Monday, September 22, 2008

Persamaan..

Satu perkara yang aku ingin kongsi selama aku berada disini. Mungkin post2 terdahulu lebih kepada perkongsian secara general tetapi kali ini aku mengkhususkan kepada satu perkara..
Melihat kpd sejarah aku yang lepas2 tak pernah terfikir untuk aku melibatkan diri dengan program2 agama.. Sebut shj program agama, "aa takpe aa korang pegi laa dulu, esok lusa dapat hidayah aku join aa". Tapi jahat mana manusia ni, ade jugak rasa nak jadik baik sikit2. Aku masih lagi 'dasyat' seperti dulu, tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi nak kongsi dan sabar dalam membawa 'kami' utk sama2 belajar agama sikit2..

Cuma aku sedikit terkilan apabila bercakap soal gerak kerja dakwah ini, sebagai permulaan aku syorkan korang baca article Lihatlah persamaan, kesampingan perbezaan.. ini. Lama aku simpan article ini, sudah masanya aku rasa ake perlu kongsi..

Alhamdulillah di bumi bertuah ini, masalah yg disebut dlm article ini tidak ketara. Ya ianya wujud, suatu ketika dulu agak ketara namun lama kelamaan menjadi semakin baik..

3 tahun disini, pernah aku menyaksikan atau mendengar kisah kumpulan yang menggerakkan dakwah ini..

1) Jika persatuan lain organise event, dengan sengaja mereka pon nak buat program pada masa yang sama.. mengelakkan maksiat katanya, hinggakan untuk mengelakkan orang ke program agama yang dianjurkan pihak lain, mereka organise "easter egg treasure hunt".. Itu Islamik namanya? Pernah satu ketika apb 'kakak2 usrah' tahu bahawa satu geng nak ke program umum dianjurkan pihak lain, terus 'kakak2' serang geng ini dan menghalang mereka..

2) Dihalang ke bbq atas alasan bercampur laki2 dan perempuan walhal pihak penganjur dah umumkan bahawa diasingkan laki2 dan perempuan.. atas alasan membuka pintu maksiat.. tapi bila laki2 dan perempuan ke winter trip dlm satu kenderaan tidak jadi masalah atas alasan keselamatan.. Cubalah lihat macam mana ikhwah dari negara2 lain mcm mana, Indonesia contohnya, byk2 aktiviti2 laki2 dan perempuan tapi masih menjaga adab2 yang ditetapkan. Ditanam kalau ada laki2 ada dlm lif, jgn naik, naik tangga.. kalau laki2 masuk, keluar naik tangga.. suatu hari nanti kerja di KLCC tingkat 77, kau nak naik tangga?

kalau nak cerita perkara2 remeh dan kecil ini, aku boleh bukukan semua kisah2 ini. Namun apa yang sangat2 aku kecewa apabila mereka..

1) memulaukan, mengasingkan, ketepikan pihak yang mempunyai pandangan atau pendekatan yang berbeza.

2) Menghalang rakan2 untuk hadir ke program umum dianjurkan pihak lain atas alasan takut berbeza pendapat. Kau tak nak pergi tak payah laa pergi, tapi takyah laa halang orang lain nak pergi..

3) Pernah terjadi seorang rakan dipulaukan hanya kerana dia nie berlatar belakangkan tabligh. Kisahnya jika diingat2 kelakar pon ada, geram pon ada..

4) Satu dialog.. a:kami nak keluar usrah b:kalau tak boleh keluar macam mana? a:Agama ni kene paksa2 ker? b:Kalau kau keluar, kau takkan diajak lagi apa2 program atau aktiviti lepas nie a: kami tak kisah..

Kisah2 yang berlaku pasal paksa memaksa nie terlalu byk.. mcm aku katakan tadi, aku boleh bukukan kisah2 ini.. Semua kejadian adalah kejadian sebenar yang diceritakan sendiri oleh orang yang mengalaminya ataupun dtgnya dari sanad yang aku percaya..

