Monday, June 15, 2009

Siapa Mereka?

Post kali ini sepatutnya telah di'reserve'kan untuk bende lain tapi disebabkan beberapa perkara yg berlaku last week, aku rasa perkara ini perlu diutamakan.. sebelum tu, tgk iklan nie..

Iklan

Berikut adalah produk terbaru dari Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).. Tempahan atau sebarang pertanyaa boleh hubungi Wan Fauziah Wan Kadir/Ummu Atif dari Wanita JIM Ampang Jaya.. minumlah untuk kesihatan sambil menyokong produk2 keluaran pertubuhan2 Islam..





Last week dlm satu artikel dlm utusan Malaysia.. Obama, kaherah, syiah dan Khomeini. Sambutan ulangtahun kelahiran Fatimah Az-Zahrah (puteri Rasulullah) dan majlis memperingati kematian Ayatullah Khomeini. Sambutan itu adalah pada malam ini, 15 Jun..
Beberapa hari kemudian aku dpt pulak E-mail menunjukkan betapa baik dan zuhudnya presiden Iran sekarang Mahmod Ahmadinejad. ditulis pula betapa kita inginkan pemimpin seperti ini.. maka bertambah menggelegak laa darah muda ini..

Mereka2 ini adalah golongan Syiah samaada yang terang ataupun yang berselindung..

SIAPA MEREKA?

Senang cerita baca kat wikipedia.. Tak relevan? ok carik laa sendiri. You tube ada (tgk perayaan ashura dsb), byk pon web menceritakan pasal syiah nih. Ada usaha sikit insya-Allah jumpa.. Cuma aku nak berkongsi lagi apa yg aku tahu dan lalui..

Sewaktu di Masjid Nabawi, aku perhatikan beberapa hari puak2 Syiah ini, mereka hanya solat di kawasan yg ditanda bulat dlm gambar dibawah (bagi lelaki)..

Masjid Nabawi

aku observed beberapa hari dan aku temui jawapan. kawasan ini tidak berkarpet. kalau mereka solat atas karpet, samaada mereka selak karpet waktu sujud atau solat atas sejadah khas mereka yg ade kawasan 4 segi kecik dijahit khas utk solat ataupon sujud atas batu karbala (budak2 oversea mesti selalu tgk nih). Aku terigt yg mereka nie mmg takkan sujud atas tempat awam kecuali atas batu karbala dsb. 1 perkara yg pelik jugak, aku tak jumpe plak geng2 syiah ni pada solat asar hari ahad. Takde walau 1 orang pon. time Maghrib ade pulak. Kalau sape2 tau kenape boleh laa berkongsi..

Aku mmg ada byk pengalaman dengan org2 syiah ni.. boleh laa carik serba sedikit dlm salah 1 post aku yg dulu.. malas nak cerita lg, tak dtgkan faedah pon pengalaman dgn mereka2 nih..

Catatan Sejarah dan Peranan mereka (secara ringkas)

1) Syiah telah mula berputik di celah2 kaum munafik setelah kewafatan Rasulullah SAW. Mereka amat menyanjung tinggi Saidina Ali namun kurang menyerlah sehinggalah ketika Saidina Usman bin Affan memerintah. Rumah Saidina Usman telah dikepung oleh pemberontak ketika musim Haji dimana kebanyakan sahabat keluar menunaikan Haji. Saidina Usman dibunuh oleh pengasas Syiah, Abdullah bin Saba' (asalnya yahudi dari Yaman).

2) Apbila Usman mati, Aisyah r.anhum beserta Zubair ibnu Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan yg lain2 telah keluar ke Basrah untuk mencari pembunuh Usman. Maka di zaman Alexander graham Bell pon belum lahir, Ali telah tersilap maklumat dan telah keluar bersama tenteranya ke Kuffah untuk bertemu Aisyah dan tenteranya. dipendekkan cerita, kedua2nya tidak jadi perang selapas beberapa diskusi. Namun kekecohan berlaku apb pd waktu malam, puak2 pemberontak dan Syiah telah melakukan serangan ke arah kedua2 kem tentera. Maka berlakulah salah faham, Aisyah ingat Ali serang, Ali ingat Aisyah serang.. maka tercetuslah perang yg tidak dirancang dan amat menyedihkan..

