ZAM dahulunya..


4) Ooo yeahh.. Dlm Masjidil Haram sekarang dah boleh amik gambar (contoh gambar yang fotogenik spt di atas dan dibawah).. tak payah selindung2 lagi.. baik buruk tentang perkara ini, terbuka kepada perbahasan umum..


Ya Allah.. Sampaikanlah aku ke Tanah Haram mu ini lagi..

11 comments:

wanroslina said...

Alhamdulillah...doakan tak untuk moksu kat jabbal rahmah ;)

Pasal murtad tu saje dikatakan sebagai satu isu sensitif...sebab diaorg takut ngan manusia tapi tak takut ngan Allah...sama jugak dengan kes2 yang berkaitan dengan Islam...kalau betul 'pegawai2' agama yang dilantik menjalankan tugas dengan ikhlas...takkan muncul kes2 yang besar atau terpencil...tindakan tegas dan segera mesti diambil...bukan hanya heboh2kan perkara kecik hanya semata2 nak menutup perkara2 besar dan berat...

Wallahua'lam

Munir said...

wei nanti belanja aku pegi sana jugak...please...=)

ihsan_huhu said...

ya malizi samiin,

la taswir fil-haraaam!!

haramm harammm

balid enta balid.

ps: ko join x kuliah bahase melayu lepas maghrib kat dpn salah satu pintu kat situ? yg sheikh tuh org kedah tuh

Izrul Zainal Abidin said...

mak usu:
dah doakan dahhhh.. tapi kene laa doa sendiri.. usaha kene labih.. huhuu

munir:
aku pon org yg belanja pegi.. dari ko gi jepon amik gamba tepi tangga, pegi nz sensorg, bek ko kumpul duit bawak aku lagi sekali.. muahahaa

ihsan:
Ya Malizi musharrad,

التي كانت قبل 10 سنوات

الآن كل شيء قد تغير

baghal ya enta ghulam..

ihsan_huhu said...

ya sheikh,
semua perubahan tuh bida'ah

wa kullu bidatin dolalah, wa kullu doalati finnaaaaaaar!

nauzubillah hahahaha

Izrul Zainal Abidin said...

al-ikhsan tokey kasut..

ko jgn nak putar belit plak..

ko pon tau maksud hadis tu kan..

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka Naar.
(Riwayat al-Nasaie).

Yang direka di sini adalah dari segi ibadah. Ibadah2 yang DIREKA dengan sangkaan perkara itu baik..

sejak bile plak perubahan itu bidaah.. kalau perubahan dlm ibadah bukan lagi bidaah namenye.. itu dah HARAM..

kalau perubahan dari segi kemajuan dan peningkatan taraf hidup itu bidaah..

bek jual beskal sayur ko beli unta.. ajak eddy naik unta pegi uni.. boleh laa aku panggil ko al-ihsan si penunggang unta.. muahahaa

ihsan_huhu said...

hahaha.. gle r mong mmg power

aku main2 pon xleh.. wahahaha

afwan ya sheikh, mabruk enta. aiwah aiwah!

Izrul Zainal Abidin said...

huhu: muahahaa tgk aa ketua kelas aku dulu sape.. muahahaa

tapi aku dgr ketua kelas skang nih byk ponteng.. ishh2 tatau aa ape nak jadik..

sape plak kate takleh main2? aku saje je nak test ko.. sume tau kot ko syg gile beskal putih tue.. jgn sensitip plak aku soh jual beskal.. muahahaa

ihsan_huhu said...

x.. aku lg sayang beskal merah yg aku jatuh arituh tuh..

lg bes!

pecinta_Islam said...

untung saudara dpt pegi ke tanah suci..alangkah indahnya jika saya dpt ke sana jgk..insyarallah

Izrul Zainal Abidin said...

InsyaAllah.. rezeki itu byk pintunya..