Satu perkara yang aku kurang senang adalah mengenai sikap secretive dlm berdakwah.. Aku rasa ramai yang pernah alami perkara ini.. aku ingin berkongsi apa yang aku tahu..
gerak kerja di OZ sama dengan di Mesir. Kalau di Malaysia adanya 2 (atau lebih) kumpulan besar yang bergerak aktif. Kedua-duanya claim bahawa mereka membawa fahaman Ikhwanul Muslimin. Satu kumpulan yang belajar di Mesir dan bawa pulang ke Msia satu lagi dpt dari Europe tetapi asalnya Mesir jugak. Yang belajar di Mesir ini bawa pula ke OZ, NZ dan timur tengah. sbb tu OZ dan mesir paternnya sama. tapi di Mesir mereka ada sebab yang nyata kenapa mereka perlu adanya unsur2 secretive. Tetapi cara yang sama tidak diperlukan di OZ dan NZ. Sami'na wa atho'na.. patuh dan taat.itu yang aku nampak apa yang cuba ditanam. memang betul adanya bab sami'na wa atho'na dlm Islam namun matlamat dan tujuan serta punca perlu jelas terlebih dahulu..

Perkara ini bukan sahaja berlaku di sini, di Melben lebih teruk, Sydney kurang sikit sbb mereka mmg tak bercampur.. Perkara ini berlaku di manchester, di nottingham, di moscow, di Ireland di Washington, di Jakarta senang cerita di seluruh dunia..

Apa yang aku kongsi di sini bukanlah ingin mencari salah sapa2. Byk perkara2 yang sebenarnya sudah byk improvement. Apa yang aku lihat sekarang, sebagai sebuah jemaah, keaadaan bertambah-tambah baik namun masih ada golongan yang fanatik terutamanya dari golongan sisters. Aku tak membuat tuduhan melulu, tak percaya tgk laa sendiri berapa ramai yang pada asalnya komited tapi kerana setelah dirasakan cukup lama, 'adik2' nie masih lagi tak bertudung labuh, masih lagi bertegur2 dengan lelaki, akhirnya mereka ditinggalkan secara halus..

Cerita2 di atas adalah apa yang terjadi suatu ketika dahulu. Alhamdulillah pada tahun ini di pihak brothers perkara2 ini hampir tidak berlaku lagi, namun aku difahamkan di pihak sisters masih ada lagi sikit2.. bukan shj di bumi bertuah ini, di tempat2 lain juga.. Janganlah hanya kerana 'adik2' tidak berminat dengan program2 agama ataupun mereka sedikit lambat dlm mengikut silibus, mereka diketepikan, tidak lagi bertegur sapa apatah lagi bertukar senyuman. Berilah sedikit masa..

Bukan niat aku untuk salahkan sape2 apatah lagi mencari seteru tapi sebagai seorang rakan, aku rasa perlu aku luahkan apa yang terbuku dihati.. Syeikh Yusuf Estes pernah menyebut:

"My father used to say to me, your true friend is the one who told you that your mouth is smelly, need to figure out something. Your pseudo friend is the one who only talk in your back if he found your mouth is smelly"

Apapun perbezaan pendekatan, gerak kerja, silibus mahupun fahaman politik akan tiba satu masa apabila kita dipanggil untuk bersama atas dasar pegangan akidah yang sama, utamakanlah perjuangan kita yang asal..

Seronok melihat rakan2 lelaki beramah mesra dan tersenyum sesama sendiri dlm setiap aktiviti pada tahun ini.. kali terakhir kita bersama ketika Iftar kasih Mesra tempoh hari.. harap2 pihak sisters juga begitu.. Senyumlah kerana senyuman itu ubat kepada banyak penyakit..

Ya Allah, buatlah negeri ini selalu tersenyum..

Sunday, September 21, 2008

Balik..

I will be going back to Malaysia this coming Thursday (25 Sept 2008) InsyaAllah..
Kpd yg bertanya: I will be at the airport at 1pm..

note: terigt lagu kitorg nyanyi mase form 5.. Renungan terakhir by Nora.. bile tgk2 balik lyric die, nie lagu berpisah pasal cinta.. tadek kene ngene langsung.. mase nyanyi sume konon2 feel laa padahal tak paham pon lyric die..
dah laa yg nyanyi pon sume laki, 180 of us yg bersuara garau nyanyi lagu nie wakakaka.. sape laa pilih lagu nie..

Thursday, September 18, 2008

HATI..

Baru2 ni ada seorang kawan rapat menceritakan yang die berasa sunyi. Aku tak terkejut yg die rasa sunyi tue sebab aku pon penah berasa sunyi.. tadek ape yg pelik, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa. jumpa orang seperti biasa. pegi kelas (dulu laa) cam biasa, tiru assignment, main game sikit2 semua mcm biasa. cumanya dari dalam tiba2 berasa sunyi, sepi and macam ade jer yang tak kene. Tiba2 rasa fed up, nak marah, rasa nak smackdown org, nak nangis dll.. aku rasa semua orang pon pernah alami perkara yang sama..