3) Pada tahun 1150an-1180, ketika Salahuddin Al-Ayyubi (Penakluk Jerusalem) dilantik menjadi Perdana Menteri di Mesir, berlaku pemberontakan secara senyap oleh puak Syiah dari dalam yg diketuai oleh Najah, Penasihat Khalifah yang juga Ketua Pengawal Istana. Najah berkata:

" Salahudin bin Ayubi cuba menjatuhkan daulah Fatimiyah. Dia juga sedang berusaha menghapuskan fahaman Syiah yang kita anuti. Kita perlu bertindak menyingkirkannya sebagai Perdana Menteri"

Mereka merancang membunuh Salahuddin, namun Salahuddin berjaya menghidu dan mereka ini ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati..

Banyak lagi catatan sejarah yang tercatat akan perilaku pemberontakan dan kerosakan akibat puak2 Syiah ini..


Peranan Mereka Sekarang

Ketika di Madinah tempoh hari, aku dikenalkan oleh Abg Munif (Hijjaz) kepada seorang rakan yg menuntut di University Madinah. Hereinafter refers as Mr S. Mr S ini bile dah borak2 aku dapat rasakan kami berkongsi interest yang sama. Selama 2 mlm kami berbincang tentang beberapa perkara tapi yg aku nak kongsi, beliau menceritakan..

Sewaktu kekecohan Zionis Israel menceroboh bumi Palestine baru2 ini, satu dunia bising. Tapi yg paling bising adalah Iran dan Lebanon sehinggakan Lebanon yang didukung oleh pejuang-pejuang Hizbullah menyerang tentera Israel. Iran juga ada acah2 nak serang. Kemudian Israel menyerang balas ke Lebanon dan Hizbullah berhenti menyerang..

Tapi apa sebenarnya berlaku? Sebaik shj perang tamat, Israel berundur, Mr S dan beberapa rakan dari Madinah dan tempat lain (kalau x silap), telah terbang dari Madinah ke bumi Lebanon. Tidak ada apa yg berlaku di sana. Kehidupan mereka adalah seperti biasa dan tidak ada tanda2 baru lepas kene serang. Bila disiasat rupanya kawasan yang diserang adalah jauh dari pusat bandar dan selepas tinjauan dilakukan.. Rumah-rumah, hospital, sekolah dan kawasan keliling yg diserang, adalah kawasan yang diduduki oleh puak2 Sunnah. Yang menerima akibat juga adalah puak2 sunnah. bagaimana pula serangan Hizbullah kpd Israel? tiada kerosakan besar malah tiada kematian dilaporkan.. Mungkin juga kawasan yang diserang adalah padang pasir yg kosong..

Aku lantas teringat kata-kata Dr Asri (Bekas Mufti Perlis) tentang krisis Iran dan Amerika:

"tak mustahil Amerika serang mereka, tetapi yang akan menjadi mangsa adalah Ahli Sunnah di teluk, percayalah.. tapi saya rasa dia takkan serang"

Kalau melihat keadaan ini, aku komfem Amerika/ Israel takkan serang Hizbullah dan Iran.. kalau serang pon jadilah mcm yang dicerita di atas.. Ahli Sunnah yang menderita dan akhirnya menjadi batu loncatan utk mereka menyerang negara2 arab yg lain.. Negara barat mmg tau puak2 Syiah ini adalah sekutu mereka. Org arab dpt dipecahkan melalui puak2 Syiah..


Syiah di Malaysia

Fahaman syiah di Malaysia telah masuk sudah lama namun kemasukan secara tersusun bermula sejak revolusi syiah pada tahun 1979 yg didukung oleh Khomeini. Maka fahaman ini telah mula meresap masuk sedikit demi sedikit di dalam masyarakat kita.

Mudah jer nak nampak.. orang dulu2, jumpa akar kayu, rebus, minum tiba2 jadik 'kuat' maka dinamakan Tongkat Ali.. bukan tongkat Abu Bakar ker, tongkat Umar ke.. tapi Ali..
Org pompuan pulak, kasik nama Kacip Fatimah.. apsal bukan kacip Habsah ker, kacip Aisyah ker? Ali, Fatimah, Hassan, Hussein nama2 yg diagung-agungkan orang2 Syiah.. semua ini bukan kebetulan, tapi fahaman Syiah halus yg minor2..

