Friday, March 13, 2009

Murtad 'berjaya' dihalang..

Assalamualaikum wbt..

Agak2 lama dah tak update..

Post2 sebelum ini byk kepada cerita peribadi (kalo bace dgn teliti, ade nilai dlm setiap post).. this time rase nak tulis pasal hal nasional dan masalah negara sket.. sekadar sedikit perkongsian..

LA-TAHZAN
aku dah beli pon buku La-Tahzan yang disuggest oleh mamat komen no 42 ni. Lame dah belinye tapi smpai skang masih separuh jer sempat abis. InsyaAllah akan dihabiskan bila lapang. Bile tgk jer buku ni, aku dah tau dah sape mamat anonymous ni. Biase laa org 'muda', takut nak lempang depan, baling batu sorok muka je laa..
cuma bila aku dah baca2 tu, sorg kawan tanya camna buku tu, aku rasa pengolahan dan hadis2 yang direlatekan dgn hujah sesuatu isu itu cam byk yg tak relevan. mungkin kurang penghayatan aku sbb buku asalnya dlm bahasa arab tak silap. Hadis2 tidak dinyatakan sanad dan sumber. Pada muka surat62 ada dinyatakan: Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia DILARANG dalam agama ... (dan dikaitkan dengan surah Ali-Imran:139) juga m/s63 ..Bersedih hati itu tidak perlu dan tidak mendatangkan manfaat... Sila rujuk video dibawah untuk penjelasan berkenaan perasaan atau sini



Oleh itu, aku rasa buku ini kurang kemas. Namun isinya sgt bagus dan sgt byk mende bermanfaat. Tapi kalau nak mencari buku2 yang berkualiti yang hujah2nya hanya berdasarkan al-quran dan sunnah (setelah ditapis2 oleh tuan punya kedai yg hanya mengamalkan sunnah carilah di Two ti Creations - nak direction mtk mamat ni)

Kes Murtad
Beberapa minggu lalu kecoh pasal 2 kes murtad:
1) Lina Joy - akhbar melaporkan tentang mahkamah syariah menghalang Lina Joy dari menukar status agama dalam IC beliau.. ini dianggap sebagai satu KEJAYAAN menghalang org tidak menukar agama sesuka hati

2) Akhbar melaporkan jabatan agama sebuah negeri BERJAYA menghalang satu keluarga miskin dari murtad kerana tertekan dihina jiran kerana mereka bypass air dari surau.

3) Cerita lama - beberapa tahun dulu, penduduk di satu kawasan ingin menghalang sekumpulan manusia yg dipercayai ingin menuju ke gereja utk murtad. Tapi tunggu2 tadak, maybe derang pilih hari lain utk murtad. Akhbar lapor lagi kata perarakan murtad itu tak jadik dan org ramai gembira kerana seolah2 telah menghalang org murtad.

Apa yg peliknya hal murtad?
zaman Abu-Bakar ra pon dah byk org murtad.Dan Abu Bakr memerangi mereka2 ini.
namun sekarang adalah zaman "Riddah la Abi Bakrillaha" seperti yg disebutkan oleh maulana Abul Hassan Ali Al-Nadwi : murtad dimana Abu Bakar tidak ada utk memeranginya..

Adakah murtad ini perlu berlaku didalam gereja dan menyebut ' saya dengan ini mengishtiharkan saya murtad' baru org itu murtad?

Murtad berlaku dlm 4 perkara:
1) Perkataan
2) Perbuatan atau isyarat
3) Syak terhadapt Islam
4) keyakinan yang menyanggahi nas walaupun tidak disebut/buat secara zahir. Iktikad yg mana hanya dia dan Allah shj yg tahu. Walaupun didepan org dia masih beriman.

Didalam Islam kita disuruh menghukum yg zahir dan Allah yg menghukum apa yg menjadi rahsia seseorang. "Nahnunahtum bi zawahir, Wallahuyattawalla saraair". Contoj kes camni, dulu kecoh Azhar Mansor murtad, org kate die gi gereja itu laa ini laa. Bila ditanya Azhar Mansor sendiri, dia mengaku dia masih Islam dan itu hanyalah cerita org. Dia pon tak tau celah mana gereja Silibin tu.

kalau mengikut kaedah menjatuhkan hukum berdasarkan bukti dan dalil serta menghukum yg zahir, Azhar Mansor adalah Islam. Kalaupun betul die kufur, itu urusan dia dgn Allah. Selagi mana kita mengikut kaedah yg digariskan oleh Islam, kita for sure akan selamat. Sebab itulah adanya mahkamah akhirat. (Pasal kaedah ni byk nak hurai nie esp bab yg aku paling suka, bab tangkap khalwat..)

Itu kes dimana dalam hati kita tatau tapi luar die mengaku die Islam. Mcm mana pulak terang2 luar die kate die kufur, ada plak org halang kata dia tak kufur mcm 3 kes kat atas? Adakah dengan mengekalkan status 'Islam' dlm IC kita katakan itu satu kejayaan?
adakah org tak jadik berarak itu bermakna dia tak jadik murtad sbb tak sampai gereja?
keimanan adalah keyakinan (rujuk video kat atas). Keadaan sekarang seolah2 kita memaksa Lina Joy mengaku dia Islam walhal terang2 die kate die kufur.

hakikatnya, dlm ketiga2 kes, mereka telahpun murtad ketika terdetik shj keinginan murtad di dlm hati mereka. Abis mengapa perlu kalut2 nak halang? lebih lagi plak di highlight kan pulak kejayaan pihak tertentu menghalang mereka murtad. Mengapa perkara mudah ini tidak difahami oleh org media? lagi pulak org2 agama??

Nampaknya bkn hanya orang politik shj perlu berubah sekarang..


p/s: 1) tak sempat nak tulis pasal hal nasional, next post InsyaAllah..
2) Terima kasih kpd ummu Atif atas video La-Tahzan kat sebelah ni..
3) Amat mengalu2kan sebarang pandangan atau teguran dlm bab murtad ini, agar masing2
lebih jelas berkenaan isu yg berat ini..

"Labbaik Allah Humma Labbaik"