1) Menurut Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah, hati mengawal minda. Hati yang bersih akan meransang otak dan terpancar ke wajah. Jadi nak wajah yang bersih, otak yang sihat, bersihkan hati.. camne nak bersihkan hati? bace laa mane2 korang boleh jumpe petua mcm2..

2) Mungkin sebab tu laa org pompuan takleh jadik leader, sebab hatinya halus. Bila Hati dah kesian, meransang otak untuk kesian camne nak jatuhkan hukuman potong tgn atau sebat? apatah lagi rejam sampai mati..

Lately pon byk org mengalami masalah hati.. putus cinta, putus tunang, rasa sunyi dll. Hari tu ade jugak sorang brader nie yg dah kawen tapi die tanye apasal laa mcm kebelakangan ni mcm suke jer nak tgk pompuan lain.. seolah2 hati dah berubah arah.. hohohoo kronik tue..

Aku simpulkan bahawa segala tindakan kita adalah disebabkan hati. Agama meraikan perasaan mahupun hati tapi tindakan dari perasaan itu yang akan dikira. Pasal hati ni aku rasa tadek sape boleh tolong cume nak kongsi satu kisah..

Rasulullah SAW sendiri pernah berasa terhimpit, sedih dan sunyi ketika kematian Isteri tersayang, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Rasulullah juga pernah berasa marah apabila mengetahui bahawa adanya orang yang bercakap buruk tentang nabi sehinggakan merah muka nabi ketika itu. Ada lagi kisah2 lain yg menunjukkan nabi juga pernah berasa sunyi, sepi, marah dan perasaan2 lain.

Setelah kematian Khadijah, Aisyah adalah isteri kesayangan nabi. Zahirnya, Rasulullah berlaku adil terhadap isteri2nya namun hati baginda menyayangi Aisyah melebihi yang lain2. Nak buat macam mana dah hati nak sayang. Sehingga nabi pernah berdoa yang berbunyi:


اللهم هذا فعلي فيما أملك فلا تلمني فيما تملك ولا أملك

"Ya Allah! Inilah kadar pembahagianku terhadap apa yang aku miliki (kuasai), maka janganlah Engkau mencelaku wahai Tuhanku terhadap apa yang Engkau miliki sedang aku tidak memilikinya (yakni hati)"

ataupun dlm bahasa Melayu boleh juga dibaca

" Ya Allah, jangan engkau siksa aku dengan apa yang engkau miliki yang tidak aku miliki (yakni hati)"

Ini menunjukkan bahawa hati ini adalah 'miliknya' yang tak mampu untuk kita kawal. Perasaan marah, fed up, putus harapan, sunyi, sepi, pilu dsb adalah diluar kawalan manusia. Rasulullah SAW sendiri tidak dapat mengawal perasaan baginda, apatah lagi kita yg dipenuhi dosa.
Cubalah amalkan apa yang diajar nabi untuk menundukkan hati..

2006-2008..


2006-2007..

Early 2006.. organised bbq ngan Muk utk budak2 batch aku.. First time laa berkenalan ngan dak pompuan setelah 8 tahun!! Lain2 Tadek ape yg menarik sgt.. kelas, ponteng kelas, tiru assignment, pergi Holiday..
Aku tinggal ngan Muadz for 2 years.. Thanks Muadz kasik aku tumpang umah ko.. huhuu..
Mula kenal2 masyarakat Malaysia di Adelaide. Kagum dengan beberapa character yang boleh dijadikan contoh..
3 kali merasai summer kat OZ.. panas gilee.. pernah experienced max 47 degrees. time panas2 nie, activity menarik.. pegi beach aaa.. ahahaa

2008..
Final Semester.. Tahun bepersatuan. Tahun yang melihatkan Malaysian Students Societies menjadi lebih matang. Hubungan kerjasama lebih erat antara MASCA, MISSA, UMNO SA, MySA juga secara tidak langsung ISSUA. Pernah suatu ketika dulu adanya barrier antara setiap persatuan utk bekerjasama sehinggakan pernah aku panggil wakil2 setiap persatuan (Masa langkah bermula 2007) untuk duduk berbincang dan meletakkan priority agar hubungan kekeluargaan ini dapat berterusan.. jgn sampai jadi mcm Melben n Sydney..
Terima kasih byk2 kepada semua yg terlibat dlm mana2 persatuan.. byk activity2 menarik sepanjang 3 thn kat Adelaide.. Special thanks to all my committee members and BMH members, personnal thanks to my housemates..


