Friday, July 3, 2009

Constantinople

Biasanya selepas aku kupas sesuatu isu, pasti secara langsung atau tidak langsung aku akan mendapat byk maklumat tambahan berkenaan isu tersebut. Terima kasih atas feedback dan fakta2 tambahan yg telah dikongsi selama ini. Terutamanya berkenaan syiah. Takpelah, aku rasa cukup dah ape yg aku tulis sebelum ini. Kalau betul2 nak mengkaji, antara huraian sejarah yg boleh didapatkan adalah buku dibawah ini. Ada diceritakan beberapa pembohongan fakta yg dilakukan kebanyakannya oleh golongan Syiah. Pointnya mungkin tak byk tp dihuraikan secara terperinci..



IKLAN

Buku ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) beberapa bulan yg lalu.. sgt sesuai utk bacaan sempena hari ibu dan bacaan santai. Yg menariknya tentang buku ini, baca kisah yg ke-24.."Kasih ibu tidak bertepi".. ditulis oleh Wan Fauziah aka ummu Atif tentang ibu beliau Wan Kemala iaitu nenek aku..


Tanpa sedar, air mata aku bergenang baca kisah 24 tu. Bkn sbb kisahnya sedih, tp terigtkan nenek aku. Aku pernah dgr cerita pasal datuk n nenek aku dari mak aku sendiri, kiranya byk laa kisah2 suka duka keluarga mak aku dulu yg tidak diceritakan dlm buku ini sbbnya mak aku batch2 awal laa dlm hierarki keluarga. Kisah2 dlm cerita ini kiranya ketika zaman pertengahan laa. Membaca kisah ini, aku dpt bayangkan bagaimana datuk aku seorang enterpreneur yg byk memulakan perniagaan itu dan ini. Peninggalan terakhir beliau adalah sebuah kilang papan yang masih beroperasi hingga kini..

Ketika tahun-tahun akhir datuk dan nenek aku di alam dunia ini, mereka adakalanya tinggal dengan keluarga aku. Teringat satu peristiwa yg sampai sekarang masih segar dlm ingatan aku..

Pada satu pagi di hujung minggu, aku menyediakan breakfast, bukan utk keluarga tp utk aku sorg.. huhuu.. menunya, roti sandwich yg dibalut dgn telur dan dirogeng. Aku kasik laa sekeping dua pd datuk aku.. lepas dah habis makan, datuk aku mintak lagi.. aku pada masa tu dlm darjah 2 tak silap.. aku malas nak buat lagi.. aku buat tak tau jer.. berulang-ulang kali datuk aku mtk buatkan lagi.. aku masih buat tak tahu.. sampai datuk aku cakap camni "tolong laa masak roti lagi, kita nak makan roti lagi.." tapi aku terus angkat kaki pergi main.. perkataan 'kita' tu tak pernah aku dgr datuk aku ucapkan.. rupa2nya itulah permintaan terakhir beliau kpd aku yg tidak aku tunaikan.. masih segar dlm ingatan..

Ketika datuk aku meninggal dunia, aku difahamkan arwah datuk aku nak disemadikan di Tmn Melawati.. bila diminta aku mengikut van jenazah dari HKL, aku tak kisah aa.. suddenly bapak aku kasik 50 ringgit duit makan.. aku tanye laa apsal plak nak kasik duit, bkn jauh pon.. rupe2nye jenazah nak dihantar ke Besut.. so aku pon follow je aar van jenazah lebih kurang 12 jam ke Besut.. aku tak fikir panjang sbb yg terbujur kaku dpn aku tu datuk aku sendiri.. kalau org aku tak kenal, mungkin berkira-kira jugak.. lgpon itulah perkara terakhir yg boleh aku lakukan kpd datuk aku.. tidak ada lagi roti telur goreng..


CONSTANTINOPLE

Rasulullah SAW bersabda ketika perang Khandaq:

".. Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Sebaik-baik pemimpin adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya"
(riwayat Imam Ahmad)



Tempoh hari, aku ke Istanbul dan Ukraine.. Ini adalah kali kedua aku ke Istanbul tapi pertama kali ke Ukraine..


Penting untuk kita tahu serba sedikit sejarah sesuatu tempat yg kita lawati.. lebih-lebih lagi jika sejarah yang berkaitan dengan perluasan empayar Islam suatu ketika dahulu.. Sewaktu pusing2 melawat Blue Mosque (SultanAhmet), Hagia Sophia dan Topkapi, aku sempat berkongsi sedikit dgn ahli rombongan lain tentang sejarah pembukaan kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Fateh..

Sultan Muhammad Fateh dilahirkan pd 26Rejab 833H (20 April 1429). Ayah beliau adalah Sultan Murad II. ketika ayahnya dilantik menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Sultan Murad II pernah mencuba untuk menawan Constantinople tapi gagal. Pada umur 22 tahun beliau dilantik menjadi Sultan selepas kewafatan ayahandanya.

Beliau byk belajar mengenai taktik peperangan Rasulullah dan Muawiyah bin Abi Suffian r.a. Dipendekkan cerita, dengan semangat utk meneruskan agenda ayahandanya dan menyahut seruan baginda nabi SAW serta melihat kepada peluang meluaskan akidah Islam ke eropah, beliau mengatur strategi utk menawan Constantinople.