Kita kene faham akan asas ajaran Syiah ini yang disesatkan oleh sebahagian besar ulama dunia dan dikafirkan oleh sesetengahnya atas alasan teras ajaran Syiah itu dan kandungan kitab utama rujukan mereka antaranya:
1) Quran yang ada pada kita ahli sunnah wal-jamaah adalah hanya 1/3 dari quran asal dan hanya mereka yg ada salinan asal quran yg 3 kali ganda dari size quran kita.
2) menghalalkan kahwin mut'ah iaitu kahwin sekejap (1 mlm, 2 mlm dsb) tanpa terikat dgn undang2 kahwin/ lepas kahwin (nafkah etc2) yg sebenarnya hanya utk memuaskan nafsu.

3) Mengkafirkan para Sahabat (Abu Bakr, Umar dan Usman) sehingga mereka merayakan kematian Umar.
4) Menuduh Aisyah isteri nabi perempuan zina dsb.

Syiah2 yg lebih extreme sehingga mendakwa:
1) Malaikat Jibril tersilap kasi wahyu pada nabi, sepatutnya wahyu kepada Saidina Ali
2) Ulama2 syiah yg extreme menyuruh org2 syiah membunuh org2 sunni dengan cara menikam dari belakang supaya di padang masyar org yg dibunuh tidak tahu siapa yg tikam.


Itu belum lagi bab ibadah.. lihat shj cara mereka sembahyang, ntah berapa rakaat pon aku tak reti nak kira. Ada yang 3 suku rakaat, 4.5 rakaat, 6.75 rakaat.. azan mereka, ibadah2 lain bahkan syahadah mereka ada yang berlainan.

Yang sedihnya, fahaman ini telah masuk dan berkembang di Malaysia. Ketika ini golongan professional malahan orang2 politik terkenal juga ada yang mendukung fahaman ini. Tulisan2 mereka juga telah mula muncul di public. Utusan Malaysia contohnya, dah byk kali keluar pasal fahaman Syiah ini yg disampaikan secara halus. Menerangkan beberapa fahaman Syiah yg kononnya tidak bercanggah. Penulis terkemuka juga, yg mempunyai ramai pengikut, Faisal Tehrani misalnya, menggunakan penulisan novel, cerpen etc2 sambil dimasukkan unsur2 Syiah secara halus..

Jgn tertipu, puak2 syiah di Malaysia ini akan menyangkal bahawa mereka tidak mengkafirkan sahabat, tidak mencerca keluarga nabi, solat seperti biasa dan tidak melakukan penyelewengan2 yg diketahui umum, tapi hakikatnya samaada mereka belum betul2 faham akan teras syiah atau cuba berselindung. Walaupun kebanyakan orang Syiah awam ni tak tahu apa, cerita ini cerita lama, namun fahaman dan ideologi ini dibawa dari zaman ke zaman dan satu masa mereka akan tahu juga teras ajaran syiah ini pada ketika fahaman itu sudah lekat dalam masyarakat dan akhirnya memecah belahkan orang Islam.

Maka, sebab itulah aku terus tersentak bila membaca artikel utusan dan Emel yg mengagungkan Ahmadinejad. Bagi aku ini semua adalah cubaan2 halus memasukkan fahaman Syiah. Apa yg herannya Presiden Iran itu begitu zuhud? Rasulullah SAW dan para sahabat telah bagi contoh yg jelas. Ada sahabat yang asalnya kaya raya, masuk Islam, menginfakkan semua harta, lalu menjadi miskin. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pemimpin Islam tersohor, ketika meninggal hanya tinggal sehelai sepinggang. Diceritakan Salahuddin Al-Ayyubi ketika meninggal, beliau tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya hanya empat dinar. Zaman ini, Muammar Gaddafi (Presiden Libya), Omar Bashir (Sudan) juga zuhud.. Mengapa pemimpin syiah juga diagungkan..

Saudara2 sekalian, jika sahabat-sahabat yang telah dijanjikan Rasulullah dengan syurga, pejuang2 agama yang ketika malamnya menangis kerana Allah, siangnya bagaikan singa lapar memerangi musuh Allah, juga telah dipecah belahkan oleh golongan Syiah ini.. bagaimanakah nasib kita tatkala fahaman Syiah berkembang biak dalam masyarakat, para pemimpin sibuk berebut kerusi, demonstrasi jalanan di sana sini, cerca mencerca sesama muslim hanya kerana perbezaan fahaman politik.. belum lagi puak2 syiah buat apa kita dah berpecah.. Apa akan jadi tatkala Syiah di Malaysia mengorak langkah??