Ex-Presidents: ISSUA (07/08), ISSUA (06/07), MASCA (07/08), MISSA (06/07)


Thanks guys: MASCA SA 07/08


MASCA: Malaysian Students' Council of Australia
MISSA: Malaysian Islamic Society of South Australia
MySA: Malaysian Students Association, University of South Australia
ISSUA: Islamic Student Society of University of Adelaide

Monday, September 15, 2008

2005..

20 July 2005, pertama kali jejak kaki di bumi Adelaide. A best friend of mine, Liu Yang jemput kat airport. The first thing I did when I reached his place was sujud syukur. Maybe tak ramai rasa bende ni tapi sbb terlalu byk halangan dan kesulitan untuk aku fly (IELTS sangkut, medical check-up hilang, visa sangkut, immigration office tak proses application, Uni silap offer course, CoE tak clear dan macam2 lagi), menyebabkan aku rasa sangat bersyukur bila sampai. Rupa-rupanya semua dugaan itu, terdapat hikmah besar disebaliknya.. Sebabnya, kalau aku tak menghadapi semua2 itu, aku sebenarnya dah ke RMIT. Dah bayar course fee utk 1st sem pon. VISA pon adalah utk belajar kat RMIT. Kenapa Adelaide better than Melbourne? terlalu byk nak tulis, cukup laa sekadar aku mention yg 3 years in Adelaide was the best part of my life so far which I strongly believe that I will not experience if I was in Melbourne..

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٥﴾إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿٦

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
[94:5-6]

Sesungguhnya sabar itu buahnya manis..

Aku tinggal dgn Poklo dan 2 org pak arab, Louay dan Ahmed. Byk aku belajar duduk ngan Pak Arab ni, terutama bab2 ibadah dan akidah..

mongger, Poklo, Louay Ad-Dahiri, Ahmed

Yang aku nak kongsi kat sini adalah pasal geng2 Syiah. Pasal bab2 Syiah ni, aku bukanlah pakar nak elaborate pasal diorang. Nak tau lebih lanjut baca kat sini.. (Aku pon tak abis bace lagi, panjang sgt). Tak pon cari laa inisiatif sendiri carik kat mane2 pasal geng syiah ni. Aku dipesan oleh orang yang pernah berpengalaman dengan orang2 Syiah pasal 1 perkara yg sgt2 penting..
Kalau diorang kasik makan ke minum ker jgnnn laa ambik. Diorang pon mcm kita jugak, suke nak carik keberkatan, tapi ape yang diorang rase berkat tue bagi aku menjijikkan. Ada yang akan ludah dlm air, makanan atau ltk apa2 yang die rase berkat. Bagi geng nie, bile kita minum air ludah die, itu lah berkat, brotherhood in Islam. Tak percaya? terpulang.. Nak minum silakan takde masalah aku berkongsi ape yg aku tau yg dtgnnya dari sanad yang aku percaya..

Ye, aku tak nafikan syiah tu byk category mcm yg ditulis dlm article kat atas. Yang mungkin buat mende2 pelik nie adalah dari ekstrimis syiah. Tapi bagi aku, aku judge semuanya sama. Hari2 pun aku ada jumpa orang syiah, bukak puasa hari2 ada orang syiah, kat musolla ada. Ada juga yg aku baik bahkan ada juga rakan-rakan kat Adelaide nie aku aku rasakan adanya unsur-unsur fahaman syiah. Kat Malaysia pon dah byk sekarang. Untuk berkenal-kenalan aku tiada masalah tp untuk berkawan aku sgt keberatan.. kalau sape2 marah aku anti Syiah, aku kisah ape..

Anyway, pasal housemate aku, Alhamdulillah byk yang aku belajar dgn diorang esp pasal cara hidup org arab. Kalau korang pegi Adelaide mosque, ade diletakkan setengah lori tamar kat library atau atas kerusi. baca kat atas label die, Louay trading Est.. Haa housemate aku laa tokey die..




Sunday, September 14, 2008

How does it begin..

Lately ade beberapa org kawan dekat dan jauh yg bertanya2 pasal background aku (selame nie tanak tanye plak.. haihh). So saje nak cite sket ape yg aku penah lalui..

I did my diploma in Electrical and Electronics Engineering at Sepang Institute of Technology (SIT) skarang dah jadik SIT International College. Wpon name die Sepang, tapi it is located at Level 5 Klang Parade..