Constantinople adalah kawasan yg sgt strategik. Pusat kerajaannya terletak di tepi sungai/terusan. Kapal2 perang musuh tidak dpt masuk kerana satu2nya jalan masuk telah disekat dgn rantai emas yg akan membinasakan kapal2 musuh. Maka Sultan Muhammad Fateh telah memikirkan satu cara yg tidak akan terlintas pd fikiran manusia biasa..

Pd suatu hari, Sultan Muhammad Fateh telah mengarahkan ratusan kapal perang (ada yg kata 400, 100 lebih dsb) ke Laut Bosphorus. Raja Bezantyne telah bersiap sedia dan seperti biasa menyangka pasti tentera Islam kecundang lagi. Pd sebelah mlmnya, Sultan Muhammad Fateh telah mengarahkan tentera-tenteranya menolak kapal2 mereka merentasi bukit utk memasuki Tanjung Emas..

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Sebanyak 70 buah kapal berjaya memasuki Tanjung Emas melalui bukit yg tinggi sejauh 3 batu dlm masa 1 malam. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh..

Peperangan pun tercetus antara tentera Islam dan Kristian. Dikatakan memakan masa selama 54 hari. Setelah tentera Islam berperang bermati-matian, maka tewaslah tentera Bezantyne. Panji2 Islam dikibarkan dan laungan 'Allahu Akbar' bergema di ruang angkasa Constantinople.. Sultan Muhammad Fateh kemudian mengarahkan agar gereja tercantik dunia pada ketika itu, Haiga Sophia, dibersihkan dan telah dijadikan Masjid lalu dijadikan tempat solat jumaat pertama di bandar itu..


Constantinople kemudian ditukar menjadi "Islam Bol" (Bandar Islam) dan kemudian "Istanbul".. Maka bermulalah Pusat pemerintahan, keilmuan, ketamadunan dan keagungan Islam yg berpusat di situ sehinggalah zaman kekhalifahan Othmaniah ditamatkan secara rasmi pada 1924M oleh Mustafa Kamal Ataturk..


Ukraine



Ukraine takde ape sgt.. bekas jajahan Russia.. Negara yg kuat fahaman Komunis.. nak masuk pon susah.. Ketika seminggu di Zaparozhye, sempat jalan2 sikit memandangkan jadual kerja yg ketat.. lagipon Zaparozyhe bandar kecil, sebesar Jerteh mungkin.. Satu yg menarik, tak pernah terfikir aku kat tmpat terpencil mcm ni, dgn fahaman komunis yg kuat, ada komuniti Islam.. Aku ditunjukkan sebuah Masjid kecil.. Diberitahu mungkin tak sampai 100 org Islam pon..

Tapi yang menariknya, lepas balik dari Ukraine, aku terjumpa sebuah buku dlm BM pasal Yakjuj Makjuj yg dlm satu bab kecil menceritakan tentang munculnya Yakjuj Makjuj di Ukraine berdasarkan tinggalan sejarah. Aku terfikir mungkinkah ada kaitan penghalauan golongan Yahudi di Ukraine pd 1510 dan penyembelihan beramai-ramai orang Yahudi oleh tentera Russia pd tahun 1919.. Atau mungkinkah benar penulisan Pendeta Benedictine dari Stavelot dlm bukunya di abad kesembilan yg menceritakan Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj. Mengikut catatan sejarah, Empayar Khazar pernah menguasai selatan Russia, Ukraine, Pergunungan Caucasus, Asia Tengah dan Laut Aral. Dikatakan tembok besi yg dibina Iskandar Dzulkarnain dibina antara 2 gunung. Sejarawan berpendapat gunung itu adalah pergunungan Caucasus.. Wallahua'lam.. InsyaAllah setelah selesai koleksi buku sekarang, aku akan dptkan buku ini pulak..

Apapun, sumber yg sahih adalah Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.. seperti halnya dajjal, jika banyak tu jer diceritakan nabi SAW, kita terimalah atas kadar yg telah dinyatakan.. bagaimana sifat2nya dsb.. Pd aku, wpon tak ketahuan sejauh mana ketepatan fakta pasal yakjuj Makjuj dlm buku ni, aku hanya jadikannya sebagai bacaan santai disamping dpt belajar tentang latar belakang sesuatu tamadun.. Jadi aku nasihatkan pd diri aku dan korg sume, ambillah perihal Yakjuj dan Makjuj serta dajjal pada kadar yg telah diceritakan oleh nabi SAW..

4 comments:

ihsan_huhu said...

owh teringat lk aku kt atok aku yg aku rs nk mati dh xlm lg.. hmm hmm..

ps: so mane lg cun? awek turkiye ke awek ukraine?

Izrul Zainal Abidin said...

Ishh ko nih.. doakan laa dia.. suke ko jer rase2 nak mati tak lama lagik.. kot2 ko dulu camne?? wasiat beskal ko kat aku ehh..

ps: komfem aa awek Ukraine.. keturunan Russian beb.. takat sharapova, ivanovic sume tue taraf makcik kantin jer kat sane.. huhuu

Anonymous said...

bagi memahami secara mendalam mengenai yakjuj makajuj sila baca buku tajuk: YAKJUJ & MAKJUJ BENCANA DARI SEBALIK GUNUNG

Izrul Zainal Abidin said...

dah baca dah.. lama dah khatam..