Monday, January 5, 2009

Completed..

Alhamdulillah.. 23 December lepas, akhirnya secara official tamatlah pengajian First Degree aku dlm bidang Electrical and Electronic di University of Adelaide, Australia.. Pertamanya syukur kpd Allah SWT kerana dlm ketetapannya telah tertulis untuk aku menghabiskan pengajian ini.. seorang rakan cakap kat aku masa graduation ceremony tempoh hari "tak sangka habis jugak.. ingatkan takkan habis2".. bila teringat2 akupon mcm dia jugak.. igtkan takkan habis2.. sebabnya proses menghabiskan pembelajaran aku ini tidaklah seperti orang2 normal yang lain..
First time masuk Bonython Hall hati tak berdebar.. ceria dan terharu.. Orang2 dlm gamba kat Bonython tue pon aku rase dah kenal aku.. dah biasa sgt masuk..

Keduanya, Terima Kasih kat mak ayah aku atas sokongan moral, khidmat nasihat percuma dan yg paling penting atas sumber kewangan yg tak pernah miss.. huhuu..
Kemudian dan seterusnya.. Terima Kasih kepada kawan2 yg byk membantu terutama klasmate2 tersayang.. dari 2005-2008..

The University of Adelaide, Class of 2007 (sepatutnya laa)

Apapun, graduation ini membawa makna yg sgt besar buat aku dan family aku.. bile dah grad maknenye sume ahli keluarga aku dah grad.. huhuu.. tapi yg lebih klasik dan sentimentalnya semua ahli keluarga aku grad dlm bidang Electrical Engineering..

The Completion of an Electrical Family
(Brighton Uni, Adelaide Uni, Porthmouth Uni, missing in action, abg aku: Southern Illinois Uni)


..Sedara mara yang hadir, Terima kasih..

Tahniah juga kepada rakan2 yang lain..

Alhamdulillah.. Dah selesai satu perkara..

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب﴿٨

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) [7] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). [8] [94:7-8]

Banyak lagi yang menanti di luar sana.. sedang berusaha mengambil sebanyak mungkin peluang yang ada.. Moga2 diberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi dlm merebut segala peluang.. moga ditanam rasa syukur dgn setiap nikmat dan dugaan yang diberi..

teringat ada s
ekali tue borak2 kat willcox, rumusan sebuah kehidupan:

lahir-belajar makan-belajar jalan-pegi tadika-sekolah rendah-sek menengah-sangkut exam-wat preparation-masuk uni-supp sket2-grad-keje-kawen-gadoh ngan bos-kene buang keje-dpt keje baru-anak pulak buat hal kene buang sekolah-pencen-anak kawen-kene penyakit sikit2-mati..

ini hanyalah lakaran ringkas sebuah kehidupan.. komfem laa tak sume org same kann.. apa pun moga2 dipermudah segala urusan di setiap peringkat..

Sekali lagi.. Terima Kasih kepada semua!!!


Harga sebuah kehidupan..

Faris Odeh*

Buatlah negeri ini selalu tersenyum..**

*Gambar ini diframekan dan diletakkan di pejabat utama Yasser Arafat (ketika berkuasa) bagi mengingatkan beliau setiap masa tentang perjuangan setiap rakyat Palestin..
**dipetik dari sebuah buku mengenai Palestine..