My Classmates are all Chinese and all of us are like one big happy family. There are only 13 of us (7 EE, 5 Mechi). Satu perkara yang menyedihkan, semuanya lelaki.. adoii (5 years at MCKK + 2 years at SIT semua laki.. what a life..). Saje pilih tempat belajar yg jauh dari org len sbb dah terlalu byk main mase sekolah. Concentrate study laa pulak.

All of them are having such a unique background, broken family, drugs dealer, org kampung, gangster Klang (trust me, ni gangster btol punye), sehinggalah anak kpd seorang tycoon from Beijing. Tapi camne pon sume low profile. Thats what I like the most about them. They are all such a very2 good people. Aku tak pernah rasa awkward hidup ngan derang selama 2 tahun. In fact, I can get along with them very2 well..

early 2005, all of us became a diploma holder. My first certificate in my life. Pertengahan 2005 7/13 sambung blaja kat Adelaide (UniSA & Adelaide Uni). Now, 3 become Australian PR, 1 working in Sydney, 2 going back to Malaysia.. 1 masih menganggur tapi akan balik soon. InsyaAllah..

Yap Cheng Ban, Mr Hisham, Izrul Zainal Abidin, Tan Chee Tat, Liu Yang, Cheong Yew Keng, Sow Chee Seong, Yap

Thank you guys for adding some colours into my life..

Friday, September 12, 2008

Air yang mengalir

Semenjak menganggur nie, terasa masa seperti kilat memanah tiang letrik.. sungguh pantas berlalu..
Tak sempat buat apa2 tau2 dah buka puasa, terawih, lepak2 jap dah kol 2.. sungguh tak productive..

Teringat satu petikan dari buku "Aku terima nikahnya" oleh Ust Hasrizal..

"Pemuda yang sentiasa sibuk adalah ibarat air yang mengalir, sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dan memberi kebaikan kepada diri sendiri. Pemuda yang takde buat apa2 ibarat air yang bertakung, tak memberi manfaat bahkan lama kelamaan menghasilkan keladak dan merosakkan diri sendiri"

Camtu laa lebih kurang ayat tue. Bila terbaca ungkapan di atas, terus terlintas kat kepale beberapa sahabat yang rapat ngan aku. sentiasa busy namun ada jer masa utk berbakti kpd masyarakat, masa utk diri sendiri, masa utk enjoy, masa utk berdakwah dll. result makin lama makin meningkat. Melihat kpd kehidupan mereka nie, aku simpulkan derang nie kalau ltk bantal kat kepala jer terus tido, bgn terus bekerja.. dasat2

Aku pon penah mengalami time2 busy dan mmg terasa productive bile busy, mcm2 kerja boleh buat dlm masa yg singkat. Tapi bile free cam skang nie, seolah2 semua benda tak sempat..
Free time is killing me..

Thursday, September 11, 2008

AGM

I went to ISSUA AGM last Tuesday (9 Sept). As usual, I will try to attend any activity or event organised by students society here in Adelaide (selagi aku dijemput, tp kalau nama dah kene delete dari database camne nak pegi..).

Event kali nie agak klasik coz I'm going to witness my own housemate meletakkan jawatan.
Its not all about that, ada yang lebih menarik perhatian aku utk AGM ISSUA kali ini..

Dlm ucapan penggulungan bekas President ISSUA, beliau ada mention "This is sentimental for me, as my friend said during MASCA SA AGM" (lebih kurang camtu laa die cakap). Nampak die sebak masa letak jawatan..

Islamic Student Society University of Adelaide (ISSUA) didominasi oleh pelajar2 melayu utk sekian lama. 2 Tahun President adalah pelajar Melayu dan tahun ini juga President adalah org Melayu. Bukan bangsa lain tak boleh lead ISSUA, Indon ramai Pak Arab juga ramai, African apatah lagi. Mengikut pemerhatian, pak Arab is a good worker but they cannot lead. derang nie keras sket susah nak bawak berbincang. Bangsa lain kurang sket kommunikasi ngan org luar.
Hebatnya orang Melayu nie boleh masuk ngan mana2 golongan, tinggal lagi sikap pemalu yg tinggi yg menjadi penghalang.

Tahun sebelun nie Mat bawak ISSUA ngan baik, memulakan hubungan luar dgn bangsa2 lain terutama geng2 arab. Meletakkan base yg kukuh utk org seterusnya teruskan. Mejat take over dan hasil dari usaha komiti sebelumnya, mejat n co dapat bergerak laju pd tahun nie. Pada tahun 80an, Umat Islam di Adelaide Uni hanya diperuntukkan sebuah bilik kecik kat level 4, north function room, Union House utk solat. Booking kene dibuat utk solat Jumaat bagi mendapatkan 2 buah bilik. When I first came to Musolla in 2005, bilik solat diletakkan di LEvel 6 bersama2 store room utk persatuan2 yg berdaftar dgn AUU (Skang Club Association, CA take over). Boleh plak kat surau ade signboard arak sebesar pintu diletakkan kat situ. Juga tiada air panas.

Tahun nie, atas usaha beberapa pihak diketuai ISSUA derang jumpe MP Kate Ellis, Federal Member of Adelaide utk dptkan surau baru (usaha nie dah bertahun tp aku rasakan tahun nie lebih aggresive). Hasilnya surau kat Level 6 yg kita lihat skarang. Bkn shj selesa utk solat, forum, seminar, AGM pon orang buat kat Surau tu.

ISSUA juga byk membuka peluang kpd Umat Islam di Adelaide berinteraksi dgn org luar. Peluang yg luas kpd orang Melayu khususnya sbb komiti majority org Melayu. Islamic Awareness Week was a huge success. Hasilnya kat Flinders, sorg mamat Spain (kalo tak silap) mendapat hidayah dan mengucapkan kalimah Syahadah few days later..

Byk lagi kerja2 dibuat oleh budak2 ISSUA nie.. Personally, terima kasih kerana memperuntukan sedikit usaha utk terlibat dalam Malaysian Carnival '08.

Dengan semua usaha dan kerja keras yg dibuat, wajarlah dia berasa sebak utk tinggalkan ISSUA..

Dah byk AGM aku pegi since 2005. Boleh dikatakan kebanyakan AGM yg dihadiri org Malaysia amat menghampakan. Mungkin lebih tepat perjalanan AGM itu yang sebenarnya menghampakan. Sampai bila kita nak tgk budak2 Malaysia khususnya budak Melayu (Bangsa lain pon same jugak, aku pegi AGM derang) terjerit2 di celah2 org ramai. Time2 AGM byk plak lawak sardin yg org2 kita nak buat. Tu belum lagi kes mengene kawan dgn menominate jawatan pelik2. Tapi AGM MISSA mungkin boleh dijadikan contoh teladan yg baik. Org yg dtg pandai jer behave.. tp pasal set up2 komiti tu pandai2 laa cover.. ade plak boleh menang 53-0??

Wednesday, September 10, 2008

LA-TAHZAN

Sebagai permulaan, bukanlah hobi mahupun kegemaran masa lapang nak tulis2 nie esp nak tulis blog. Cuma mungkin ada sedikit kelapangan nak kongsi beberapa perkara pada sape2 yang berminat. Sekadar mengikut perkembangan zaman.. Juga aku rasa ada beberapa perkara penting yang aku rasa perlu aku kongsi bersama..


LA-TAHZAN (Don't be sad)..

وَلاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾


"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."

Tajuk blog nie terkesan dari satu peristiwa..
Ada satu masa yg aku sgt2 tertekan, byk laa plak mende2 yang pelik2 jadik dalam satu masa dan aku sedikit down masa tue. tatau nak buat ape dan hampir-hampir putus asa. Tiba-tiba ada laa budak2 ISSUA buat keje kat umah aku prepare utk satu event besar (rumah nie 'dulu' penah jadik office MASCA n ISSUA).. tgh derang kemas2 poster2, flyers, poster dll aku ternampak satu poster biru LA-TAHZAN, aku baca tafsiran ayat die dan tah mcm mane boleh terase plak..
kembali bersemangat lps tue.. poster tu aku tampal kat dinding umah nie, masih ade smpai skang.



so mungkin ade jugak org len boleh terkesan ngan ayat di atas, so aku kongsi laa kat blog nie..

Monday, September 8, 2008

Entree


الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له ، ومن يضلل فلا هادي له ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، وأشهد أن محمدًا عبده ورسوله


sesungguhnya segala pujian adalah kepada Allah. Kita memujiNya, memohon pertolonganNya, memohon keampunanNya, dan berlindung dengan Allah dari segala keburukan diri kita dan keburukan segala amalan kita. Sesiapa yang Allah memberi petunjuk kepadanya maka tiada kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan maka tiada petunjuk baginya. Aku menjadi saksi bahawa tiada tuhan yang berhak diabdikan melainkan Allah yang satu tiada sekutu bagiNya, dan aku menjadi saksi bahawa Muhammad itu adalah abdiNya dan rasulNya.